Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Thursday, October 8, 2009

Lada tiada kuasa atasi penipuan

KUAH - Rentetan kejadian pelancong Hong Kong yang didakwa ditipu oleh syarikat kereta sewa yang dilaporkan akhbar ini pada 29 September lalu mendapat perhatian Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada).

Pada kejadian itu, seorang pelancong ditipu ketika menyewa kenderaan selama tiga hari, namun pengusaha kereta meminta bayaran untuk empat hari sedangkan pengiraan kereta sewa dilakukan 24 jam.

Penolong Pengurus Perhubungan Awam Lada, Ramizi Hasan berkata, perkara itu telah dibincangkan dan akan dipanjangkan kepada pihak berkuasa berkaitan pelancongan.

Menurutnya, Lada tidak mempunyai kuasa dalam melaksanakan tugasan penguatkuasaan tetapi segala aduan oleh pihak awam sekiranya ada akan dipandang serius dan diajukan kepada pihak berkuasa yang sepatutnya.

“Lada hanya terlibat dalam pembangunan infrastruktur sekitar Langkawi, tetapi masalah yang diadukan kepada kami tetap dianggap penting.

“Berkenaan masalah pelancong yang ditipu, mereka boleh merujuk kepada pusat informasi Tourisme Malaysia berhadapan Pekan Rabu,”
katanya.

Ramizi berkata, pihak Lada turut mengalu-alukan sebarang kemusykilan berkaitan pembangunan di pulau ini daripada orang awam.

Menurutnya, Lada hanya menguruskan perkara berkaitan peruntukan dan pembangunan tetapi pelaksanaannya dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kami hanya mengusaikan urusan berkaitan peruntukan kewangan dalam pembangunan seperti masalah jalan, pembuangan sampah dan yang melaksanakan tugasan itu adalah pihak yang telah dilantik,” katanya.

Beliau berkata, namun pemantauan dilakukan sepanjang masa termasuk kegiatan pelancongan di pulau ini supaya imej pelancongan terus terjaga.

“Oleh itu orang ramai atau pelancong hendaklah memaklumkan sebarang masalah mengikut saluran yang betul seperti di balai polis bagi kejadian jenayah pelancongan dan sebagainya.

“Tetapi disebabkan Lada dikenali sebagai tulang belakang Langkawi maka itu sebarang aduan masih boleh diterima dan pihak kami akan melakukan tindakan dengan memberi usul kepada pihak berkaitan,”
katanya.

Beliau berkata gabungan kerjasama antara agensi kerajaan di pulau ini adalah penting sebagai meningkatkan imej pelancongan supaya Langkawi terus dikenali di serata dunia.

Sinar Harian 8/10/09

Anaklangkawi :-
Sikap menuding jari ni biasa.. Tapi mmg betul bukan Lada yg bertanggungjawab bila sampai kes ni. Tapi bila kes yg sepatutnya LADA selesai pun tak selesai.. Alasan apa pulak lada nak bagi. Contoh senang Jambatan kat Kuah..

2 comments:

Kamal Sanusi said...

Nak siap jambatan tu cepat senang ajer. Bila ADUN/MP Langkawi meninggal dunia sebelum PRU-13, apa lagi, projek mee segera akan dibuat, masalah akan diambil tindakan dan mintak apa semua dapat.

JAMBAN tan yg terpanjang du dunia tu mesti siap dlm sekelip mata.

Ada PRK, Top-10 jugak yang kayooo

Kah kah kah...

anaklangkawi said...

Orang Tanjung..
tak baik cakap macam tu..
macam ust cek selalu ckp kata2 tu suatu doa..

apa2 pun harap2 benda2 tu selesai cepat..