Masalah Sampah yg teruk di Pulau Tuba |
Pulau Tuba yang baru setahun jagung mengecapi tempias industri pelancongan Langkawi, kini terjejas gara-gara sampah. Penduduk mendakwa pihak berkuasa tidak bertindak berikutan aduan dibuat.
Ikuti laporan yang saya sediakan.
Kebanyakan penghuni Pulau Tuba adalah nelayan. Aktiviti pelancongan pula baru berkembang di pulau ini kesan tempias kemajuan Langkawi. Projek homestay dan chalet diusahakan berikutan permintaan mengalakkan. Keindahan semula jadi serta lokasi geopark berhampiran tarikan pelancong.
Disebalik potensi itu, ada kelemahan yang mengundang keluhan penduduk.
Inilah punca aduan dibuat penduduk. Cara mudah melupus sampah ibarat tangkap muat. Ada kala sampah di tolak ke laut atau dibakar bila terlalu banyak. Kesannya, pelancong semakin kurang.
Jeti semakin sunyi dan kaunter menjual tiket bot bagaikan bangunan terbengkalai.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Langkawi, Abdul Rahman Salleh, berkata kos 100 ribu Ringgit setiap bulan bagi pengutipan dan pembersihan sampah di Pulau Tuba antara punca perkhidmatan tidak disediakan.
ABDUL RAHMAN SALLEH / YDP MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI
Kalau kita mahukan Pulau Tuba sebagai kawasan perkhidmatan majlis, kalau mereka bersedia cukai dikenakan. Seperti cukai pintu dan sebagainya. Tetapi buat masa ini kita lebih pentingkan kedaan pulau itu dengan bincang dengan penduduk.
Penduduk Pulau Tuba bakal diberikan pilihan, sama ada membayar cukai pintu dan menerima perkhidmatan pengurusan sampah, atau menggunakan Jawatan Kuasa Kecil Kampung, untuk menguruskan sampah mereka.
Perbincangan yang bakal diadakan dalam masa terdekat dijangka dapat memberi penyelesaian kepada masalah sampah di Pulau Tuba.
Dalam pada itu, Lembaga Pembangunan Langkawi, Lada, bersedia membantu penduduk Pulau Tuba membangunkan ekonomi mereka, dengan syarat masalah kebersihan pulau perlu diatasi terlebih dahulu.
DATUK AZMAN UMAR / PENGURUS BESAR LADA.
Kalau ada permintaan baru kita buat. Kalau belanja besar2 orang tak pergi, kita sediakan fasiliti. You nak ke tak nak.
Buat permulaan, kitar semula diperkenalkan untuk mengurang beban sampah Pulau Tuba.
ROSLIM ABDUL RANI/PENDUDUK.
Sebagai penduduk ini kali pertama dia datang. Kalau boleh nak benda ni berterusan. Kalau boleh sediakan tempat pelupusan terkawal serta juga recyle.
CHE HAMID MAT NOH/PENDUDUK.
Seluruh penduduk Pulau Tuba sepakat, kita buat apa sahaja, termasuk mesyuarat. Jangan sekali je datang lepas tu tak mai dah.
Kami akan cuba meninjau kembali situasi Pulau Tuba apabila ia sudah berubah wajah.
Jika terdapat sebarang aduan berkaitan sebarang isu, hantarkan ke aduan rakyat@tv3.com.my.
Jangan lupa sertakan nama, alamat dan nombor telefon anda kerana hanya aduan yang lengkap akan dilayan.
Sekian dari saya, Puspavathy Ramaloo, Aduan Rakyat, TV3 ambil berat.
Sila klik disini utk tgk berita penuh Aduan Rakyat. TV3 ambil berat.
AL :-
Terima kasih kepada Aduan Rakyat kerana dengar & menjadi tempat penduduk mengadu. Mmg masalah sampah kat Pulau ni dah jadi masalah besar.. Kesian.. Mungkin Pulau Tuba perlukan incinerator seperti di Pulau Langkawi..
No comments:
Post a Comment