Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Sunday, October 11, 2009

Deepavali Langkawi ~ Sumbangan Kepada Kaum India Info Parlimen

~Email diterima~

Pada 9 Oktober 2009, di Taman Sg Raya Kisap Ahli Parlimen Langkawi Dato' Abu Bakar Taib melawat kaum India sempena Deepavali. YB Rawi bersama-sama Pengerusi MIC Bahagian En. T Manogaran & Pengerusi PPP Langkawi En. P Munusamy juga telah hadir dalam majlis ini.

Sumbangan disampaikan oleh Dato' Bakaq kepada 100 penerima.

Tempat : Taman Sg Raya, Kisap

Tarikh : 09 Oktober 09

Waktu : 3.30 petang

Sumbangan diberikan : beras 5 kg + gula 2 kg + susu 2 tin serta rm50.00 setiap seorang

Penerima :- 100 Ahli PPP & MIC juga penduduk

Yg Hadir :- Yb Mohd Rawi, Pengerusi MIC Langkawi, Pengerusi PPP Langkawi & penduduk India.

Ucapan En. T Manogaran MIC :-
Pada Majlis itu En. T Manogaran dari MIC telah menyatakan rasa amat malu kepada YB Dato Bakaq selaku ahli Parlimen Langkawi yang sentiasa mengambil berat tentang kebajikan kaum India di Langkawi walaupun BN menerima peratusan undi yg mendukacita pada pilihanraya lepas. Beliau juga menambah, dia amat terharu dgn perhatian ahli parlimen Langkawi terhadap kaum India.

Beliau merayu & berharap kepada kaum India Langkawi utk memberikan sokongan kepada BN kerana BN sentiasa tidak leka dalam memberikan bantuan & sokongan kepada kaum India Langkawi.

Ucapan YB Mohd Rawi UMNO :-
Dalam ucapan YB Mohd Rawi pula berkata BN telah menyelesaikan 3 perkara yg berbangkit oleh kaum ini.

1- Masalah Kuil 2- Masalah lampu jalan 3- Masalah tanah perkuburan Kaum India Kisap.

Dgn itu beliau berharap agar sokongan kaum India kpd wakil BN pada PRU-13. Beliau menyeru supaya yg terpedaya dgn dakyah pembangkang yg menabur pelbagai berjanji tetapi akhirnya tidak terlaksana.

Ucapan YB Dato Paduka Abu Bakar Taib UMNO :-
Dalam ucapan, beliau menegur barang siapa yg menjadi ahli UMNO, MCA, MIC & PPP di Bahagian Langkawi yg tidak menyokong & mengundi calon BN dalam PRU yg lalu merupakan pengkhianat Parti. Beliau berharap jika ada yg berbuat demikian, sedar akan perbuatan yg merugikan BN sendiri & telah sedar akan dakyah pembangkang yg cakap tak serupa bikin.

Beliau menyeru ahli BN setia kepada parti & mestilah menunjukkan perpaduan yg kuat pada PRU akan datang. Jgnlah seperti skrg bilamana habis PRU masalah tidak selesai & terpaksa jugak merujuk kepada YB-YB dr BN. Beliau juga memberitahu kepada kaum India Langkawi bahawa segala bantuan, pembangunan & kemudahan yg sedia ada hari ini adalah datangnya dr Kerajaan Barisan Nasional.

Jadi beliau berharap kaum india akan mengundi calon BN di masa akan datang. Beliau akan sentiasa membantu setiap permasalahan kaum india Langkawi dan semua penduduk Langkawi tak kira bangsa sebab kita 1 MALAYSIA.

No comments: