Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Thursday, March 11, 2010

Golf: Piala Dr Mahathir Di Langkawi Ogos Ini

LANGKAWI, 10 Mac (Bernama) -- Kejohanan Golf Piala Dr Mahathir akan dianjurkan di pulau lagenda ini pada Ogos ini sebagai usaha mempromosikan Langkawi sebagai destinasi sukan golf. Kejohanan anjuran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) cawangan Kedah itu akan diadakan pada 7 Ogos di Kelab Golf Datai di sini. Pengerusi Matta Kedah Pishol Ishak berkata piala bagi kejohanan itu disumbangkan sendiri oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Selain menarik pelancong datang ke pulau peranginan itu, kutipan daripada kejohanan tersebut akan disumbangkan kepada Tabung Rakyat Palestin, katanya kepada Bernama di sini Rabu. Pemain negara jiran seperti Brunei, Singapura dan Thailand akan diundang bagi memeriahkan kejohanan yang julung kali dianjurkan itu, katanya.Katanya, bayaran penyertaan adalah di antara RM300 dan RM350 seorang, dan pihak penganjur mensasarkan untuk mengumpul RM100,000 daripada yuran penyertaan dan penajaan.

No comments: