Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Thursday, September 3, 2009

Bantu masyarakat jayakan aktiviti bermanfaat sepanjang Ramadan


LANGKAWI: Sebanyak 28 masjid dan 87 surau di daerah ini menerima sumbangan wang moreh hampir RM30,000 di Masjid Al-Hana Kuah, di sini bagi kegunaan Ramadan tahun ini. Sumbangan disampaikan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Paduka Abu Bakar Taib dan Pengurus Besar Yayasan Amanah Saham Anak Langkawi (Asal), Sirat Sidik, semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Hangat, Mohd Rawi Abdul Hamid. Pengerusi Surau Kampung Kuala Melaka, Mukim Padang Matsirat, Fadzil Din, berkata bantuan disalurkan kepada surau besar manfaatnya, sekali gus membolehkan pihaknya menyediakan jamuan moreh setiap malam kepada penduduk. "Menerusi sumbangan ini, pelbagai aktiviti sampingan seperti majlis tahlil arwah, kenduri kesyukuran, tadarus al-Quran dan khatam al-Quran boleh dijalankan di surau kami," katanya ketika ditemui pada majlis itu, kelmarin.

Pengerusi Surau Kampung Teluk B, Mukim Ayer Hangat, Ahmad Saad, berkata pihaknya bersyukur kerana Parlimen Langkawi sentiasa memberi keutamaan kepada program masjid atau surau tidak hanya pada Ramadan, malah sepanjang tahun. Katanya, walaupun surau di kampungnya mempunyai dana menerusi kutipan derma untuk kegunaan sepanjang Ramadan, bantuan itu dapat menokok tambah wang sedia ada bagi menganjurkan beberapa program keagamaan.

Sementara itu, Dato' Paduka Abu Bakar dalam ucapannya berharap sumbangan itu membantu pengurusan masjid dan surau mengadakan program penghayatan Ramadan seperti majlis berbuka puasa, solat terawih, jamuan moreh atau majlis tadarus. Katanya, setiap masjid menerima RM400, iaitu masing-masing RM200 daripada peruntukan Ahli Parlimen dan RM200 sumbangan Asal (Amanah Saham Anak Langkawi), manakala surau menerima masing-masing RM100 daripada dua pembiaya berkenaan.

"Sumbangan itu tidak seberapa tetapi yang paling mustahak ialah pemberian kerajaan menerusi wakil rakyat ini bertujuan untuk membantu masyarakat menjayakan aktiviti bermanfaat di masjid dalam kariah masing-masing. "Kita harap seluruh muslimin termasuk penduduk tempatan dan pelancong asing yang berada di pulau ini dapat bersama-sama mengimarahkan masjid sekali gus mengeratkan silaturahim antara penduduk," katanya.


Anaklangkawi :-

Contohilah wakil rakyat kita yg berbakti kepada rakyat tanpa penat lelah & jemu. Walaupun ini merupakan 'last term' bagi beliau tetapi ini tidak membantutkan aktiviti YB sbg wakil rakyat. Harap2 bakal2 YB & YB yg sedia ada belajarlah dr wakil rakyat Parlimen kita ni..

2 comments:

Orang Tanjung said...

Last term???... Hawat tak mau nak bertanding masa PRU-13 nanti?

Takut tiada sokongan?
Takut kalah pilihanraya?
Dah puas buat harta?
Dah tua?

Dia ni kalah jawatan Ketua Bhgn Langkawi kan? Klu betui, patut la last term, dah sure tak dicalonkan lagi.

Satu pujian pada dia despite last term, dia masih menjalankan tugasan sebagai Ahli Parlimen sehinggalah Langkawi dah dapat MP yg baru. Susah nak cari org mcm dia la kut nooo...

Wow! ENIGMA is just berlambak-lambak

Kah kah kah...

anaklangkawi said...

Sang Tanjung..
Dah mmg last term.. bukan sbb tak jadi ketua bahagian.. dulu waktu sanusi pun tak jadi ketua bahagian pun bertanding jugak..
al-maklumlah rata2 kalo buat survey kat Langkawi masih ramai yg nak dia bertanding.. tak percaya hang pi la pakat tanya2 org kampung..

p/s: sah last term.. rasanya Dato' bakaq dah letih tgh pe'el org2 UMNO.. heheh..