Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Thursday, December 23, 2010

Sekolah Dyslexia Langkawi Perlukan Bantuan


Pada akhir tahun persekolahan tahun lepas Elina Hj Din merasa kecewa apabila mencari pertolongan utk anaknya yg berusia 8 tahun. Anaknya dirasakn cerdik & kreatif namun sering gagal dalam kesemua matapelajaran.

"Cikgu anak saya memanggil saya berkenaan keputusan peperiksaannya" Elina cuba mengingat kemabli. "Beliau tidak dapat menentukan kenapa anak saya sangat lemah dalam pembelajaran lebih-lebih lagi penulisan. Kemudian saya telah pergi berjumpa dgn kesemua cikgu2 anak saya & mendapati tiada siapa memahami keadaan anak saya"

"Akhirnya kami pergi berjumpa dgn ahli psikologi pembelajaran di Kuala Lumpur. Ianya tidak mudah mengesan masalah anak kami. Kami telah membelanjakan dr RM 3 ribu hanya utk mendapatkan diagnosis."

Kemudian pada awal bulan Mac tahun ini Elina berjumpa dgn sekumpulan ibu-ibu (dan bbrpd org bapa) yg juga mengalami masalah sama & telah menubuhkan jawatankuasa Dyslexia.

Dalam masa sebulan kumpulan ini telah berjaya membuka sebuat sekolah melatih kanak-kanak dyslexia utk membaca & menulis (dgn pertolongan Persatuan Dyslexia Malaysia PDM KL). Dyslexia adalah gangguan persepsi yg melibatkan 5% dr penduduk dunia.

Penghidap dyslexia melihat perkataan & nombo2 pada sesuate mukasurat berkecamuk dan tidak dapat mengenali antara kiri & kanan. Walaupun IQ pengidap adalah normal @ lebih tinggi dr kebiasaan, pengidap yg tidak didiagnos selalunya dilihat sbg lemah @lembap di sekolah. Mereka dipandang rendah, diperkecilkan & dihukum oleh cikgu rakan & ibu bapa.

Cara-cara utk menentukan sekiranya anak menghidap dyslexia adalah apabila kanak2 itu sering keliru dgn penggunaan huruf2 p, b, d & q dan kerap menulis angka 5 dan huruf S secara terbalik )seperti dalam arca cermin)

Kumpulan sokongan dyslexia disini diketuai oleh Puan Yong (@nama asal Lee Ei Ching) yg mempunyai seorg anak dyslexic berumur 13 tahun. Kumpulan ini dipanggil PDM Cawangan Langkawi & menawarkan ujian penilaian utk menentukan ganguan ini dgn harga RM 100. Sekiranya kanak2 tersebut didapati menghidap dyslexia kumpulan ini menawarkan kursus 3 bulan sbyk RM 450 sebulan utk melatih kanak2 tersebut membaca & menulis dgn menggunakan teknik2 khas.

Mereka skrg mempunyai 2 org guru dilatih khas oleh Presiden PDM, Sariah Amirin. Sekiranya ada keluarga yg tidak mampu utk membayar yuran RM 1,350 utk kursus tersebut, Puan Yong percaya PDM dapat membantu mengumpul dana bg tujuan tersebut.

"Kami diberitahu oleh Puan Sariah supaya tidak membelakangkan sesiapa" katanya. Akan ttp kursus ini tidak akan secara ajaib menyebabkan kanak2 tersebut mendapat markah baik disekolah. Ianya perlu difahamkan anak2 dyslexic tidak akan mendapat keputusan baik di sekolah.

"Disinilah pemahaman khayalak ramai diperlukan. Markah terabik di sekolah bukan pengukur utk anak2 kita" tegas Elina. "Kami mahu menyedarkan ibu bapa oleh kerana anak2 tidak dapat menyesuaikan diri di sekolah tidak bermakna yg mereka gagal dalam kehidupan.

"Bagi kanak-kanak yg tahap pembelajarannya lembab, tidak ada ubat @keajaiban yg boleh diberikan utk membuat mereka belajar dgn lebih cepat" kata Madelyn Rozario, ibu kepada anak dyslexic berumur 10 tahun. "Ttp bagi kanak2 dyslexic, apabila kita mengajar mereka cara-cara utk belajar, mereka akan belajar terus & anda akan melihat kelainan. Kita perlu menolong mereka menyedari bakat semulajadi mereka, walaupun mereka tidak boleh belajar membaca & menulis dgn sempurna".

Madelyn & Kristy Soo adalah yg pada mulanya memujuk Puan Yong utk memulakan kumpulan ini juga menambah, oleh kerana kanak2 dyslexic bukannya kurang IQ @ tidak cerdik jadi sekiranya kita tidak membantu mereka belajar kita mungkin akan kehilangan minda yg berbakat. Ini dapat dilihat dr fakta yg kanak2 dyslexic ada yg membesar menjadi artis, pemuzik, pereka & arkitek yg berjaya- bidang yg tidak perlu terlalu byk pembacaan.

DIALU-ALUKAN MEREKA2 YG NAK MENDERMA & MENOLONG KUMPULAN DYSLEXIA CAWANGAN LANGKAWI BOLEHLAH HUBUNGI

012433 3629/ 012 488 4845/ 019 9865178/ 019 475 7212

Terima Kasih to Mr Patrick from Langkawi Guide

1 comment:

fadhullahfuzai@gmail.com said...

Assalamualaikum puan,

saya Ahmad Fadhullah dari pihak vision care global, telah membawa produk Chromagen untuk Dyslexia student. Puan boleh dapat info tentang produk ini dalam website www.ireadbetternow.com