Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Sunday, August 30, 2009

Banjir gelombang kedua melanda Langkawi

KEDAWANG - Hampir suku daripada Langkawi lumpuh apabila menerima gelombang kedua ribut banjir sejak petang kelmarin. Hanya berselang 48 jam dari gelombang pertama sebahagian besar pulau itu dengan melibatkan mukim Kedawang, Padang Matsirat dan Bohor terjejas teruk.

Kawasan bendang berubah dengan sekelip mata menjadi lautan, puluhan haiwan ternakan terkandas di tengah bendang dan paling menyedihkan beratus mangsa berpindah ke Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kedawang, Mukim Kedawang. Dalam kejadian lewat petang semalam, hujan lebat tidak berhenti diikuti ribut menyebabkan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), pasukan bomba dan penyelamat, polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pusat Kesihatan Padang Matsirat berkawal dan berkampung di Pusat Pemindahan banjir di SMK Kedawang selama 24 jam.

Sehingga jam tiga pagi kelmarin, seramai 360 orang dengan 75 keluarga dicatatkan berpindah ke pusat itu dan sehingga jam dua petang semalam, jumlah keseluruhan menjadi 500 orang melibatkan 100 keluarga. Kampung yang terjejas teruk adalah Kampung Belak, Paya Mempelam, Bohor Tempoyak, Tanjung, Bohor Masjid, Gelam, Bukit Kemboja, Nyior Chabang, Lubuk Setol, Bohor Berendan dan sekitar Padang Matsirat. Namun kawasan sekitar Pantai Chenang yang menjadi tumpuan pelancong terselamat dari bah kedua yang dianggap paling tragis bagi tahun ini.

Menurut Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat, Yaakob Othman, seramai 16 orang diarah untuk memindahkan mangsa dengan kerjasama JPAM. Menurutnya, pihak bomba memantau seluruh kawasan terjejas dan memindahkan mereka ke Pusat Pemindahan Banjir di SMK Kedawang. “Kami mengerakkan dua kumpulan anggota dari Balai Persiaran Putera dan Ayer Hangat, kami berkawal dari petang kelmarin sehingga keadaan pulih.

“Kami melakukan pemantauan serta memindahkan mangsa ke pusat pemindahan yang dibuka mengikut mukim, buat masa ini tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemindahan Banjir di SMK Kedawang. Sementara itu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Gelam, Said Othman berkata punca utama banjir disebabkan oleh pintu air atau kunci air yang terdapat di Kuala Chenang begitu sempit dan gagal mengalirkan air dari bendang sekitar Kedawang sehingga menyebabkan limpahan berlaku.

Menurutnya, kejadian berlaku seolah-olah mengimbau kejadian tsunami lima tahun lalu yang mana kawasan ini terjejas teruk sehingga pangkalan nelayan ini musnah dan terdapatbot nelayan hanyut sehingga merosakkan kediaman dan kenderaan berhampiran. “Kami merayu kepada Jabatan Pengaliran dan Saliran menambah pintu air, dalam kejadian hari ini tembok pintu air tersebut hampir roboh dan kami terpaksa berpindah dan menyelamatkan harta benda,” katanya.

Pada kejadian bermula jam enam petang kelmarin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Datuk Ir Nawawi Ahmad, Pergerakan Pemuda dan Putera UMNO, Persatuan Belia bertungkus lumus menyediakan hidangan berbuka di pusat pemindahan tersebut.

Manakala bagi juadah bersahur, ia disumbangkan Ahli Parlimen Datuk Paduka Abu Bakar Taib dan Yang Dipertua Pas, Zubir Ahmad. Jabatan Kesihatan Padang Matsirat turut mengadakan pemeriksaan kesihatan diikuti polis dan JKM mengumpul segala maklumat mangsa sehingga kini. Sehingga jam dua petang semalam, mangsa di Pusat Pemindahan Banjir di SMK Kedawang terus bertambah dan semakin sesak

Sinar Harian 30/8/09

Anaklangkawi :-
Kalau semua ahli politik begini .. aman & nyaman org2 langkawi.. Apa2pun ni merupakan dugaan kepada keluarga yg terlibat.

Program Bubur Lambuk ~ Belia 4B


29/8/09

Padang Matsirat - Pergerakan Belia 4b Langkawi semalam telah mengadakan aktiviti mengedarkan bubur lambuk di Bazar Ramadan di Padang Matsirat semalam. Aktiviti yg bertujuan merapatkan sesama ahli & penduduk setempat mendapat sambutan yg menggalakkan.

Anaklangkawi :-
Moga2 program seperti ini akan berterusan di bulan yg mulia ini.

Friday, August 28, 2009

Banjir Melanda Kembali ~ Pindah Balik

~sms diterima~

Mangsa banjir dipindah semula ke Dewan Sek Men Kedawang malam ini.
Ada seramai 356 Org yg melibatkan 77 Keluarga.

YB Dato' Paduka Abu Bakar Taib telah menyediakan juadah bersahur utk malam ini.
Dimasak secara gotong-royong & perkakas serta bahan memasak disumbangkan & dibayar oleh Beliau.

dr
Mohd Saiful

Tiada lagi projek gajah putih

KUAH -Tiada lagi projek gajah putih di Langkawi selepas Jawatankuasa Pemantauan diwujudkan bagi memantau semua projek terbengkalai di pulau peranginan itu. Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan (MTP) Negeri Kedah Datuk Mohd Johari Baharum berkata, jawatankuasa itu akan bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), dalam memastikan semua projek terbengkalai di Langkawi diselesaikan segera.

Menurutnya, jawatankuasa terlibat merangkumi Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)dan dipengerusikan oleh beliau sendiri. “Projek sedia ada akan diteruskan dan akan dipantau oleh Unit Penyelarasan Perlaksanaan dari Jabatan Perdana Menteri sehingga selesai,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Persekutuan Negeri Kedah ke-5 di Kuah.

Hadir sama, Pengarah Bahagian Khas Unit Penyelarasan Perlaksanaan dari Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaki Ansori, Bahagian Pembangunan Negeri Kedah, Hazir Md.Zain, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Datuk Ir Nawawi Ahmad, ADUN Ayer Hangat, Mohd Rawi Abdul Hamid dan Timbalan Lada, Hanaffi Ahmad. Mohd Johari berkata, sehingga Ogos 2009, prestasi keseluruhan projek Rancangan Malaysia ke-9 di Kedah adalah 56.56 peratus berbanding prestasi purata nasional 62.54 peratus.

Menurutnya, prestasi projek Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) di Kedah dalam tempoh pertama adalah 73.53 peratus manakala PRE kedua hanyalah 14.21 peratus. “PRE Pertama masih terdapat 367 projek dalam peringkat penyediaan dokumen dan 1,256 di peringkat tawaran,” katanya.

Beliau berkata, mesyuarat turut membincangkan mengenai sistem pengenalan kupon bagi memberi bantuan dalam pembasmian miskin tegar. “Sebanyak RM 60.2 juta diperuntukkan dalam rancangan e-kasih dan kami akan bekerjasama dengan ADUN untuk mengemas kini data bagi melayakkan mereka menerima bantuan tersebut,” katanya.

Sementara itu, beliau turut meninjau jambatan sepanjang 35 meter di Pandak Mayah yang terbengkalai hampir lima tahun yang bernilai lebih RM30 juta dan Kompleks Pekan Rabu. “Jambatan tersebut akan siap sebelum Pameran Antarabangsa Udara dan Maritim Langkawi (Lima 2009) Disember ini.

“Jawatankuasa Pemantauan akan memantau sehingga kerja terakhir dilaksanakan dan difahamkan hanya 4 peratus sahaja untuk disiapkan,” katanya. Selain itu, beliau berkata, projek terbengkalai dan berpotensi untuk dimajukan seperti di Kampung Buku, Pulau Tuba dan pulau lain akan turut diberi perhatian. '

Anaklangkawi :-
*Tu dia.. elokla.. Takdak lagi projek2 mengarut macam Kg Buku Lubuk Semilang, Pulau Bunga, & berbagai lagi projek mengarut dikala zaman mantan MB dulu (paham2la projek sapa).. cuma jgn proksi dia buat balik benda yg sama dahla bila dapat peruntukan..

Sinar Harian 28/8/09

Thursday, August 27, 2009

Laporan Bantuan Mangsa Banjir ~ YB Parlimen Langkawi

~email diterima~


YB Dato' Paduka Abu Bakar Taib baru-baru ini membuat lawatan kepada mangsa banjir yg berlaku di Langkawi. Dato' Bakaq telah melakukan lawatan ke Kg Sungai Kedak, Kg Kuala Teriang, Kg Bohor Berendam, Kg Belak, Kg Bohor Tempoyak, Kg Ulu Melaka, Kg Pdg Matsirat, Kg Raja/ Atas di Mukim Padang Matsirat.

Untuk meringankan beban akibat banjir Dato' Bakaq telah menyerahkan sumbangan kepada penduduk yg terlibat. Walaupun tidak banyak diharap sumbangan berkenaan dapat meringan beban akibat banjir kilat tersebut.

Kampung Terlibat : Kg Sungai Kedak, Kg Kuala Teriang, Kg Bohor Berendam, Kg Belak, Kg Bohor Tempoyak, Kg Ulu Melaka, Kg Pdg Matsirat, Kg Raja/ Atas

Tempat : Perkarangan Masjid Lama Pdg Matsirat ( Masjid Kg Raja), Dewan Sekolah Menengah Kedawang

Tarikh : 24, 25 & 26 Ogos 2009

Sumbangan diberikan : RM 11,800 melibatkan 59 Keluarga

Perincian Keluarga Terlibat :-

*6 keluarga dari Kg Sg Kedak dan 2 keluarga dari Kg Kuala Teriang
*30 keluarga daripada Kg Belak,Mk Kedawang dan 8 keluarga daripada Kg Bohor Tempoyak,Mk Kedawang
*13 keluarga dari kalangan penduduk Kg Pdg Matsirat & Kg Raja/Atas


Anaklangkawi :- Eloklah tolong menolong di bulan yg mulia...Sama2 kita jgn lupa mereka2 yg susah..

Susulan ~ Berita Harian

LANGKAWI: Seramai 76 keluarga dari Mukim Kedawang dan Padang Matsirat yang menjadi mangsa banjir sejak Ahad lalu, menerima bantuan wang tunai lebih RM15,000, kelmarin. Bantuan disampaikan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Paduka Abu Bakar Taib di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kedawang, Masjid Kampung Raja Padang Matsirat dan Dewan Orang Ramai Kampung Kuala Teriang, di sini.

Terdahulu, semua mangsa yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pagi kelmarin selepas air surut dan keadaan kembali pulih. Abu Bakar berkata, setiap keluarga menerima wang tunai RM200, selain sumbangan barangan keperluan harian seperti gula, beras dan minyak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). "Walaupun sumbangan ini tidak seberapa, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban keluarga terbabit," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan bantuan berkenaan.

Seorang mangsa, Yahya Ahmad, 45, dari Kampung Belak, Mukim Kedawang berkata, banjir sedalam 0.5 meter menjelang waktu berbuka itu menyebabkan beliau serta keluarga tidak sempat menyelamatkan perabot dan barangan elektrik. "Banyak perabot dan barangan elektrik yang baru dibeli musnah kerana tidak sempat dibawa ke tempat lebih tinggi.

"Bantuan ini dapat meringankan beban saya untuk menyediakan keperluan semasa kepada keluarga, tetapi bagi persiapan Aidilfitri belum fikir lagi," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Syarifah Saidin, 32, juga dari Kampung Belak berkata, dia berterima kasih kerana ada pihak yang sudi memberi sumbangan berkenaan.

"Sekurang-kurangnya sumbangan ini mampu menceriakan kami seketika kerana walaupun air sudah surut, tidak mustahil banjir boleh melanda semula kerana cuaca masih mendung," katanya

Matta serah memorandum minta JPJ kaji tindakan

KUAH - Kira-kira 50 pengusaha kereta sewa yang menganggotai Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Kedah berhimpun secara aman dan menghantar memorandum meminta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengkaji semula tindakan yang dikenakan ke atas mereka sejak awal bulan ini. Pengusaha terbabit yang diketuai Pengerusi Matta Kedah, Pishol Ishak, tiba di pekarangan Pejabat JPJ Langkawi, di sini, kira-kira jam 3 petang sebelum menyerahkan memorandum berkenaan kepada Ketua Pejabat JPJ Langkawi, Sofian Sudin.

Ketika ditemui, Pishol berkata, pihaknya merayu kepada JPJ supaya mengkaji semula penguatkuasaan yang terlalu keras ke atas pengusaha kereta sewa kerana kebanyakan daripada mereka masih dalam proses memohon permit sah. “Saya mempunyai senarai kira-kira 2,000 individu yang sedang berusaha memohon permit sah daripada pihak berkuasa untuk membolehkan mereka beroperasi secara sah di pulau pelancongan ini.

“Penguatkuasaan yang terlalu keras dalam tempoh ini hanya akan memburukkan keadaan, memandangkan pengusaha pelancongan terbabit juga mempunyai tanggung jawab terhadap kakitangan dan keluarga masing-masing,” katanya. Beliau berkata, agensi pelancongan yang sebahagian besar dimiliki Bumiputera juga turut memberi komitmen tinggi untuk memajukan sektor pelancongan, sekali gus sedia berbincang dengan semua pihak untuk kebaikan bersama.

“Jika penguatkuasaan terlalu keras oleh JPJ berterusan, tidak mustahil lebih 2,000 kakitangan sepenuh masa yang bekerja dengan agensi pelancongan di pulau ini akan kehilangan sumber pendapatan dalam tempoh terdekat. “Mereka (pengusaha kereta sewa) sedang berusaha keras untuk memohon permit sah, pada masa sama minta pihak berkaitan permudahkan urusan permohonannya. Lebih penting ialah kita mahu melihat industri pelancongan terus maju,” katanya.

Pertengahan bulan ini, lebih 800 pemandu teksi daerah ini mengadakan piket secara aman di Dataran Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), di sini, meminta JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak tegas ke atas pengusaha kereta sewa haram yang kian berleluasa di Langkawi. Perhimpunan selama 15 jam itu berjaya disuraikan selepas Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan turun padang dan berjanji kepada pemandu teksi untuk meneruskan operasi menyaman dan menyita kereta sewa haram di Langkawi.

Sinar Harian 27/8/09

Anaklangkawi :-
Kan ke elok mcm ni,, takyah nk buat demo..

Wednesday, August 26, 2009

Mangsa banjir redha ketentuan Ilahi ~ Kedawang

KEDAWANG - Seramai 149 orang daripada 28 keluarga dicatatkan berpindah ke pusat pemindahan banjir ke tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kedawang di Mukim Kedawang apabila hujan berserta ribut melanda sekitar kawasan itu sejak jam 3 petang kelmarin.

Hujan lebat tanpa henti itu mengakibatkan beberapa kawasan dilanda banjir sekitar Padang Mat Sirat, Kampung Simpang Kenyum dan Mukim Kedawang. Penghulu Mukim Kedawang, Ahmad Suhaidi Ibrahim berkata, semua mangsa dipindahkan pada jam 6 petang semalam dengan bantuan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Menurutnya, mangsa adalah penduduk di kampung sekitar Mukim Kedawang dan semua mangsa telah diambil maklumat dan bancian bagi menyalurkan sumbangan. Seorang mangsa dari Kampung Belah, Salmah Hashim, 35, berkata, kejadian itu adalah kedua yang pernah dialaminya sejak enam tahun lalu.

Menurutnya, kejadian pertama pada tahun 2004 sebelum bencana tsunami melanda Langkawi dan ketika itu dia sedang sarat menggandung. “Kami redha dengan ujian Allah, kami berbuka puasa di sekolah bersama jiran tetangga dan berkongsi hidangan yang diberi.

“Saya hanya terkenangkan anak-anak yang berbuka secara ala-kadar tiada lauk istimewa seperti tahun lepas,” katanya ketika ditemui di sekolah tersebut. Salmah berkata, dalam keadaan banjir di rumahnya, dia dan anak-anak terpaksa mengutip lintah bagi mengelakkan ia memasuki kawasan dalam rumah sebelum mengambil keputusan untuk berpindah ke pusat pemindahan banjir.

“Ini adalah pengalaman berguna kepada anak-anak, mereka rasa susah dan senang di masa banjir melanda kampung ini, kejadian ini juga mengajar mereka erti kesabaran,” katanya. Seorang lagi mangsa, Nuramirah Basiron, 15, berkata, pengalaman banjir di bulan Ramadan adalah rahmat dan dugaan yang besar dari Allah SWT.

“Saya menginap di asrama, saya harapkan dapat berbuka dan bersahur bersama keluarga dengan hidangan istimewa tetapi lain hasrat itu tidak kesampaian apabila kami dilanda banjir. “Tetapi itu tidak mengecewakan saya, kerana masa susah ini saya dapat bersama keluarga membantu mereka dan inilah pengalaman pertama di bulan Ramadan yang benar-benar menguji kami,” kata pelajar yang menginap di asrama Sekolah Menengah Langkawi, Pulau Tuba.

Sinar 26/8/09

Tuesday, August 25, 2009

Tiga mukim terjejas akibat banjir ~ Pdg Matsirat

PADANG MATSIRAT - Tiga kawasan Mukim di Langkawi ditenggelami air setinggi satu meter dalam kejadian banjir kilat kelmarin. Hujan yang berlarutan sejak malam 22 Ogos mengakibatkan Mukim Padang Matsirat, Ulu Melaka, Bohor dan beberapa kawasan di Kedawang terjejas teruk. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat, Mohd Rawi Abdul Hamid, kejadian banjir ini disebabkan oleh perubahan muka bumi di Langkawi.

“Air dari Gunung Raya mengalir ke laut, manakala laut pula mengalami ombak besar dan terdapat banyak rumah di persisiran itu secara polar berjajar mengakibatkan rumah mereka menjadi laluan air. “Keadaan laluan air yang dibuat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran 10 tahun lalu sudah tidak relevan, memandangkan terdapat banyak rumah dan evolusi muka bumi telah berubah,” katanya ketika ditemui di Dewan Orang Ramai Kuala Teriang.

Mohd Rawi berkata, pihak JPS perlu menambah baik sistem laluan air di Lubuk Setol ke Padang Matsirat dan mendalamkan sungai untuk mengelakkan kejadian ini berlaku lagi. Menurutnya, semua mangsa banjir diminta membuat tafsiran dengan membuat laporan polis termasuk kemusnahan barangan dan bendang. “Mangsa di pusat pemindahan banjir diharap terus tinggal di dewan ini, Jawatan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) akan terus memantau keadaan cuaca sehingga mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian pada jam lima petang mendapati, keadaan semakin genting apabila paras air mula meningkat secara mendadak hingga menjangkau kira-kira dua meter. Sementara itu, Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Langkawi, Kapten Khairul Hisyam Husni berkata, banjir kilat berkenaan dipercayai berpunca dari limpahan air dari kawasan sawah berdekatan yang bertembung dengan Sungai Kuala Melaka dan air laut pasang besar berikutan hujan lebat sejak dua hari lalu.

Beliau berkata, air naik perlahan-lahan setinggi 0.5 meter (m) atau separas pinggang orang dewasa sejak jam 1.30 petang kelmarin dan sehingga kini keadaan masih tidak berubah. Sejurus menerima maklumat awal menunjukkan ada tanda paras air akan meningkat pada jam 11 pagi, kami melancarkan operasi pemantauan di beberapa kampung termasuk Kampung Ulu Melaka dan Kampung Atas di Padang Matsirat. “Menjelang jam 5 petang paras air di kebanyakan rumah di Kampung Atas mencapai 0.5 meter, lalu operasi memindahkan penduduk dilakukan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, pagi semalam operasi memindahkan penduduk masih diteruskan apabila dua keluarga dari Kampung Kuala Teriang dipindahkan ke dewan orang ramai kampung berkenaan mulai jam 7 pagi. Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang diketuai oleh Ishak Hashim pula, mengarahkan 30 anggota memantau kawasan digenangi banjir di seluruh kawasan Padang Matsirat serta berkawal sedia 24 jam.

Sinar Harian 25/8/09

Anaklangkawi :-
Banjir yg jarang2 berlaku.. Elokla pi pakat tolong2.. jgn biaq anak dok pi main ayiaq acaq

Sunday, August 23, 2009

Langkawi bakal tubuh Smidu ~ MB Kedah


PADANG MATSIRAT - Langkawi bakal mendirikan sebuah lagi Sekolah Menengah Islam Darul Ulum (Smidu) bagi kesinambungan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (Sridu) di Ulu Melaka. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Smidu akan menjadi Sekolah Menengah Agama tunggal di Langkawi.

Menurutnya, penubuhan Smidu bakal memberi peluang kepada masyarakat tempatan melanjutkan pelajaran di peringkat sekolah Menengah dan mendalami bidang agama. “Langkawi ketandusan sekolah menengah agama, Kerajaan Pusat berhasrat untuk membinanya bagi memudahkan pelajar Sridu melanjutkan pelajaran di peringkat sekolah menengah tanpa perlu ke tanah besar.

“Malah mereka boleh memilih sekolah itu sebagai asas pembelajaran dalam mendalami agama dan tidak perlu ke sekolah kebangsaan lain,” katanya ketika majlis perjumpaan Menteri Besar dengan penduduk setempat di bawah program pendidikan sekolah agama rakyat di Kampung Ranggut, Padang Matsirat. Azizan berkata, penubuhan sekolah ini juga dapat melahirkan generasi berjiwa Islam yang boleh berkhidmat kepada anak bangsa terutamanya kepada penduduk Langkawi.

Menurutnya, kos pembinaan masih di peringkat perbincangan dan perlaksanaannya akan dilakukan segera selepas mendapat mengira kos dan permintaan daripada penduduk setempat. “Kami ingin lahirkan generasi celik agama dan seterusnya dapat mengurangkan masalah sosial dalam kalangan pelajar dan masyarakat di pulau ini,” katanya. Beliau berkata, pendekatan awal adalah asas agama yang kukuh, menguatkan pendekatan terhadap Islam dan batas-batasnya.

“Pendidikan adalah penting untuk pegangan hidup, penubuhan sekolah ini juga berupaya melaksanakan Islam syumul untuk generasi akan datang. “Penubuhan sekolah ini juga berupaya menarik minat pelajar dari tanah besar dan antarabangsa yang terdapat di pulau ini untuk melanjutkan pelajaran berasaskan agama,” katanya. Beliau turut mengingatkan masyarakat dalam membanteras gejala sosial, penglibatan keluarga adalah penting dalam memantau hala tuju anak mereka.

Sinar Harian 23/8/09

Anaklangkawi :-
Berita yg cukup baik utk org Langkawi. Alhamdulillah.. hadiah yg baik dibulan mulia ni..

Friday, August 21, 2009

Teknologi baru ternak ketam ~ Kelibang


Bukan mudah untuk 'mereka cipta' satu habitat haiwan khususnya ternakan dalam air. Namun teknologi boleh memungkinkan segalanya meskipun kejayaan boleh ditentukan kemudian, selepas mengharungi tempoh percubaan yang lama.
Ini yang cuba dilakukan oleh TBV Management Sdn. Bhd. (TMSB) , sebuah syarikat tempatan yang berjinak-jinak dalam teknologi akuakultur untuk ternakan ketam nipah atau nama saintifiknya Scylla serrata.

Biasanya penyelidikan melibatkan organisme hidup menggunakan kaedah in situ atau pada keadaan habitat sebenar tetapi syarikat terbabit, yakin akan mencapai sesuatu yang memberangsangkan, sekali gus mampu melonjakkan pengeluaran hasil akuakultur khususnya ketam.

Bagaimanapun syarikat terbabit cuba memperkenalkan sistem tertutup yang mana air ternakan dikitar semula selepas dibersihkan secara automatik menggunakan teknologi khusus.
Teknologi yang dikenali sebagai Sistem Ketam Bersepadu (ICS) itu dianggap satu revolusi baru dalam bidang akuakultur yang mampu menjana pengeluaran ketam berlipat ganda.

Malah, syarikat terbabit bertuah kerana mendapat sokongan dan bantuan Jabatan Perikanan menerusi kerjasama Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Akuakultur Kebangsaan, Pulau Sayak Kedah.

Menurut Pengarah Urusan TMSB, Datuk Norazman Adnan, pihaknya telah melabur sehingga RM1 juta sejak beberapa bulan lepas bagi membangunkan sistem tersebut di Kelibang, Langkawi dengan kerjasama Jabatan Perikanan.

Di pusat tersebut, anak ketam dibiakkan dalam kolam tetapi menghadapi masalah untuk membesar atau lambat mencapai saiz pasaran, selain masalah pemangsaan sesama sendiri dan berebut makanan.
Justeru, pihaknya kemudian memperkenalkan ICS yang mana anak-anak ketam yang beratnya 100 gram (g) di tempatkan dalam petak khas diperbuat daripada PVC untuk menjadi habitat kepada ternakan tersebut.

''Di bawah sistem yang ada ini, setiap seekor ketam ditempatkan dalam petak kecil itu yang mana ICS ini mempunyai sama ada 288 unit petak atau 868 unit," katanya ketika ditemui pada majlis perjumpaan kerjasama penyelidikan dan Projek Perintis Ternakan Ketam di Pulau Langkawi baru-baru ini.
Hadir merasmikan majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood serta Pengarah Perikanan Kedah, Teo Siong Wan.

Norazman berkata, meskipun sistem tersebut masih di peringkat percubaan dan sedang diuji keberkesanannya, beliau melihat ia mempunyai kebaikan daripada pelbagai aspek antaranya mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi penternak ketam.
Masalah tersebut termasuk sukar memperoleh benih, ketiadaan teknologi sesuai, dan modal yang tidak mencukupi.

''Oleh kerana kita masih mengimport benih ketam dari Thailand, Indonesia dan Vietnam, kami (TMSB) berazam menyebarkan teknologi ini kepada mereka yang berminat," katanya sambil memberitahu bahawa sistem yang di pasang di Langkawi itu baru beroperasi selama dua bulan.
Bagaimanapun, katanya, kerja-kerja pengawasan kualiti air supaya sentiasa mematuhi kehendak sistem, pengumpulan data dan bacaan lain dicatat untuk tujuan rekod.

Katanya, ketam akan cepat membesar jika bersalin kulit dan ini yang mendorong pihaknya dan Jabatan Perikanan mencari jalan bagaimana proses tersebut dapat dilakukan dengan kerap.
Proses salin kulit bermula pada keadaan biasa apabila mencapai umur 30 hari dan ketika itu, beratnya mencecah 180g dan ia menjadi cabaran utama sebelum cangkerangnya menjadi keras dalam tempoh enam jam.

Beliau menjelaskan, banyak aspek ternakan masih dalam penelitian bersama Jabatan Perikanan memandangkan ada dakwaan bahawa ketam nipah akan mati jika habitatnya tidak sesuai.
Ini kerana, ketam nipah sukakan kawasan gelap dan suka 'menyendiri' bagi mengelak menjadi habuan binatang lain. Ketam juga dikatakan akan cepat membesar jika mencabut anggota badannya kerana ia akan tumbuh semula.

Ketam boleh dijual pada umur antara antara empat dan enam bulan atau apabila beratnya mencapai antara 350g dan 500g. Harga pasarannya boleh mencecah sehingga RM25 sekilogram.
Mengulas lanjut, beliau berkata, selain didorong oleh minat dan ingin membantu ramai pengusaha ternakan ketam, beliau berharap dapat membantu meningkatkan industri akuakultur itu ke tahap yang membanggakan.

Kenyataan beliau disokong oleh Ahamad Sabki yang menjelaskan bahawa kerajaan sedang giat meningkatkan pengeluaran hasil akuakultur negara dan langkah ke arah itu kini berada di landasan betul.

Kata Ahamad Sabki, pengeluaran akuakultur meningkat 20 peratus dalam tempoh 2007-2009 melibatkan ternakan seperti siput sudu, ketam, tiram.

Katanya, ketika ini jumlah pengeluaran spesies kerang-kerangan mencecah 135,00 tan metrik .
Selain itu, kerajaan juga mahu supaya pengusaha akuakultur mampu menjana pendapatan sehingga RM3,000 sebulan seperti yang disasarkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Pada masa sama, ia menyokong Dasar Jaminan Bekalan Makanan 2008-2010 untuk menambah pengeluaran makanan negara bagi keperluan sendiri.
Mereka yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi TBV Management Sdn. Bhd. di talian 04-9499333.

Thursday, August 20, 2009

MALAYSIA IS BEST WORLD TEAM - Sailing

Brazil, Aug 15 (Bernama) -- Malaysia's sailing squad emerged as the best team in the IODA's 2009 World Sailing Championship in the Optimist class in Niteroi, Brazil which ended today.

The win is a gift in conjunction with the Merdeka Day on Aug 31, said Mohd Afendy Abdullah, general manager of the Malaysian Yatching Association (MYA). In an e-mail to Bernama here today, Mohd Afendy said with this Malaysia lifts the The Miami Heralds Trophy. He said Malaysia also won the silver medal through the national junior sailor Mohamad Faizal Norizan in the individual category.

Peruvian sailor, Sinelair Jones, took the gold and Argentinian Ignacio Rogala the bronze.
Another national sailor, Mohamad Farhan, took sixth place, Ahmad Latif Khan Ali Sabri Khan the 9th and Ahmad Shukri Abdul Aziz was 26th. He said the success of the three sailors being in the top ten was something to be proud of.

He said this was in line with Malaysia's hosting of the the same championship next year in Pokok Asam, Langkawi. 217 sailors from 45 countries took part.

Yahoo News & Bernama News

Wednesday, August 19, 2009

Syor guna sistem perbankan Islam ~ Rawi


PANTAI TENGAH - Usahawan di Langkawi disyorkan menggunakan sistem perbankan Islam termasuk bangsa lain yang inginkan satu sistem kewangan telus. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat yang juga wakil dari Langkawi, Mohd Rawi Abdul Hamid berkata, sistem kewangan Islam yang telah diperkenalkan lama di negara ini antara yang terbaik di dunia.

Menurutnya, sistem yang ada sekarang ini sudah tidak relevan malah dikaut untung oleh sesetengah pihak sahaja. “Kegagalan sistem pentadbiran kewangan global kini jelas menunjukkan terdapat kelemahan dalam mengendalikan kewangan. “Perkara yang berlaku sebaliknya terhadap sistem perbankan Islam yang mana segala urusan dilaksanakan mengikut hukum syarak,” katanya ketika ditemui pada Majlis The 1st Insaniah(IRTI) Ienternational Conference on Islamic Economics, Banking and Finance (ICIEBF) di Pantai Tengah.

Turut hadir pada majlis itu adalah Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Rektor Insaniah Universiti Kolej Datuk Dr Jamil Osman, Direktor IRTI Jeddah, Arab Saudi, Dr Bambang Brodjonegoro dan 100 delegasi dari Arab Saudi, Somalia, China, Indonesia dan Afrika Selatan.

Mohd Rawi berkata, pentadbiran kewangan secara Islam dilihat tidak dimonopoli oleh satu pihak sahaja termasuk dari segi simpanan dan pelaburan. Menurutnya, sistem itu perlu diperkenalkan secara berperingkat memandangkan negara ini masih dalam proses pembangunan.

“Kita boleh laksanakan dan peluang itu terbuka kepada semua pihak tetapi perlukan masa dan ruang untuk bangsa asing mengenali dan faham dengan sistem ini,” katanya. Beliau berkata, sistem ini telah terbukti keberkesanannya yang mana telah nampak kejayaan dan kemajuan dalam sektor kewangan sekarang. “Laksanakan di peringkat sumber maklumat dan sumber manusia melalui permintaan daripada orang ramai terhadap kehendak pasaran semasa.

“Sistem perbankan konvensional banyak kelemahannya seperti diulas Tun Mahathir tetapi di negara ini perubahan perlukan masa dan kefahaman dari segi pengamal ekonomi,” katanya.


Anaklangkawi :-
Ambillah peluang utk berniaga & gunakan sebaiknya2 intan yg ada di Langkawi.
Sedangkan org luar boleh datang berniaga disini.. Kenapa tidak kita..

Dicadangkan YB Rawi buat program berkisar ttg ekonomi pada penduduk langkawi khasnya kawasan DUN beliau.

Tuesday, August 18, 2009

Exco jawab isu 'ulat', kereta sewa Langkawi ~ Kuah

KUAH - Pergolakan dan perselisihan faham antara pengusaha kereta sewa tanpa lesen dan kereta sewa dan teksi berlesen merugikan pelbagai pihak dan menjejaskan industri pelancongan. Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Mohammad Radzhi Salleh berkata, apa yang berlaku sungguh menyedihkan dan mengaibkan pulau pelancongan ini.

Menurutnya, beberapa rungutan diterima daripada pengusaha hotel, pelancong dan destinasi pelancongan apabila mereka merungut ketiadaan teksi dan kereta sewa pada hari kejadian kelmarin. “Saya harap kejadian ini tidak berulang dan jalan penyelesaian dibincangkan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan, Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan, Kementerian Pelancongan dan pihak terbabit.

“Saya bertegas dalam perkara ini, yang mana pengusaha kereta sewa tanpa lesen perlu segera mengambil permit sebelum dikenakan tindakan undang-undang hingga menjejaskan periuk nasi mereka,” katanya ketika dihubungi. Mohammad Radzi berkata, masalah ini telah lama dikesan dan kini penguatkuasaan dilakukan, ini bermakna kerajaan tidak memandang remeh perkara seperti ini.

Menurutnya, bagi pengusaha teksi dan kereta sewa berpermit, mereka diingatkan supaya meningkatkan perkhidmatan cemerlang dan salurkan maklumat mengenai kegiatan 'ulat' ini sekiranya mereka beroperasi juga. “Kami mahukan kerjasama dari semua pihak, ini pulau pelancongan dan segala kegiatan pelancongan dikongsi bersama. Oleh itu saya merayu ikutlah saluran undang-undang,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya pihak teksi dan kereta sewa berpermit menjalankan operasi tanpa memilih pelanggan atau jarak perjalanan, maka masalah 'ulat’ dapat dikurangkan. “Saya diberitahu, pemandu teksi dan kereta sewa di Langkawi memilih pelanggan, sekiranya penumpang meminta untuk dihantar dalam jarak yang dekat, pemandu enggan menghantar mereka.

“Malah mereka memilih pelancong asing dengan jarak yang jauh untuk mengambil dan menghantar mereka serta membawa mereka melancong di sekitar Langkawi,” katanya. Beliau berharap perkara ini tidak akan berlaku kerana jika sebaliknya maka industri pelancongan di Langkawi akan malap dan akan terkenal dengan aktiviti penipuan.

Sinar Harian 18/8/09

Anaklangkawi :-
Eloklah Exco Kedah bersuara.. Bercakap tidak melibatkan politik.. Ini masalah undang2 maka jgnlah sesiapa buat political mileage..

Sunday, August 16, 2009

Perhimpunan Mogok Pemandu Teksi Langkawi ~ 400 Teksi

Semalam lebih 400 teksi mogok & berhimpun didataran Lada membantah & meminta JPJ tegas dalam membanteras kegiatan teksi sapu & kereta sewa haram..

Malam tadi juga dgqnya perbincangan berlaku antara wakil teksi dgn JPJ & juga wakil rakyat langkawi Ir Nawawi. Difahamkan kereta yg disita diarahkan supaya dilepaskn atas arahan dr Wakil Rakyat YB Ir Nawawi. Tidak diketahui apakah cerita disebalik arahan tersebut yg menyebabkan persatuan teksi melancarkan perhimpunan aman & mogok.

Pada malam tadi YB Nawawi datang utk mententeramkan keadaan tetapi malangnya bila beliau hendak berucap beliau telah di 'booo' oleh pemandu-pemandu teksi yg hadir. Untuk meredakan keadaan beliau meninggalkan dataran Lada berkenaan tanpa sebarang penyelesaian. Memang tak patut depa buat mcm tu tapi kita kena kaji kenapa pihak pemandu teksi marah sangat.

Tidak dipastikan apa yg berlaku selepas itu, tetapi katanya perbincangan akan diteruskan dgn JPJ. Pada jam pukul 12.00 malam akhirnya perhimpunan bersurai dgn aman.

Cerita yg Sama di Sinar Harian 16/8/09

Anaklangkawi :-
Patutnya YB kena jadi org tengah.. Selesai masalah.. Biasalah mmg susah jadi YB.. Apa yg patut dibuat sekarang adalah memanggil pihak wakil teksi & pihak wakil prebet sapu berbincang elok2. Cara org Melayu.. Selesai masalah..

Saturday, August 15, 2009

Rusuhan & Demo di Langkawi ~ Buat Malu Jaaa..


Cerita di Langkawi (atas permintaan Org Tanjung)..

Rusuhan di Langkawi. Ceritanya macam ni, JPJ buat roadblock besar-besaran utk banteras kegiatan kereta sewa haram yg beroperasi di Langkawi. Ini atas aduan daripada pengusaha2 teksi-teksi & kereta sewa berlesen di Langkawi. Operasi dibuat dgn kerjasama Pegawai JPJ Alor Setaq & JPJ Langkawi.

Hasil operasi tersebut lebih kurang 10 kereta ditahan & disita. Kebanyakan pelancong yg menyewa kereta haram tersebut terpaksa meninggalkan kenderaan masing2 & balik ke hotel.. Seperti biasa pelancong2 yg kecewa marahlah kepada owner kereta sewa haram ni.. Jadi marahlah org2 kereta sewa haram yg mengakibatkan berlaku-nya dua demo yg tak pernah berlaku di Langkawi.. Antara pelancong yg terlibat Arab, Cina & Mat Salleh.

Pertama sekali demo di depan JPJ lebih drpd 50 org. Siap dgn sepak terajang pintu Pejabat JPJ. Lepas tu melarat pada malam demo sekali lagi berlaku depan Danlop dekat Shell. Yang nyata waktu road block JPJ yg waktu malam, terdapat org2 yg tak puas hati te-qhe-bey (lastik) org2 JPJ, tetapi nak dijadikan cerita terkenalah muka seorg Makcik yg sama2 terperangkap dalam road block tersebut. Masyallah.. Mmg kurang hajar betul puak2 demo tu..

Maka berdarahlah makcik tersebut & dibawa terus ke Hospital Langkawi. Tak silap katanya pecah pipi muka Makcik berkenaan. Makcik berkenaan pulak adalah org Lubuk Setul yg tak bersalah & tak dak kena mengena langsung dgn JPJ. Mmg betul la "sama2 gajah bergaduh pelanduk cedera ditengah-tengah".

Dengaq cerita keluarga makcik tersebut dah buat laporan polis. Maka polis ambillah tindakan.. Buat memalukan ja org2 Langkawi. Org macam ni tak layak jadi org Langkawi. Diberitakan org2 yg terlibat adanya org Langkawi & org Luaq.

Tidak dapat disahkan yg seorg pemandu teksi langkawi dibelasah oleh pengusaha kereta sewa haram. Semua teksi di Langkawi beroperasi seperti biasa tetapi dlm keadaan yg tidak berpuas hati terhadap keadaan yg berlaku..

Sumber : Saksi kejadian, org2 Teksi dll.

Anaklangkawi :

Insiden yg memalukan saya sebagai org Langkawi. Tak sangka setelah seberapa lama Langkawi aman damai ada jugak org yg tak ikut undang2 buat kerja tak berfaedah. Walau apapun alasan, perkara yg berlaku tidak boleh diterima..

Saya menyeru Polis mengambil tindakan terhadap mereka & mengalu-alukan usaha JPJ dalam membanteras kegiatan haram tersebut.. Terima ajalah salah jgn dok buat demo..Kita doakan benda mcm ni tak berlaku lagi di Langkawi.. Kalo tak mungkin mcm Org Tanjung cakap kita nak kena ada semut merah jugak kat langkawi.

Updates :
16/8/09
Semalam lebih 400 teksi mogok & berhimpun didataran Lada membantah & meminta JPJ tegas dalam membanteras kegiatan teksi sapu & kereta sewa haram.. Malam tadi juga dgqnya perbincangan berlaku antara wakil teksi dgn JPJ.. kita nntikan adakah mogok berterusan hari ini..

25 sekolah jayakan program 3P ~ Kuah

KUAH - Penggiat destinasi pelancongan bekerjasama dengan 25 sekolah menengah di Kedah dalam program Pakej Pelancongan Pelajar (3P) yang dianjurkan oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Negeri Kedah. Pengerusi Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kedah, Osman Aziz berkata, pelajar didedahkan dengan lokasi dan tempat pelancongan unggul bagi menyalurkan semula maklumat kepada rakan mereka. Menurutnya, menjelang hujung tahun ini seramai 1,000 pelajar dijangka datang ke Langkawi bagi tujuan bercuti sambil menimba ilmu.

“Pelajar didedahkan dengan enam ikon iaitu, Galeria Perdana, Kraf Malaysia, Underwaterworld, Wildlife Park, Oriental village dan Kota Mahsuri. “Selain itu aktiviti 3P turut menekankan peluang pekerjaan dalam industri pelancongan seperti agen pelancongan, pemandu pelancong dan perhotelan,” katanya ketika majlis Makan Malam Program 3P di Dewan Kampung Wang Tok Rendong.

Osman berkata, program 3P ini adalah anjuran kali ke empat, di mana tiganya dilakukan di tanah besar dengan pelajar dari Langkawi dibawa untuk menyertai program tersebut. Pada program itu pelbagai aktiviti dilakukan seperti eksplorasi, menanam pokok dan persembahan kebudayaan. Kolej Sultan Tunku Abdul Hamid muncul juara keseluruhan dengan memungut markah 88.3 dan menerima hadiah RM1,000, diikuti tempat kedua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Panglima Besar dan ketiga SMK Jabi, Pokok Sena.

Thursday, August 13, 2009

Street Protests Undermine Peace And Harmony - Hishammuddin


LANGKAWI, Aug 13 (Bernama) -- Street protests can cause not only tension to the local community, but potentially ruin inter-racial harmony in the country, Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said."What has happened lately is saddening and the public are actually already tired of it. They can no longer accept it because it is not part of our religious and cultural values," he told reporters after closing a Terengganu Wanita Umno course here, Thursday.

He said street demonstrations were part of a negative culture introduced by certain parties who wanted power without going through the proper democratic process.Hishammuddin was commenting on the tense standoff between the residents of Kampung Buah Pala in Penang and the developer who tried to demolish 23 houses in the village to make way for a development project today.

However, attempts by workers and contractors to enter the village between 11am and 1pm today were impeded by villagers who formed a human barricade along Jalan Kaki Bukit, about 100 metres from the entrance to the village.He said that when an issue was mixed up with racial and religious issues and the leaders did not handle the matter wisely, the people would become the victims.In line with that, he said, all parties should cooperate in tackling the problem and not leave it on the shoulders of the authorities.

Hishammuddin said street demonstrations also put an extra load on the authorities who had to allocate a large part of its manpower to monitor the area."If this is the case, the police won't be able to do much else, how are they to monitor other crimes?"People must see this as not our culture. In a multi-racial country, if we don't take a stand and try to follow western culture like this, I am worried we will destroy the community we have just built 52 years ago," he said.


Anaklangkawi :-
Hishamuddin ada kat Langkawi.. Harap2 adalah goodies utk org2 Langkawi..

Wednesday, August 12, 2009

10 penagih, seorang peniaga daun ketum diberkas ~ Kuah

KUAH - Seorang penagih daun ketum mengalami kecederaan jari kelingking apabila cuba melarikan diri daripada serbuan polis di markas mereka yang terletak di Kampung Kelibang. Ketua Polisnya, Superintendan Ishak Hasan berkata, seramai 11 orang berusia antara 30-an hingga 49 tahun diberkas dalam operasi yang dilakukan oleh Unit Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) daerah Langkawi. Menurutnya, kegiatan mereka dipercayai bermula sejak tiga bulan lalu dan berjaya dihidu lama atas maklumat orang awam.

“Ketika diserbu dipercayai lima orang yang terdiri daripada pelanggan asyik menikmati air daun ketum yang siap diproses. “Manakala yang lain adalah pelanggan yang baru sampai ke markas atau pondok tersebut bagi tujuan yang sama bersama peniaganya,” katanya ketika ditemui wakil Sinar Harian. Ishak berkata, seramai 11 anggota yang diketuai Asisten Superintendan Zulkifli

Khalim mengintip kegiatan mereka sebelum serbuan dan tangkapan dilakukan. Menurutnya, seorang daripada penagih tersebut cuma melarikan diri melintasi sungai berdekatan bagi meloloskan diri ke belukar berdekatan, namun setelah dikepung penagih tersebut jatuh dan mengalami kecederaan.

“Pelanggan yang ditangkap rata-rata adalah pemandu bas, tukang kebun hotel dan juru jual,” katanya Beliau berkata, antara barang rampasan adalah sebuah dapur, tong gas, penapis, gelas dan periuk yang dipercayai digunakan untuk merebus daun ketum tersebut dan air daun ketum siap diproses sebanyak 25 liter dan 20 kilogram daun ketum mentah. “Kami juga merobohkan pondok tersebut dari dikunjungi penagih lain dan ini adalah beberapa siri kejayaan Unit Narkotik dalam membanteras gejala ketagih meminum air daun ketum.

“Kami akan membuat pemantauan berterusan di Langkawi dan kegiatan yang berlaku ini adalah dilakukan pada waktu siang dan malam dan dijual dengan harga RM2 segelas,” katanya. Beliau berkata, penagih yang ditangkap didakwa mengikut Akta Racun Seksyen 30 (3) jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dari empat tahun dan denda tidak lebih RM50,000.

Sinar Harian 11/8/09

Anaklangkawi :-
Terkejut..masih ada benda2 macam ni kat langkawi.. Mehla sama2 kita report kat polis benda2 tak elok..

Tuesday, August 11, 2009

Kampung lubuk setul tubuhkan KRT

BOHOR - Penubuhan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di kampung-kampung dan taman perumahan mampu mengukuhkan hubungan perpaduan masyarakat setempat. Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Kedah, Yunus Mansur berkata, penubuhan KRT menjadi pendorong untuk memastikan keseluruhan penduduk di kampung dan taman perumahan terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan tanpa mengira kaum.

Menurutnya, KRT juga dapat memastikan sesuatu kawasan itu lebih selamat dengan mewujudkan Skim Rondaan Sukarela yang disertai masyarakat setempat. “Skim Rondaan Sukarela dilakukan oleh masyarakat setempat itu sendiri, dan mereka kebiasaannya mahir tentang selok-belok sesuatu kawasan dan mengenali penduduk di taman atau kampung yang diduduki. “Malah mereka yang menyertai skim ini tanpa mengira umur dan kebiasaannya adalah belia di sesuatu tempat itu,” katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran KRT di Padang Bola sepak Kampung Lubuk Setul, Mukim Bohor.

Yunus berkata, dengan adanya KRT di sesebuah kawasan perumahan keselamatan dan jalinan silaturahim dapat diwujudkan tanpa mengira bangsa dan agama. Menurutnya, KRT Kampung Lubuk Setul yang ditubuhkan sejak September tahun lalu merupakan antara 19 KRT yang terdapat di Langkawi. “Di Kedah, terdapat 248 KRT yang ditubuhkan di kampung-kampung dan taman perumahan, daripada jumlah itu, 78 daripadanya menubuhkan Skim Rondaan Sukarela bagi mengawasi keselamatan kawasan setempat,” katanya.

Sementara itu, majlis pelancaran berkenaan diadakan meriah dengan pelbagai aktiviti seperti sukaneka, demonstrasi anjing pengesan oleh Unit K-9 Kastam, demonstrasi pemadaman api, dan juga acara tarik tali. Selain itu, gerai pameran yang disertai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Bomba dan Petrosains turut dibuka.

Sinar Harian 9/8/09

Anaklangkawi :-
Elokla ditambah KRT di semua kampung sekurang2nya org2 taman & kampung lebih mengenali antara satu sama lain.

Sunday, August 9, 2009

Gerakan Belia 4b Langkawi ke Melaka




Baru-baru ini belia 4b Langkawi telah menganjurkan satu aktiviti retreat bagi pimpinan di Melaka. Seramai 50 peserta menghadiri kursus ini yg dikelolakan oleh AJK Belia 4b Langkawi dgn kerjasama penceramah jemputan & Belia 4B Melaka.

Aktiviti ini disertai diisi dgn ceramah kepimpinanan, bengkel, asal usul belia4B, Sejarah Malaysia, Sudut Ekonomi & bantuan kerajaan, brain storming, dll.

Rombongan ke Melaka dibiayai penuh oleh Ahli Parlimen Langkawi & makanan juga penginapan dibiayai penuh oleh Pihak Ketua Menteri Melaka.

Tempat : Bandar Melaka

Jumlah Rombongan : 50 Orang

Aktiviti : Ceramah, Bengkel & Lawatan

Tempat Tinggal : Tropical Fruit Farm Melaka , Sungai Udang

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Dato' Ali Rustam yg memberikan 1st class treatment kepada Belia2 Langkawi & Dato' Bakar atas kerjasama yg berterusan.
~~~

Cadangan Hala Tuju Belia 4B Langkawi :-
~ Mengadakan kursus ICT kepada Belia Langkawi
~ Menjadikan belia 4b Langkawi tonggak & rujukan kepada belia Langkawi
~ Mengadakan kursus bersifat perniagaan, ekonomi & peluang2 kepada Belia Langkawi
~ Mengadakan kursus sahsiah & kerohanian seperti kursus mandian jenazah, solat dll kpd Belia
~ Mengadakan kursus kecermelangan Akademik kepada budak2 Sekolah Menengah & Rendah
~ Mengadakan kursus Peluang perkerjaan & IPT



Uitm Student Found Drowned In Langkawi ~ Pantai Tengah

LANGKAWI, Aug 6 (Bernama) -- A student from the UiTM Seri Iskandar campus in Perak was found drowned near the Porto Malai jetty, here, after he was reported missing since
Tuesday.Northern Region Maritime operations director, Commander Low Nee Thong, said the body of Mohamad Hafizi Yakop, 21, was found by a maritime patrol boat at 9.05am today, about two kilometres from where he was swimming at Tengah Beach on Tuesday.

He said Mohamad Hafizi, who hailed from Melaka, was believed to have gone for a swim at 6pm on Tuesday and got swept away by strong waves. Low said the Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) received a report on the incident at 7pm and launched a search-and-rescue operation.

"We found his body this morning and sent it to Langkawi Hospital. His family is already in Langkawi to claim the body," he said.Mohamad Hafizi, who had gone to Langkawi with 62 other students on Monday to conduct research in Harbour Park, Kok Beach, was scheduled to return home today.

Anaklangkawi :-
Pantai tengah is a no-no spot for swimming. The authorities should have put a sign there not encouraging ppl to swim.

Two Fishermen Rescued After Three Days At Sea ~ Pulau Payar

BUKIT MERTAJAM, Aug 8 (Bernama) --

Two Thai fishermen who used a gas cylinder to keep themselves afloat over the past three days in the sea off Langkawi, were rescued by a ferry this afternoon.The duo, in their 40s, were in good health at the time of the rescue at 3.45pm, by the Penang-bound ferry from Langkawi.However, the skipper of their boat was missing.

A police spokesman said the foreigners were handed over to the immigration department to facilitate investigations.He said the fishermen's boat was damaged after it was believed to have struck a coral reef about five nautical miles from Pulau Payar, during choppy sea condition.

Dialogue back in Langkawi

MALAYSIA will host the Lang-kawi International Dialogue again next year to share its experience and reform efforts with leaders from Africa, the Commonwealth and other countries.
Participants at the Global Smart Partnership, which ended here yesterday, decided that similar meetings be continued, citing Malaysia as an exemplary nation.

The theme for the Langkawi dialogue has yet to be decided, but Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said issues related to the current situation such as human capital development and 1Malaysia would likely be highlighted.

Summarising Malaysia's measures in tackling the global financial crisis at the last session of the meeting here, Muhyiddin said proactive mea-sures, including the introduction of economic stimulus pac-kages, had mitigated the effects of the downturn in Malaysia.The measures, he said, were aimed at reducing unemployment, easing the burden of the people, especially the vulnerable, assisting the private sector and capacity-building for the future.
As part of economic reforms, he told dialogue partners that liberalisation measures for the financial sector and services sub-sectors in various fields had also been introduced.

"These measures offer better chances to local and foreign sectors to churn out more capacity and increase the quality of services."Muhyiddin said by creating a conducive business environment and attracting more investments, it would attract more professionals and technology to the country.

These help strengthen competitiveness and create more employment opportunities.He also touched on the establishment of a national economic advisory council to deal with global issues and develop measures to tackle issues affecting the economy.In an effort to realise Vision 2020, Muhyiddin said the government subscribed to the view that knowledge management was the key to enhancing the delivery of services. This was also aimed at reducing red tape.

New Straits Times 27/7/09

Anaklangkawi :
meh pakat boh dalam kelender masing2.

Wednesday, August 5, 2009

Program santai tawan hati belia ~ Pulau Tuba

PULAU TUBA - Putera UMNO Bahagian Langkawi melebarkan sayap keahlian ke bahagian kepulauan Tuba dengan mendekati golongan remaja dan belia. Ketuanya Mohamad Aswad Saidin berkata, penjelajahan pertama kali ini berjaya memperoleh 30 ahli terdiri daripada golongan berusia 18 hingga 25 tahun.

Menurutnya, dua agenda utama yang dibincangkan iaitu membuka keahlian baru dan hala tuju masa depan remaja yang baru tamat persekolahan. “Kami berjaya memperoleh 30 ahli baru yang rata-rata mereka baru tamat persekolahan dan ada juga bakal menanti panggilan ke universiti. “Selebihnya kami membincangkan peluang-peluang pekerjaan bagi mereka dan kursus-kursus kemahiran yang boleh diceburi,” katanya ketika ditemui wakil Sinar Harian.

Turut hadir pada majlis itu adalah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Kasa Hamzah; Ketua Pemuda Cawangan Selat Bagan Nyior Anuar Ibrahim dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Langkawi, Tajuddin Che Man. Mohamad Aswad berkata, selain itu mereka juga membincangkan mengenai isu-isu semasa yang berlaku di negara ini dan memberi kesedaran kepada mereka serta peranan mereka sebagai generasi pelapis.

Menurutnya, pendekatan yang dilakukan dengan bertemu mereka sambil bersukan dan bersantai di kedai makan memberi kesan positif berbanding perjumpaan formal di dewan. “Aktiviti Putera akan dilakukan secara santai, kami tidak akan adakan sebarang perjumpaan di dewan atau menjemput pemimpin yang terlalu formal,” katanya. Beliau berkata, remaja biasanya tidak akan menghadiri sebarang perjumpaan formal dan dari situ kami dapat memahami kehendak mereka.

“Mereka tidak sukakan protokol dan pendekatan yang kami gunakan dapat memahami kehendak mereka dan mendengar apa juga masalah yang dihadapi. “Dari situ wujud satu jalinan kerjasama dan mereka lebih bersikap terbuka, dalam hanya berapa jam sahaja kami dapat mendengar rintihan dan kehendak mereka,” katanya. Beliau berkata, Putera UMNO mempunyai 14 zon di seluruh Langkawi dan penjelajahan akan dilakukan di semua Bahagian sehingga hujung bulan ini.

Sinar Harian 5/8/09

Anaklangkawi :-
Hehe.. Nak tunggu komen org tanjung..

Monday, August 3, 2009

Masalah gagal membaca membimbangkan ~ Kuah

KUAH - Masalah gagal membaca dalam kalangan kanak-kanak di Langkawi kini berada pada peringkat membimbangkan malah ada di antara mereka juga gagal menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira sepenuhnya walaupun berada di peringkat sekolah menengah.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Langkawi, Nor Saidi Nanyan berkata, masalah tersebut harus ditangani segera pada peringkat akar umbi. Menurutnya, ibu bapa harus memainkan peranan penting dan menunjukkan contoh terbaik bagi kanak-kanak dengan memupuk sikap membaca.

“Saya syorkan ibu bapa harus menanamkan sikap membaca di dalam diri mereka dengan sekurang-kurangnya meluangkan masa 10 minit setiap hari. Cara ini boleh dicontohi oleh anak-anak malah sikap membaca ini harus dipupuk dari kecil iaitu di peringkat pra sekolah,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Nor Saidi berkata, tanggungjawab tersebut tidak boleh diserahkan kepada guru semata-mata, kerana ibu bapa lebih banyak meluangkan masa bersama anak di rumah berbanding guru. Menurutnya, terdapat golongan belia dan remaja di Langkawi yang tidak boleh membaca mengakibatkan mereka terjerumus ke kancah negatif.

“Kerajaan harus menyediakan pusat kemahiran bagi mereka yang tercicir ini supaya mereka mempunyai masa depan cerah,” katanya. Menurutnya, sebilangan ibu bapa memandang ringan masalah tersebut kerana latar belakang pendidikan yang rendah malah kesedaran belum wujud dalam kalangan mereka.
~~~

Sinar Harian 2/8/09

Anaklangkawi :
Takkan cakap ja kot. Buat la aktiviti yg boleh membantu mereka. Dekati belia. Bagi panduan.. Jgn hanya cakap.. Lain la kita yg takdak apa..

Saturday, August 1, 2009

Charter flights Guangzhou to Langkawi ~ China Southern Airlines


KUALA LUMPUR: Tourist arrivals from China are expected to increase within three weeks following the introduction of charter flights between Guangzhou and Langkawi from Tuesday by China Southern Airlines.

Tourism Minister Datuk Seri Dr Ng Yen Yen said the northern states were most likely to benefit as the tourists were expected to make their way to Perlis and Penang after visiting Langkawi.She said direct flights would also be initiated by AirAsia beginning October between Malaysia and Wuhan.

She said new tourism products would be developed, particularly to woo the China market."We are looking at a 'filial piety' package which encourages children to buy travel packages for parents, and clan tourism that brings various Chinese associations together," she said at a press conference.

The efforts were made after the influenza A (H1N1) pandemic caused a 20 per cent drop in tourist arrivals from China last month.

A total of 58,351 tourists from China visited the country last month, 15,000 fewer compared with June last year.The country is estimated to have lost RM37 million in earnings as each tourist from China would spend about RM2,500 here.The situation prompted the ministry to organise a five-day working visit to several provinces in China.

Dr Ng said her ministry placed much emphasis on China as it was the fifth largest tourist market after Singapore, Thailand, Indonesia and Brunei.Between January and last month, tourist arrivals from various countries reached 11.3 million, an increase of 3.5 per cent compared with the same period last year
~~~
New Straits Times ~ 31/07/09

Anaklangkawi :-
Its a good news for Langkawians. This means there will be a boost on tourist arrivals & especially from China. Great for Chinese traders & shops in Langkawi..