KUAH - Seorang ibu tunggal dari Kampung Lubuk Buaya, Mukim Kedawang, bersyukur dan berterima kasih selepas menerima sumbangan wang zakat dari Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat). Che Om Bahari, 42, berkata, sumbangan ini mampu meringankan bebannya untuk menampung dua anak yang masih bersekolah di tingkatan dua dan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang. “Wang zakat yang diterima akan disimpan dan digunakan untuk belanja harian terutama dalam perbelanjaan persekolahan,” katanya. Bank Rakyat menyumbang bantuan wang zakat RM27,350 kepada 345 pelajar miskin dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hangat dan 28 ibu tunggal. Penyampaian zakat oleh Ketua Wilayah Utara Bank Rakyat, Mohd Azmir Mohd Nasurdin itu merupakan pembayaran zakat perniagaan bank berkenaan bagi tahun 2008. Hadir sama, Pengurus Bank Rakyat cawangan Langkawi, Husin Mahadi dan kakitangan.
Pada majlis sama juga, sebanyak 28 masjid dan sebuah surau di daerah ini dipilih menerima sumbangan jam dinding. Mohd Azmir berkata, sumbangan zakat RM27,350 itu adalah tambahan kepada sumbangan sama yang diberikan pada Ramadan lalu lebih RM60,000. Menurutnya, bantuan itu adalah sebahagian program sosial bank berkenaan kepada golongan pelajar miskin dan individu kurang bernasib baik. “Dengan bantuan yang tidak seberapa ini diharap pelajar dapat memanfaatkannya untuk menampung keperluan pembelajaran mereka serta meringankan beban keluarga. “Bank Rakyat Wilayah Utara memperuntukkan lebih RM1 juta untuk bayaran zakat perniagaan bagi tahun 2008,” katanya.
Sinar Harian
Pembukaan cawangan baharu itu yang membantu pelanggannya menjimatkan masa dan memberi kemudahan rakyat setempat berurusan dengannya, katanya pada pemberita selepas menyerah wang zakat Bank Rakyat kepada 28 ibu tunggal dan sumbangan jam dinding kepada imam-imam masjid seluruh Langkawi, yang berjumlah RM27,350.00 di sini pada Jumaat. Selain itu, bank berkenaan turut menyampaikan zakat kepada 345 pelajar miskin dari Sekolah Menengah Ayer Hangat, Langkawi yang berjumlah RM27,350.Peruntukan zakat itu adalah tambahan kepada peruntukan awal bagi cawangan Langkawi sebelum ini yang telah menerima peruntukan RM64,050. Mohd Azmir berkata, Wilayah utara diperuntukkan sebanyak RM1.094 juta wang zakat Bank Rakyat untuk disumbangkan kepada golongan asnaf yang berhak menerimanya.
Bernama
Anaklangkawi :-
Amat seronok bila mendengar zakat diberikan kepada penduduk langkawi..Elokla..
Satu lagi, agak2 pengusaha hotel2 kat Langkawi bayaq zakat tak?
No comments:
Post a Comment