KUAH - Mesyuarat khas akan diadakan bagi menangani masalah obor-obor sekitar pantai di Langkawi terutama di Pantai Chenang, Kedawang. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, S.Manikumar yang terkejut dengan masalah yang pernah membawa kepada kematian berkata, beliau tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu. Menurutnya, perkara itu juga akan dibincangkan bersama Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan agensi berkaitan.
“Kami akan meminta analisa terperinci mengenai kehadiran obor-obor di pantai sekitar Langkawi. “Perkara ini dipercayai berpunca daripada keadaan laut yang tercemar dan perlukan pembersihan segera,” katanya ketika ditemui selepas Pertandingan Tomoi di Kompleks Sukan Lada di Kuah.
S Manikumar berkata, pihak seperti WWF, universiti tempatan turut dijemput untuk melakukan kajian penyelidikan. Menurutnya, masalah itu tidak boleh diabaikan sungguhpun industri pelancongan akan goyang tetapi mengikut jangka panjang masalah ini perlu diberi perhatian serius. “Jika masalah ini berterusan sehingga menyebabkan kematian atau lebih banyak kecederaan, imej pelancongan di Langkawi akan terjejas teruk, kami meminta pakar dalam bidang kajian ini tampil dan memberikan pandangan,” katanya. - Sinar Harian
Anaklangkawi :-
Jika ada betul masalah obor2 yg serius di Pantai Cenang cek nasihatkan hotel disekitar buat warning kepada semua pengunjung.. Jgnla nasi menjadi bubur pulak nanti..
No comments:
Post a Comment