KUAH - Jika dahulu, kaum ibu yang akan menyiapkan pakaian dan songkok untuk menyambut Hari Raya, kini tanggungjawab itu dipikul oleh Pergerakan Puteri Langkawi. Seorang anak yatim piatu, Muhammad Shakir Farihin Hussein, 10, dari Kampung Yooi berkata, ketika umurnya enam tahun, ibu dan ayah akan membawa mereka sekeluarga untuk membeli-belah.
Menurutnya, arwah ibu yang paling cerewet dalam memastikan kami adik beradik memilih pakaian sedondon tetapi pengalaman itu tiada lagi, apabila ibunya Umi Khalifah Dali meninggal dunia akibat barah otak dan ayahnya Hussein Abdullah meninggalkannya juga disebabkan demam panas. “Ini kali pertama saya di bawa membeli belah, saya berasa beruntung kerana masih boleh memakai pakaian baru," katanya ketika ditemui. Selain itu, bagi keluarga daif, mereka juga tidak dilupakan apabila mereka turut di bawa membeli-belah dengan memilih pakaian sendiri bersama kupon RM60.
Azizi Azhar, 12, dari Kampung Kelibang berkata, pada tahun ini dia berpeluang memakai pakaian baru dan gembira untuk pergi ke solat Aidilfitri. Menurutnya, persiapan raya di rumahnya tidak banyak berubah, tiada langsir atau perabot baru, cuma memakai semula apa yang ada sahaja. Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri Langkawi, Hisham Suhaily Othman berkata, setiap mereka diberi kupon RM60 untuk membeli-belah. Menurutnya seramai 150 anak yatim dan keluarga daif dipilih dengan di setiap cawangan Puteri untuk berbelanja.
“Jumlah keseluruhan, sebanyak RM9,000 dibelanjakan bagi tujuan itu. Program ini dimulakan pada 2001 dengan hanya membabitkan 25 anak yatim sahaja. "Pada tahun hadapan, Pergerakan Puteri mensasarkan 200 anak yatim dan keluarga daif yang akan dibawa membeli belah sempena Ramadan,” katanya.
Sinar Harian 14/9/09
Anaklangkawi :-
Dalam sejak pemilihan baru2 ini, inilah kali pertama cek tgk Puteri aktif. Ingatkan dok tidoq lagi..
No comments:
Post a Comment