Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Monday, October 5, 2009

Langkawi berpotensi jadi hab pendidikan

PADANG MATSIRAT - Langkawi berpotensi menjadi hab pendidikan Asia pada tahun 2014 dengan memperkenalkan program pendidikan pelancongan di Institut Kemahiran Tinggi Langkawi (IKTL) dengan kerjasama majlis Amanah Rakyat (Mara). Rektornya, Abdul Razak Bashah berkata, kumpulan pelajar sasaran di IKTL kini adalah terdiri daripada pelajar dari negara China dan beberapa negara di Asia yang lain.

Menurutnya, pelbagai program telah dirangka untuk mereka antaranya, mengikuti program hidap desa di kampung-kampung terpilih bagi memperkenalkan budaya dan adat masyarakat di sini. “Kami sedang rancang melakukan promosi ke negara Asia dan yang terdekat adalah Indonesia dan Thailand, selain menelaah pelajaran mereka dapat melancong di Langkawi, dengan cara ini industri pelancongan tempatan dapat ditingkatkan.

Bukan itu sahaja, keluarga pelajar yang datang untuk melawat anak mereka yang sedang belajar di sini juga mampu meningkatkan industri pelancongan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Aidilfitri di Padang Matsirat. Turut hadir pada majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Datuk Ir Nawawi Ahmad, Pengurus Besar Kraf Malaysia, Norizan Lob dan wakil Mara serta alumni IKLT. Abdul Razak berkata, kini pelajar IKTL mempunyai bangunan sendiri yang dijadikan kampus yang terletak di Bangunan Mara di Padang Matsirat. Menurutnya, setakat ini terdapat 120 pelajar yang sedang mengikuti pengajian manakala alumni seramai 300 pelajar.

“Kesemua graduan dari IKTL mendapat pekerjaan dalam pelbagai sektor selepas mengikuti pengajian di sini selama enam semester menyamai tiga tahun dan dilengkapi dengan latihan praktikal,” katanya. Sementara itu, Ir Nawawi berkata, program IKTL disokong penuh dalam melahirkan graduan produk dari Langkawi sekali gus menjadikan Langkawi sebagai lokasi pendidikan masa hadapan.

Beliau berkata, tempias daripada IKTL juga memberi limpahan rezeki kepada penduduk tempatan yang menjalankan perniagaan restoran dan gerai makan di sekitar kampus berkenaan. “Saya berharap dalam tempah lima tahun institut ini mendapat status kolej universiti kerana mendapat sambutan dari pelajar luar negara.

“Kursus yang ditawarkan juga perlu dibanyakkan dan saya berharap program pra bahasa Inggeris seperti Muet ditawarkan kepada pelajar yang bakal memasuki universiti, kerana program itu adalah wajib bagi setiap pelajar di negara ini,” katanya. Beliau turut berharap baki penyewa di bangunan Mara dapat mengosongkan premis mereka memandangkan surat pengosongan bangunan telah diberi beberapa bulan lalu.

Sinar Harian 5/10/09

Anaklangkawi :-
Saya rasa if better Langkawi tumpukan utk menjadi hab pelancongan. Kalau nak bersaing dgn kawasan lain di Malaysia pun dah payah.

2 comments:

typhaa2 said...

APA JUA IDEA UNTUK MEMAJUKAN LANGKAWI AMAT DIHARGAI, CUMA KENA BELAJAR DARI SEJARAH DAN PENGALAMAN LALU... DULU KITA DAH ADA KOLEJ LEGENDA, KOLEJ MULTIMEDIA, ITTAR DAN CAWANGAN UUM. SEKARANG DI MANA? MENGAPA INI TERJADI

anaklangkawi said...

Ya betul..
itula pasal cek tak setuju dgn idea tu.. udah2la kolej2 dulu yg dah tutup..

p/s: masih ingatkah kita Universiti of tomorrow.. lagenda MB Sanusi dulu.. heheh