MOSTI menghasilkan produk yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.
Salah satu daripadanya ialah Taman Teknologi Malaysia (TPM) melalui anak syarikatnya TPM Engineering Sdn. Bhd. yang berjaya membangunkan satu produk inovasi iaitu Alat Kemudi Enjin Bot.
Produk tersebut merupakan cetusan idea Ridzduan Hashim, seorang usahawan dalam bidang kejuruteraan marin.Idea berkenaan tercetus ketika beliau bekerja sebagai nelayan suatu masa dulu.
Bagi merealisasikan ideanya, beliau ke TPM Engineering Sdn. Bhd. bagi mendapatkan khidmat bantuan teknikal untuk membangunkannya.
Produk ini sekali pandang ia sama saja engan enjin bot yang biasa digunakan nelayan.
Tetapi sebenarnya ia adalah gabungan pelbagai fungsi yang menjadikan ia semua dalam satu. Selain untuk menggerakkan bot ia juga boleh berperanan sebagai enjin pam air dan generator dengan sistem kemudi menggunakan gear,Asalnya ialah adalah enjin sangkut konvensional yang di kalangan nelayan dikenali sebagai enjin 'ekor biawak'. Tetapi sebelumnya ini fungsinya hanya satu. Melalui kajian yang fungsinya telah dipertingkatkan. Produk berkenaan diklasifikasikan sebagai berteknologi tinggi dan inovatif berdasarkan kepada empat kriteria iaitu
@Aplikasi sistem gear, membolehkan operasi pengendalian bot ke depan dan ke belakang.
@Penggunaan satu unit shaft, pengendalian enjin yang lebih ringan dan menjimatkan penggunaan bahan api.
@Penggunaan enjin komersial atau industri standard, penggunaan bahan api yang lebih menjimatkan berbanding enjin 'outboard' yang diimport dan tidak memerlukan minyak 2T.
@Sistem Air Cooled Gearbox membolehkan pengendalian bot di kawasan cetek.
Selepas kajian itu, hasilnya satu unit prototaip dibangunkan untuk diuji dan mendapat maklumbalas positif dari kalangan nelayan yang menggunakannya.Analisis bagi menunjukkan kelebihan produk berteraskan kepada aspek kos dibandingkan dengan enjin bot Outboard Import. Produk berkenaan berpotensi untuk diaplikasikan oleh golongan sasar seperti nelayan pesisir pantai, sungai dan tasik.
Produk yang dapat menjimatkan kos operasi, memudahkan pengendalian dan kawal selia itu mempunyai kekuatan untuk dipasarkan secara meluas memandangkan mereka yang terlibat dalam perkhidmatan selepas jualan terdiri daripada golongan profesional serta tenaga mahir di TPM. Jika sebelum ini enjin tersebut hanya untuk menggerakkan bot, tetapi kini ia juga boleh berfungsi sebagai pam air, generator dan mesin tebu.
Melalui sedikit inovasi, enjin ekor biawak itu kini mampu menjana pendapatan tambahan untuk nelayan.
Ini membuktikan kaedah konvensional jika disuntik dengan elemen inovasi dan teknologi mampu mengubah kehidupan orang ramai. Penggunaan enjin bot yang fungsinya telah diintegrasikan itu mungkin akan berupaya menarik golongan muda untuk melakukan kerja-kerja yang sebelum ini mereka tidak minati.
Pada peringkat awal mungkin akn timbul sedikit kerumitan. Tetapi selepas penambahbaikan dilakukan potensinya cukup besar untuk meningkatkan taraf ekonomi golongan sasar.
Malah enjin ini berpotensi untuk dikomersialkan. - Utusan
Anaklangkawi :-
Cek bangga ada anak langkawi yg berinovasi dgn idea yg bernas.. Diharap ramai yg dapat manfaat drpd hasil ciptaan beliau. Sapa kata kita lekeh noo..
Berita ni berkait rapat dgn penyerahan bot sangkut pada 88 nelayan di Langkawi pada March 2010
3 comments:
It's in fact very complicated in this full of activity life to listen news on Television, so I simply use internet for that reason, and obtain the hottest information.
Also visit my web page: Boston shuttle
Sy ingin mencari injin ekor bewak yg terbaru punya sapa2ada jual tlg cl sy di 0175078734
Saya sham dri sungai petani kedah,sy minat sgt dgn injin bot ekor bewak ni byk kemudahan bg buat kerja di sungai dan laut.klu ada sesiapa untuk jual injin ekor bewak yg keluaran yg bru tlg cl sy0175078734sy dah lama mencari nk beli.
Post a Comment