Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Friday, September 4, 2009

Anjur kursus tingkat profesionalisme

PULAU TUBA - Bagi melahirkan kepimpinan sempurna, 30 wakil persatuan belia menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme Belia peringkat daerah berlangsung di Pulau Tuba. Pengerusi Belia Daerah Langkawi, Norsaidi Nanyan berkata, kursus itu diadakan bertujuan mendidik belia dan beliawanis mengerakkan persatuan masing-masing. Menurutnya, aktiviti belia di beberapa kawasan dipercayai suram dari sebarang aktiviti menyebabkan mereka tidak mendapatkan peruntukan daripada Pejabat Belia dan Sukan daerah.

“Alasan diberikan tiada sumber kewangan, dari itu kursus ini bertujuan memberi jalan untuk mereka mula mengerakkan aktiviti selepas bulan Ramadan. “Pelbagai program diatur, buat permulaan ini, mereka akan cuba jalankan program tanpa menggunakan sebarang peruntukan,” katanya. Norsaidi berkata, antara aktivitinya seperti membantu warga emas membuat persiapan raya, membantu menyediakan juadah kuih-muih dan membersihkan tanah perkuburan.

Menurutnya, aktiviti ini sebagai percubaan sebelum mereka yakin untuk menganjurkan aktiviti lebih besar. “Pendekatan kami cadangkan mudah dan ringkas, apa yang penting adalah sikap kerjasama sesama ahli terhadap komuniti setempat,” katanya. Beliau berkata mereka juga digesa membantu komuniti di masjid, solat tarawih bersama masyarakat dan memasang pelita menjelang malam tujuh likur.

“Aktiviti sebegini memberi impak mendalam, terutamanya mereka yang terlibat dalam penyediaan bubur lambuk dan juadah berbuka. “Saya sarankan kepada penduduk setempat gunakanlah perkhidmatan persatuan belia di kawasan masing-masing sekiranya mereka memerlukan keringat tenaga,” katanya. Beliau turut berharap belia dan beliawanis lebih ringan tulang dan memanfaatkan bulan Ramadan ini untuk mendekati komuniti setempat.

Sinar Harian 3/9/09

No comments: