Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Wednesday, August 5, 2009

Program santai tawan hati belia ~ Pulau Tuba

PULAU TUBA - Putera UMNO Bahagian Langkawi melebarkan sayap keahlian ke bahagian kepulauan Tuba dengan mendekati golongan remaja dan belia. Ketuanya Mohamad Aswad Saidin berkata, penjelajahan pertama kali ini berjaya memperoleh 30 ahli terdiri daripada golongan berusia 18 hingga 25 tahun.

Menurutnya, dua agenda utama yang dibincangkan iaitu membuka keahlian baru dan hala tuju masa depan remaja yang baru tamat persekolahan. “Kami berjaya memperoleh 30 ahli baru yang rata-rata mereka baru tamat persekolahan dan ada juga bakal menanti panggilan ke universiti. “Selebihnya kami membincangkan peluang-peluang pekerjaan bagi mereka dan kursus-kursus kemahiran yang boleh diceburi,” katanya ketika ditemui wakil Sinar Harian.

Turut hadir pada majlis itu adalah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Kasa Hamzah; Ketua Pemuda Cawangan Selat Bagan Nyior Anuar Ibrahim dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Langkawi, Tajuddin Che Man. Mohamad Aswad berkata, selain itu mereka juga membincangkan mengenai isu-isu semasa yang berlaku di negara ini dan memberi kesedaran kepada mereka serta peranan mereka sebagai generasi pelapis.

Menurutnya, pendekatan yang dilakukan dengan bertemu mereka sambil bersukan dan bersantai di kedai makan memberi kesan positif berbanding perjumpaan formal di dewan. “Aktiviti Putera akan dilakukan secara santai, kami tidak akan adakan sebarang perjumpaan di dewan atau menjemput pemimpin yang terlalu formal,” katanya. Beliau berkata, remaja biasanya tidak akan menghadiri sebarang perjumpaan formal dan dari situ kami dapat memahami kehendak mereka.

“Mereka tidak sukakan protokol dan pendekatan yang kami gunakan dapat memahami kehendak mereka dan mendengar apa juga masalah yang dihadapi. “Dari situ wujud satu jalinan kerjasama dan mereka lebih bersikap terbuka, dalam hanya berapa jam sahaja kami dapat mendengar rintihan dan kehendak mereka,” katanya. Beliau berkata, Putera UMNO mempunyai 14 zon di seluruh Langkawi dan penjelajahan akan dilakukan di semua Bahagian sehingga hujung bulan ini.

Sinar Harian 5/8/09

Anaklangkawi :-
Hehe.. Nak tunggu komen org tanjung..

2 comments:

Kamal Sanusi said...

Komen aku senang saja. Memandangkan aku ni jenih result oriented, apa yg dicanangkan, dirancangkan, dibuatkan dan dijayakan oleh Putera Umno atau mana-mana pihak perlu menunjukkan kejayaan mencapai objektif yg ditetapkan di dalam tempoh yg ditetapkan.

Kalau dok buat tanpa objektif atau tadak set target date biaq open ended saja, pi mai pi mai tang tu saja. Baik tak yah buat. Planning tak complete. Itu pun kalau depa faham 4 element asas di dalam pengurusan:

Planning
Leadership
Organizing
Control

Pertambahan jumlah keahlian saja tidak membawa sebarang makna apatah lagi kalau yuran keahlian bukan budak2 tu yg bayaq apatah lagi kalau free.

Without prejudice, I'm wishing them all the best. Minta Si Aswad tu kasi update. Lagi elok kalau anaklangkawi leh paparkan apa yg nak dicapai oleh Putera dan bila nak dicapai bagi tujuan komen membina. Buleh kut nooo...

Wow! PROGRESS REPORT is just tiring.

Kah kah kah...

anaklangkawi said...

OT (org tanjung) adaka apa yg nak dicapai oleh Putera?

takut sembang ja lebih.. kadang2 tu ahli ramai tapi semua ketua pakat bayaq yuran ahli.. bila mesyuarat paih tu tak cukup korem..