Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Friday, October 2, 2009

6 beranak bersesak dalam bilik kecil ~ Ayer Hangat

AYER HANGAT - Enam beranak terpaksa tidur sebilik seperti dalam tin sardin apabila rumah mereka tidak mempunyai bumbung selepas diterbangkan angin. Keperitan itu ditambah dengan rumah yang dibina tidak mempunyai cermin dan hanya tinggal gerigi tingkap disebabkan masalah kewangan. Hatiah Hashim, 39, ketika ditemui di rumah itu berkata, bumbung beratap zink itu diterbangkan angin ketika minggu lalu dan beberapa bahagian rumah tersebut rosak teruk dihempap dahan pokok.

Menurutnya, rumah itu didiami suaminya, Amir Saidin, 37, anaknya Amirul, 19 yang menghidapi penyakit buah pinggang, Azril, 16, Md Alif Fikri, 8 dan ibunya yang kurang pendengaran. “Bumbung ini tercabut minggu lalu ketika angin kencang, nasib baik dalam kejadian itu kami semua sempat lari ke luar rumah menyelamatkan diri. “Saya tidak bekerja kerana perlu menumpukan perhatian menjaga anak yang sakit buah pinggang, suami hanya pemandu lori bergaji hari dan anak-anak masih bersekolah,” katanya ketika ditemui.

Hatiah berkata, aduan telah dibuat kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), mereka telah pun meninjau rumah ini bersama wakil Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda). Menurutnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah datang, kesemua mereka datang dan mengambil gambar tetapi tiada perkhabaran diterima sehingga kini.

“Saya sedih dan kecewa dengan keadaan ini, kami hanya perlukan beberapa atap zink dan bukannya rumah baru, tetapi mereka seolah-olah memandang ringan masalah ini,” katanya. Dia berkata, selain itu, dia turut berusaha mendapatkan projek membuat kuih tradisional atas sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ayer Hangat namun sehingga sekarang masih tiada jawapan.

“Saya telah menyenaraikan beberapa kedai, jenis kuih yang boleh saya buat seperti baulu dan maruku, sekurang-kurangnya dengan cara ini saya boleh menambah pendapatan keluarga. “Saya juga pernah meminta untuk menternak lembu dan kambing daripada Jabatan Haiwan, mereka ada datang berjumpa saya tetapi tetap tiada jawapan sehingga kini ,”katanya.

Sinar Harian 2/10/09

Anaklangkawi :-
ADUN ayer Hangat @ wakil. Pi la tgk sat. Mana boleh bantu tu bantulah..
JKKP @ JKKKP pun pi la tgk. Tak kira la Kerajaan Negeri @ pusat. Pakat ramai2 pi bantula noo.

2 comments:

poseng said...

depa kata terlepaih pandang.muskil

anaklangkawi said...

Biasala tu alasan. takpa meh kita pakat2 cari org susah.. kita lapor.. senang sikit kerja depa..