Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Thursday, September 3, 2009

Tak Puasa - Satu restoran disaman, dua diarah tutup

Gambar Hiasan Semata-mata

PADANG MATSIRAT - Sebuah restoran disaman manakala dua lagi diarah tutup oleh Pejabat Agama Daerah Langkawi dengan kerjasama Majlis Perbandaran Langkawi (MPL) dalam operasi pemeriksaan terhadap restoran yang menjalankan operasi sebelum jam tiga petang di bulan Ramadan. Dalam operasi tersebut, sebanyak tiga premis makanan diperiksa dalam operasi Ramadan yang dilakukan selama dua jam di sekitar pulau ini. Pegawai Penguatkuasa Agama, Saiful Aswad berkata, rondaan dilakukan di Pantai Chenang, Padang Matsirat, Kuah dan Pantai kok. Menurutnya, sebuah restoran telah disaman dan semua makanan dirampas diikuti dua lagi premis diarah tutup.

“Kita telah mempunyai senarai lengkap restoran yang menjalankan operasi penjualan makanan dan minuman sebelum jam tiga petang seperti yang telah termaktub. “Mereka telah diberi peringatan dan notis oleh Pejabat Agama dan Pejabat Daerah, sekiranya ingkar mereka dikenakan tindakan dengan mengeluarkan kompaun dan restoran tersebut boleh disita,”
katanya ketika menjalankan operasi di sekitar Padang Matsirat. Saiful berkata, seramai lima pegawai daripada Pejabat Agama diarah membuat rondaan setiap hari dari jam 10 pagi hingga tiga petang.

Menurutnya, restoran yang menjalankan operasi awal diarahkan tutup dan diberi peringatan sebelum tindakan diambil, manakala restoran yang ingkar akan disita oleh pihak MPL selepas notis peringatan diberi. “Tangkapan akan dilakukan sekiranya seseorang yang beragama Islam didapati makan, minum dan menghisap rokok di khalayak ramai,” katanya. Beliau berkata, sekiranya mereka membeli makanan atau minuman dan membawa pulang pihak Pejabat Agama daerah tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan.

Kami akan meneliti pula waktu operasi kedai makan tersebut sekiranya melanggar syarat maka mereka akan dikenakan tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 dengan denda RM500. “Manakala premis tersebut boleh didenda sehingga RM1,000 atau disita mengikut akta perundangan dari Pejabat Daerah,” katanya

Sinar Harian 2/9/09

Anaklangkawi :-

Awat tak posa. Buat malu ja.. Yg restoran pun tumpang sekaki.. KOt nak cari duit lebih pun bukakla dekat bukak posa.

2 comments:

Kamal Sanusi said...

Tu dia... Asalkan mai bulan posa saja, Jabatan Agama Islam mana-mana daerah pun macam lipas kudung... Ligan habih org yg tak posa tiap-tiap hari. Bagusss!!!...

Yg tak bagusnya pulak, tak kan di bulan posa saja mcm pelesit, dok ligan org tak posa, bulan tak posa macam mana pulak? Tak pi ligan ka org Islam yg dok tunggang arak setiap malam? Tak pulak dibuat hari-hari mcm ligan org tak posa.

Apa nak dikata sebab office hours adalah di siang hari. Malam tak keja walaupun berlaku perkara maksiat di depan batang hidung sendiri. Itu la dia keja gomen nih terutama di Langkawi. Punya lembabbb!!! terutama di Pej Tanah, Daerah dan MPLBP. Tak gitu anak langkawi?

Wow! TOP-10 is just ada weks cun, bayor jer

Kah kah kah...

anaklangkawi said...

Bab ni cek sokong..
Puasa salah satu rukum Islam..

Tapi bab arak org Islam dok tonggang pun kena pi tangkap la jugak.. tak kira la tourist @ org langkawi sendiri..

p/s: pi tgk sat kat pantai chenang