Setiausaha Pertandingan Hainil Irwan Soleh berkata kategori junior lelaki, senior lelaki, elit dan wanita terbuka dipertandingkan pada cabaran itu yang terbuka kepada pelumba basikal lasak di Malaysia dengan jarak perlumbaan 12km dan 24km.
Katanya acara ini diadakan secara bersiri bermula di Kisap, dan Kelab Basikal Lasak Langkawi atau lebih dikenali dengan nama 99 Bikes kemudiannya akan mengadakan aktiviti berbasikal itu di kawasan-kawasan lain di Langkawi.
"Pertandingan ini akan diadakan secara bersiri dan setiap peserta akan mendapat mata pada setiap siri," katanya.
Beliau berkata terdapat empat pusingan pada 2011 di mana selain daripada hadiah yang ditawarkan pada setiap siri, peserta juga akan merebut gelaran "juara keseluruhan" sekiranya berjaya mengumpul mata keseluruhan tertinggi.
Katanya dengan adanya penganjuran aktiviti berbasikal ini ia dapat memberikan satu ruang dan peluang kepada peminat-peminat sukan basikal untuk terus melibatkan diri.
Dianggarkan 200 pelumba tempatan akan menyertai pertandingan itu.
-- BERNAMA
AL :
Amat menarik sekali. Kepada penggemar2 basikal terutama yg off road ini adalah saat yg ditunggu2. Diharap LADA @ pihak swasta bolehlah menaja aktiviti seperti ini..
No comments:
Post a Comment