Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Tuesday, October 6, 2009

786 terima permit jangka pendek

KUAH - Sebanyak 73 buah kenderaan sewa pandu sendiri berhadapan dengan tindakan undang-undang apabila gagal membuktikan permit pengoperasian yang sah dalam Operasi Bersepadu yang dijalankan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak Julai lalu.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hasan berkata, mereka dikenakan tindakan mahkamah dan sedang dibicarakan atas kesalahan itu.

Menurutnya, sebanyak 313 kenderaan kereta sewa tanpa permit telah disaman mengikut kesalahan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dengan 547 terdiri daripada kenderaan sewa pandu sendiri.

“Operasi tetap diteruskan terutamanya di tempat pelancongan seperti Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) dan di beberapa kawasan di Sarawak.

“Operasi berperingkat di seluruh negara pula akan dilaksanakan kemudian bermula di Pulau Pinang dan Sabah,”
katanya pada sidang akhbar di Akademi JPJ di Kuah.

Solah berkata, di Langkawi sahaja sebanyak 786 permit jangka pendek telah dikeluarkan kepada agensi pelancongan dan individu yang bernaung di bawah nama agensi pelancongan bagi kenderaan kereta sewa pandu sendiri.

Menurutnya, permit ini berkuat kuasa pada 11 September lalu dan bakal tamat pada 31 Disember 2009 sebagai menghadapi musim Pameran Antarabangsa Udara dan Maritim Langkawi (LIMA 2009) Disember ini.

Manakala permohonan permit tetap telah diperoleh jumlahnya dengan sebanyak 275 dan sedang dalam proses.

“Kini masalah baru dikenal pasti apabila terdapat kenderaan dari Thailand, Indonesia dan Brunei menjalankan kegiatan haram seperti ini,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang tempoh operasi di seluruh negara, sebanyak 124 buah kenderaan teksi sapu dari negara Thailand telah menjalankan perniagaan kereta sewa haram ini.

“Jumlah keseluruhannya adalah 6,671 dengan kenderaan teksi sapu Malaysia sebanyak 6,551 dan selebihnya dari Thailand telah dikenal pasti.

“Kedah mencatat jumlah tertinggi dengan kereta sapu dari negara ini adalah 3,259 manakala kenderaan dari Thailand yang memasuki Kedah adalah 25 buah diikuti di Kelantan sebanyak 59 buah,”
katanya.

Beliau berkata, kesemua kenderaan ini menggunakan pas lawatan sementara untuk menjalankan urusan perniagaan tetapi mereka telah menyalahkan pas tersebut dengan melakukan kegiatan ini.

Sinar Harian 6/10/09

Anaklangkawi :-
Berita baik utk pengusaha kereta sewa di langkawi terutama yg takdak lesen.
Jadi cuma harap2 JPJ bagi la keutamaan kepada org-org langkawi. Bukan kepada org luaq..

No comments: