Kerugian ditaksirkan lebih RM1 juta. Tiada kecederaan dilaporkan.
Ketua balai bomba Langkawi Yaakob Hassan, yang juga pegawai operasi, berkata lima jentera dari balai bomba Jalan Persiaran Putra dan Jalan Ayer Hangat dengan 40 anggota dan dibantu 30 anggota Polis Langkawi, Jabatan Pertahanan Awam serta Rela Langkawi dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima laporan pada pukul 11.39 malam.
Kecekapan anggota bomba dan agensi lain berjaya menyelamatkan 243 buah rumah berdekatan dan harta benda bernilai RM4 juta.
Kebakaran itu merupakan kejadian ketiga seumpamanya di kawasan itu, selepas yang pertama dan kedua pada 2006 dan 2007 membabitkan lebih 200 buah rumah musnah.
-- BERNAMA
Mangsa Kebakaran Bukit Malut, Langkawi Terima Sumbangan RM1,000
LANGKAWI, 28 Dis (Bernama) -- Setiap keluarga mangsa kebakaran di kawasan penempatan Bukit Malut, Mukim Ulu Melaka di sini malam tadi, akan menerima sumbangan sebanyak RM1,000.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah yang baru dilantik Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, sumbangan itu, masing-masing RM500 daripada kerajaan pusat dan Umno Kedah, akan diagihkan Jumaat ini.
Anaklangkawi :-
Yg nyata ini bukan kebakaran pertama yg berlaku di Bukit Malut. Dekat tiap2 tahun berlaku. Permasalahan kepadatan penduduk menjadi masalah hingga skrg sehinggakan risiko kebakaran amat besar sekali.
Seperti yg dinyatakan oleh Ahli Parlimen Langkawi satu langkah drastik perlu dilakukan oleh kerajaan tak kira mana iaitu Negeri mahupun Pusat untuk selesaikan masalah penempatan penduduk disini.. "Kita simpati dengan mangsa terbabit, yang kebanyakannya terdiri daripada nelayan, kerana terjejas pendapatan mereka," katanya pada sidang akhbar selepas melawat mangsa kebakaran hari Selasa.
Dalam kejadian itu, sebanyak 59 rumah musnah dan membabitkan 260 mangsa.
Ahmad Bashah juga berkata seramai 64 pelajar sekolah menengah dan rendah akan menerima sumbangan pakaian sekolah serta alat tulis.
Beliau berkata kesemua mangsa kini ditempatkan di surau, rumah saudara terdekat dan khemah sementara yang disediakan, sehubungan itu, hotel bertaraf lima bintang diharap dapat menghulur sumbangan kepada mangsa bagi meringankan beban mereka.
Katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat turut menyumbangkan makanan dan kain selimut kepada 59 keluarga yang menjadi mangsa kebakaran itu.
Ahmad Bashah juga meminta kerajaan negeri Kedah menimbangkan untuk menempatkan mereka di kawasan lebih selesa.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak dijangka melawat mangsa esok.
-- BERNAMA
3 comments:
Maklumat yg dapat dari kekawang di sana....
Apalah malang org Langkawi yg terbakar rumah tapi dapat bantuan tak sampai RM600/= tapi puak Masyarakat Islam Kedah di Bukit Malut dapat layanan macam anak emas. Siap dapat rumah taman lagi tu.
Betui ka Anak Langkawi?
Org Tanjung. mungkin betui apa yg hang kata.. tapi yg penting niat tolong & bantuan tu ada.. byk sikit kurang lebih itu persepsi semata2..
pada cekla.. kalau rasa x cukup mintak la pulak kat sebelah sana heheh..
Taman Nilam ada kosong kut?? tu yg Bukit Malut Terbakaq..... siap dan bok keluaq peti ais/tv yg besaq besaq walaupun titi masuk rumah kecik....
Post a Comment