Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Wednesday, January 19, 2011

Ambil Kira Kepentingan Nelayan Sebelum Bangunkan Kawasan - Datuk Johari Baharom

LANGKAWI, 16 Jan (Bernama) -- Pihak yang mahu membangunkan sesebuah kawasan yang telah mempunyai aktiviti perikanan diminta supaya memikirkan kepentingan penduduk atau nelayan di kawasan terbabit dalam projek pembangunan mereka.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Johari Baharom berkata sebagai contoh, dua pangkalan nelayan iaitu Sungai Kuah dan Sungai Menghulu di sini menghadapi masalah berikutan usaha pembangunan yang hendak dijalankan kerana mereka tidak dimaklumkan projek yang hendak dibangunkan.

"Buat perbincangan terlebih dahulu dengan nelayan terbabit dan maklum projek yang akan dibangunkan," katanya pada sidang media selepas mengadakan dialog dengan nelayan kedua-dua pangkalan itu di sini Ahad.

Mohd Johari berkata dengan cara demikian, para nelayan berkenaan akan mendapat manfaat bersama.

Sementara itu, lebih 200 nelayan dari kedua-dua pangkalan itu melahirkan rasa tidak puas hati kerana tidak dimaklumkan projek-projek yang hendak dibangunkan.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Langkawi Mahadzir Ibrahim berkata pihak yang terbabit perlu memikirkan kepentingan nelayan yang menangkap ikan untuk menyara keluarga masing-masing.

Katanya beliau mendapat tahu ada beberapa projek akan dibangunkan di kawasan pangkalan terbabit yang memberi kesan kepada nelayan untuk mencari sumber pendapatan.

"Nelayan Sungai Kuah diminta mengosong kawasan pangkalan bagi membolehkan pelaksanaan projek oleh pihak tertentu dibangunkan," katanya.




AL :- 
Betui apa yg diminta oleh Persatuan Nelayan Langkawi. Bagila plan & kata putus @ project timeline.
Pastu sementara tu depa nak dok mana. Ada tak kawasan yg disediakan khas utk depa. Patutnya mereka2 yg bertanggungjawab pikir dulu sebelum buat apa2..

p/s: Kita tgk depa dgq tak cakap Timb Menteri kita ni..



Beliau berkata sekiranya kawasan itu dikosongkan, ke manakah nelayan terbabit hendak pergi dan ini sudah tentu akan menjejaskan pendapatan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Sungai Menghulu Ibrahim Derani berkata projek yang hendak dibangunkan patut dimaklumkan kepada nelayan.

"Kita mahu sebarang projek dibawa ke meja perundingan supaya mendapat manfaat bersama," katanya.

Sementara itu, Johari berkata Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan membina Jeti Nelayan Sungai Cenang di sini secepat mungkin setelah mendapat kelulusan tanah daripada kerajaan negeri Kedah.

Beliau berkata kerajaan negeri telah memberi kerjasama dengan meluluskan permohonan sebanyak 1.6 hektar untuk pembinaan jeti yang akan dilengkapi dengan ruang pendaratan ikan, pemasaran, pejabat dan restoran.

"Kita hanya tunggu hendak tender projek itu kerana reka bentuk telah siap," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengadakan lawatan ke sini tahun lepas meluluskan RM7 juta untuk pembinaan jeti itu dan RM2 juta lagi projek penahan ombak.

Johari berkata LKIM dan Jabatan Perikanan akan membina lebih banyak tukun tiruan dan tuas di perairan Langkawi bagi membanyakkan sumber ikan kepada nelayan dan peminat memancing.

"Ini selaras untuk menjadikan Langkawi sebagai destinasi eko pelancongan bagi menarik lebih ramai pelancong ke pulau bebas cukai ini," katanya sambil menambah bahawa para nelayan boleh menambah sumber pendapatan membawa pelancong memancing selain kerja harian mereka.

-- BERNAMA

No comments: