Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Saturday, December 4, 2010

Penerbangan Sewa Khas Syarikat Finnair Ke Langkawi Bermula 8 Dis Ini

LANGKAWI, 1 Dis (Bernama) -- Kedatangan pelancong negara-negara Scandinavia dan Baltic ke Langkawi dijangka meningkat dengan adanya penerbangan sewa khas Finnair, iaitu syarikat penerbangan kebangsaan Finland, ke pulau peranginan itu mulai 8 Dis ini.

Pengurus Pelancongan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) Megat Shaharul Azman Abas berkata syarikat penerbangan itu akan membuat 11 penerbangan terus setiap minggu sehingga Mac 2011 dari Finland ke Langkawi.

"Setiap penerbangan membawa lebih 200 pelancong dari Finland serta negara-negara Scandinavia dan Baltic seperti Sweden, Denmark, Norway, Estonia dan Latvia (bekas jajahan takluk Russia)," katanya kepada Bernama di sini pada Rabu.

Megat Shaharul Azman, yang yakin kehadiran pelancong dari negara-negara berkenaan akan meningkat dengan adanya penerbangan sewa khas itu, berkata mereka akan tinggal beberapa hari di Langkawi sebelum melawat destinasi lain.

-- BERNAMA

AL :-

Kepada yg terlibat dlm industri pelancongan buatlah yg terbaik.. jgn pulak naik kn harga barang2..

No comments: