Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Showing posts with label APMM. Show all posts
Showing posts with label APMM. Show all posts

Monday, May 9, 2011

PDRM Tempatkan Anggota Marin Di Pulau Payar Elak Berlaku Pencerobohan

ANGKAWI, 5 Mei (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menempatkan anggota Pasukan Gerakan Merin (PGM) untuk melakukan rondaan 24 jam di Taman Laut Palau Payar di sini bagi menghalang nelayan tempatan menceroboh ke kawasan itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata ia sejajar dengan tugasan PGM yang bertanggungjawab atas keselamatan pulau-pulau yang ada di negara ini selain dapat menjalinkan kerjasama dengan organisasi yang berkaitan dengan kehidupan laut.

"Kita telah bersetuju untuk menempatkan sebuah bot yang akan melakukan rondaan di sekitar kawasan yang diwartakan sebagai taman laut Pulau Payar seluas 188.7 kilometer persegi yang meliputi Pulau Payar, Pulau Kaca, Pulau Lembu dan Pulau Segantang bagi membantu Jabatan Taman Laut (JTL) untuk mengekang pencerobohan di kawasan itu.

"Saya telah mengarahkan PGM Zon Utara untuk melakukan persiapan terperinci bagi membolehkan mereka menjalankan rondaan secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program pembersihan dasar laut Taman Laut Pulau Payar sempena hari Polis ke 201.

-- BERNAMA

AL :-
Kepada PDRM? Bukan sepatutnya APMM?  

Thursday, May 6, 2010

Penceroboh perairan negara tumpas

KUAH - Empat bot nelayan asing dengan 21 anak kapal dirampas ketika menjalankan aktiviti penangkapan ikan di perairan negara, di Pulau Perak kira-kira 86 batu nautika dari Langkawi. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot itu selepas didapati tidak mempunyai permit penangkapan ikan yang sah. Selain itu, awak-awaknya berusia antara 21 hingga 55 tahun tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri. Operasi berjaya mengesan tiga bot pertama dengan 16 awak-awak termasuk tekong pada jam 10.30 pagi sedang melakukan aktiviti penangkapan dengan memasuki perairan negara melebihi 12 batu nautika dari garis sempadan ketika rondaan penguatkuasaan operasi Satria utara di perairan Selat Melaka utara. Manakala bot kedua dikesan kira-kira 22 batu nautika dari bot pertama dengan kapal pengesan, KM Siamil yang diketuai oleh Leftenan Maritim Hilmi Abdullah bersama 25 anggota.

“Tiga bot pertama dikesan ketika mereka menjalankan aktiviti merawai dalam perairan negara berasaskan bacaan koordinat yang disahkan. “Dalam perjalanan ke pangkalan, kami mengesan sebuah lagi bot asing dinaiki seorang tekong dan lima awak-awak dari negara sama kira-kira jam 1.03 petang sedang berlabuh sambil melakukan aktiviti menangkap ikan,” katanya.

Menurutnya, nelayan dari Belawan, Indonesia terbabit mendapat pelbagai jenis ikan sebanyak satu tong seberat 50 kilogram setelah berada di perairan selama empat hari. Zulkifli berkata, siasatan lanjut akan dibuat bagi mendakwa nelayan terbabit kerana kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan Malaysia kerana menangkap ikan di perairan tanpa permit sah.

Menurutnya, alasan sesat menjadi topik utama selepas ditahan pihak berkuasa dan mengakui ini kali pertama dia memasuki perairan negara.

Sinar Harian

Anaklangkawi :-
Biasala alasan sesat.. kadang2 tu tak paham awat la sampai sini curi ikan..
kat negara depa takdak ikan ka!

Saturday, March 13, 2010

APMM Tahan 93 Pendatang Tanpa Izin Di Langkawi

LANGKAWI, 11 Mac (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Langkawi berjaya menahan 93 orang pendatang tanpa izin (PATI), dipercayai warganegara Myanmar, yang cuba masuk ke negara menerusi jalan laut di 27 batu nautika barat daya Pulau Singa Besar di sini petang Rabu. Ketua Penguatkuasa Wilayah Utara APMM Laksamana Pertama Maritim Zulkifli Abu Bakar berkata kesemua lelaki berumur antara 16 hingga 50 tahun itu ditahan dalam sebuah bot kayu panjang.

"Kami menerima maklumat daripada APMM Pulau Pinang mengenai terdapatnya satu aduan oleh sebuah bot ikan tuna bahawa mereka tersempak dengan bot yang sarat membawa orang di perairan Langkawi," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.Katanya sebuah bot peronda APMM yang diketuai Lt Maritim Hilmi Abdullah kemudiannya mengesan bot pendatamg tanpa izin itu kira-kira pukul 2 petang.Beliau berkata setelah membuat pemeriksaan, bot yang dinaiki oleh 93 orang itu tidak mempunyai nombor pendaftaran dan kesemua penumpangnya tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Katanya APMM turut menemui beberapa kampit beras dan dapur yang disimpan dalam bot itu dan mereka dipercayai telah belayar selama 40 hari. Zulkifli berkata bot dan 93 orang penumpangnya itu dibawa ke pangkalan Bukit Malut di sini untuk siasatan lanjut dan mereka akan didakwa di bawah Akta Imigresen kerana cubaan memasuki negara ini secara haram.
-- BERNAMA

Anaklangkawi :-
Cek akan cari nombor telefon APMM supaya kalau nak buat report pendatang tanpa izin senang.. Kalau sahabat2 diluar sana ada bagitaula noo

Monday, February 8, 2010

APMM Patah Cubaan Seludup Arak Dan Minyak Petrol Ke Negara Jiran

LANGKAWI, 7 Feb (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Langkawi berjaya mematah percubaan menyeludup arak dan minyak petrol ke Satun, dari sebuah bot penumpang dalam perjalanan menghantar pelancong ke Thailand di lokasi 3.3 batu knot dari barat Pulau Rebak Besar Langkawi pada Sabtu. Ketua Penguatkuasa Wilayah Utara APMM Laksamana pertama maritim Zulkifli Abu Bakar berkata kejayaan itu adalah hasil rondaan bot APMM diketuai Bintara muda maritim Masrun Hamizan bersama lima anggota.Hasil pemeriksaan, APMM menemui 420 liter minyak petrol bersama 53 botol arak pelbagai jenis yang disembunyi di bawah tempat duduk penumpang, katanya dalam kenyataan media di sini.Nilai rampasan minyak petrol sebanyak RM1,176 manakala bagi 53 botol arak adalah RM5,467.79 termasuk duti eksais Kastam.Katanya, tujuh krew bot penumpang bersama 22 pelancong dalam bot berkenaan dibawa ke Jeti Perikanan Bukit Malut di sini untuk siasatan lanjut.Kesalahan ini boleh didakwa di bawah Akta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sekyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kastam di bawah sekyen 135 (1)(e) 1967.-- BERNAMA

Wednesday, January 6, 2010

Rokok seludup berjaya dirampas

Utusan Malaysia 4 Jan. - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan seorang lelaki kerana cuba menyeludup 39,200 batang rokok bernilai RM2,000 di jeti Pulau Tuba berhampiran jeti Kuah, Langkawi, tengah malam semalam.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 1 Langkawi, Wilayah Utara, Kapten Maritim Abdul Rahim Abdullah berkata, kejayaan diperoleh kira-kira pukul 12.20 tengah malam setelah APMM mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, bot tersebut bergerak tanpa memasang lampu dari arah Langkawi menuju ke tengah laut.

"Semasa diarahkan untuk berhenti, bot tersebut cuba untuk melarikan diri. Kita terpaksa mengejar selama 10 minit sebelum berjaya menahannya.
"Bagaimanapun seorang lagi suspek berjaya melompat ke jeti dan melarikan diri ke kawasan gelap berhampiran,"
katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahim, hasil pemeriksaan ke atas bot tersebut menemui sejumlah rokok pelbagai jenama.
"Kesemua rokok tersebut tidak memiliki duti kastam dan diisi dalam bungkusan kotak dan plastik lutsinar.
"Kesemua rokok itu dipercayai untuk dipasarkan di sekitar Kuala Perlis," katanya.
Beliau berkata, suspek yang ditahan berusia 27 tahun dan disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

Anaklangkawi :
Tahniah APMM.

Sunday, November 15, 2009

Apa fungsi APMM ~ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia


Hari Bersama Media beri pendedahan tugas, cabaran pertahan perairan negara BERPEGANG kepada moto 'Mengawal, Melindung, Menyelamat', Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), kini menjadi tunjang pertahanan perairan negara yang semakin digeruni. Sejak beroperasi pada 2005, APMM Wilayah Maritim Timur mencapai banyak kejayaan dalam memastikan perairan negara bebas daripada ancaman asing dan kegiatan yang menyalahi undang-undang maritim.

Malah, sepanjang tahun lalu, 459 nelayan asing yang menceroboh zon perairan dan perikanan di Terengganu, Kelantan dan Pahang berjaya ditahan, iaitu peningkatan sebanyak 163 orang berbanding 296 nelayan asing pada tahun 2007. Selain itu, jumlah bot yang ditahan kerana kesalahan sama juga meningkat kepada 49 tahun lalu, berbanding 34 bot pada tahun sebelumnya. Ketua Penguat Kuasa APMM Wilayah Timur, Laksamana (M) Datuk Ismail Hamzah dalam ucapan perasmian Hari Bersama Media sempena sambutan Hari Maritim Malaysia yang disambut pada 15 Februari berkata, nama APMM atau Maritim Malaysia semakin dikenali di Wilayah Timur dan di negara ini.

USAHA melupuskan sebuah kapal nelayan asing sedang giat dijalankan.
Beliau yakin melalui aktiviti begitu yang berterusan, nama APMM akan semakin harum bukan saja di dalam negara tetapi juga di peringkat antarabangsa. "Lebih membanggakan APMM akan menerima Anugerah Pengiktirafan Frost & Sullivan yang akan diadakan di Singapura pada Mac depan. "Anugerah ini diberikan hasil maklum balas yang diterima daripada penduduk setempat mengenai aktiviti APMM dalam membendung aktiviti yang menyalahi undang-undang maritim negara, " katanya. Sehubungan itu, katanya, APMM akan terus memastikan zon perairan negara terjamin dan bebas daripada aktiviti yang tidak diingini.

Katanya, selain tugas hakikinya menjaga keselamatan perairan negara, Maritim Malaysia turut terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR). Program bersama media diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada media untuk mengetahui dengan lebih dekat fungsi dan tugas APMM menerusi interaksi dengan pegawai kanan serta pendedahan mengenai tugas penguat kuasa yang dilaksanakan agensi itu. Selain itu, untuk mewujud dan mengeratkan hubungan organisasi bagi meningkatkan kerjasama media dalam membuat liputan positif serta meningkatkan imej APMM. Ia juga sebagai penghargaan APMM kepada media tempatan, terutama media di Wilayah Maritim Timur yang banyak memberi kerjasama dan sokongan melalui laporan berita audio dan visual.

Ismail berharap media akan lebih memahami dalam aspek pengendalian operasi mencari dan menyelamat serta penguatkuasaan Maritim Malaysia dan cabaran yang harus dihadapi. Sempena program itu, wakil media bersama pegawai kanan APMM Wilayah Timur dibawa belayar menaiki KM Langkawi, KM Amanah, KM Segantang, KM Ligitan, Bot Pelindung 1 dan Bot Kilat untuk menyaksikan proses pelupusan bot tahanan. Bot tahanan itu dilucut hak untuk ditenggelamkan sebagai tukun tiruan di perairan Pulau Kapas. Selain itu, APMM turut melakukan demonstrasi khas pemeriksaan dan menggeledah bot nelayan asing yang menceroboh perairan negara.

Demonstrasi itu turut membabitkan pegawai dan pegawai lain-lain pangkat serta aset Wilayah Maritim Timur. Turut hadir pada program itu ialah Ketua Penguat Kuasa APMM Kuala Terengganu, Komander Syed Mohd Fuzi Syed Hasan dan Pengarah Operasi APMM Wilayah Timur, Kapten Adam Abdul Aziz. APMM mempunyai 70 kapal dan 53 bot yang menjalankan aktiviti pengawasan di perairan negara yang meliputi keluasan 614,000 kilometer persegi dengan kawasan pantai sepanjang 4,490 kilometer.


Anaklangkawi :-
Elok juga artikel ni. Dapat juga tau. Elokla tangkap nelayan asing banyak2. Byk sikit tukun tiruan..