Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Friday, October 2, 2009

Warga Brazil kagumi Langkawi


LANGKAWI 29 Sept. - Tidak ada kata-kata yang mampu diucapkan oleh operator pelancongan dan wartawan dari Brazil melainkan kesemuanya melahirkan kekaguman melihat keindahan dan pelbagai keunikan yang terdapat di pulau Langkawi.

Mereka yang terdiri daripada enam operator pelancongan dan tiga wartawan berasa bertuah apabila diberi peluang menyertai Program Homestay yang berlangsung di Homestay Perkampungan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) Wan Tok Rendung baru-baru ini.
Kesempatan berada di Langkawi selama empat hari tiga malam itu memberi peluang kepada rombongan tersebut melakukan sendiri aktiviti yang diamalkan oleh masyarakat di pulau tersebut termasuk membuat kuih tradisonal, menganyam ketupat, mengacau rendang dan dodol.

Selain itu, mereka mengambil bahagian dalam sukan rakyat seperti mencuba permainan gasing, congkak, batu seremban dan sepak raga.
Menurut Naib Presiden Badan Promosi Tourism Malaysia Amerika Latin, Mazlan Araju, program anjuran Badan Promosi Tourism Malaysia itu bertujuan mengetengahkan Langkawi sebagai satu destinasi pelancongan menarik yang bukan hanya menawarkan pakej geoalam seperti keindahan geopark tetapi mendedahkan cara hidup dan budaya orang Melayu.

"Apa yang pasti, mereka berasa amat teruja dengan budaya mudah mesra penduduk kampung di sini (Langkawi) selepas ditemukan dengan keluarga angkat.
"Mereka menghadiri rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri penduduk kampung dan tertarik dengan budaya ziarah menziarahi yang diamalkan oleh masyarakat Melayu,"
kata beliau.

Seorang anggota rombongan, Jefferson Santos dari Sao Paolo, berkata, Langkawi bukan hanya mempunyai pantai yang cantik dan alam semula jadi yang indah tetapi kemesraan penduduk dan kekayaan pelbagai budaya menjadikannya destinasi pelancongan untuk menarik pelancong dari Brazil.

"Budaya di sini unik, kemesraan di kalangan masyarakat dan layanan mesra ditunjukkan kepada pelancong sudah pasti menjadikannya sebuah pulau yang paling menarik untuk dikunjungi," katanya.

Seorang wartawan pelancongan, Ilya Cavalcante dari Forta Leza pula memberitahu, dia berasa bertuah kerana memperoleh pengalaman paling berharga apabila dibawa untuk melihat dan mencuba kaedah menoreh pokok getah di ladang getah berhampiran.

"Walaupun saya dari Brazil iaitu negara asal pokok getah, saya belum pernah melihat pokok getah dan pengalaman menoreh dan melihat sendiri susu getah keluar dari kulit pokoknya amat menarik," katanya.


Anaklangkawi :-
Nasib org Brazil tak macam org indonesia tak bising pasai pokok getah yg mmg asal dr Brazil. Kalo tak naya kita. Hehe

No comments: