Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Friday, September 11, 2009

Duit raya ringankan beban ~ UMNO Langkawi


KEDAWANG - Beban ibu tunggal dan keluarga daif berkurangan apabila menerima sumbangan beras dan duit raya daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Datuk Ir Nawawi Ahmad. Seramai 110 menerima sumbangan itu di Masjid Al-Rahman, Kedawang disusuli majlis berbuka puasa dan solat Terawih.

Ir Nawawi berkata, sumbangan tahunan ini adalah anjuran UMNO Bahagian Langkawi bagi meringankan beban keluarga berkenaan. Menurutnya, Syawal seharusnya disambut oleh seluruh umat Islam tidak kira kaya atau miskin dan kegembiraan itu perlu dirasai semua selepas berpuasa sebulan. “Syawal adalah bulan kemerdekaan bagi umat Islam, selepas sebulan berpuasa kini mereka akan meraikan hari raya dengan penuh kemenangan," katanya ketika ditemui. Seorang penerima ibu tunggal, Bulat Hasan, 54, berkata, persiapan hari raya tahun ini dilakukan secara sederhana kerana banyak barang keperluan musnah ketika banjir.

Menurutnya, dengan pemberian beras dan sumbangan duit raya ini, dia hanya akan membuat persiapan dari segi menjamu tetamu yang datang ke rumahnya. Warga emas, Ismail Hitam, 60, berkata, beras yang diterima akan dibuat ketupat dan nasi himpit bagi anak dan cucu di pagi raya. Dia berkata, ketika semua harga barangan di pasaran meningkat, pemberian ini sekurang-kurangnya dapat meringankan perbelanjaan.

Azizah Che Mat, 54, berkata, persediaan Syawal lebih bermakna apabila golongan miskin sepertinya mendapat perhatian. “Saya rasa bersyukur, kami tidak terpinggir dan ada juga pihak tampil memberikan sumbangan. Hari raya tahun ini lebih bermakna. “Saya ingat Syawal ini akan suram selepas musibah banjir, saya sekeluarga masih membersihkan barangan rumah, mengumpul apa yang boleh digunakan kembali,” katanya.


Anaklangkawi :-
Bykkan lagi aktiviti seperti ini insyallah lagi berkat UMNO Langkawi.

2 comments:

poseng said...

takkan 110 ja.ap kita dok bagi byk lagi....ermmmmmm...

anaklangkawi said...

Budget kurang kot.. hehe