Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Thursday, October 22, 2009

Jambatan ke Pulau Langkawi cemarkan keindahan sekitar

SAYA, sebagai pengunjung setia Pulau Langkawi, bersetuju dengan pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tidak setuju dengan cadangan pembinaan jambatan menghubungkan Pulau Langkawi dengan tanah besar.

Selain daripada masalah kesesakan lalu lintas, kos pembinaan yang tinggi, pulangan yang tidak berbaloi dan kerugian sektor industri kecil seperti sektor perhotelan dan sektor pengangkutan, pembinaan jambatan tersebut juga boleh menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.

Ini kerana kerja-kerja pembinaan akan lebih mencemarkan laut di sekitar kepulauan Langkawi.
Jambatan itu juga akan menjadi faktor penyumbang kemusnahan hidupan laut. Malahan, secara tidak langsung pencemaran udara juga akan berlaku ekoran peningkatan kenderaan di Pulau Langkawi.

Jika ini cadangan ini diteruskan, maka Pulau Langkawi akan menjadi lebih kotor dan tercemar.
Cukuplah dengan pencemaran yang sedia ada. Apa yang diperlukan ialah usaha memulihara Pulau Langkawi bagi mengekalkan keindahan alam semula jadinya dan sekaligus dapat meningkatkan industri pelancongan negara dengan menjadikan Pulau Langkawi tarikan destinasi dunia.

Walaupun jambatan ini bertujuan untuk memudahkan para penjawat awam, namun kesan jangka masa panjang terhadap Pulau Langkawi haruslah diambil kira terlebih dahulu.
Terdapat pelbagai cara untuk meringankan beban mereka dan saya percaya penyelesaian yang lebih baik akan dapat ditemui.

SITI 'AISYAH
UiTM, Shah Alam

Utusan

4 comments:

Orang Tanjung said...

1Malaysia dengan 1Langkawi habih lingkuppp...

anaklangkawi said...

1Langkawi... :) 1nawi.

typhaa2 said...

Bagi siap dulu TITI pendek 35 meter kat sungai Kuah tuh... DAH LAMA DAH......

anaklangkawi said...

TITI.. eheheh..