Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Showing posts with label Penarak. Show all posts
Showing posts with label Penarak. Show all posts

Tuesday, February 22, 2011

Fishermen Seek Shift In Ferry Route

LANGKAWI, Feb 22 (Bernama) -- The Penarak Fishermen's Association has appealed to the Marine Department to shift the ferry route to Kuala Perlis away from the Pancor Strait to prevent encroachment into the inshore fishing waters.

Association Chairman Marzuki Ibrahim said today an appeal letter had been sent to the department through the Langkawi Fishermen's Association and the matter was raised with Deputy Agriculture and Agro-based Industry Minister Datuk Johari Baharum during a recent meeting with the local fishermen.

He said Kampung Penarak had more than 100 inshore fishermen.

-- BERNAMA


AL:-
A good request but diverting the normal route might increase the fuel cost for the ferry.
I think better ask the Deputy Agriculture to create more breading areas for the fisherman.

Friday, November 26, 2010

Program Juara Rakyat Langkawi : Kelulusan Kerajaan PAS diperlukan

LANGKAWI, 25 Nov (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) masih menunggu kelulusan tanah daripada kerajaan Kedah untuk membina Jeti Nelayan Sungai Cenang di sini.

Pengarah LKIM Kedah Muhamad Noor Had berkata permohonan tanah seluas 1.6 hektar telah pun dibuat untuk pembinaan jeti yang akan dilengkapi dengan ruang pendaratan ikan, pemasaran, pejabat dan restoran.

"Kita hanya menunggu masa untuk tender projek itu kerana reka bentuk telah siap," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian elaun sara hidup nelayan pada Program Juara Rakyat Bulan Petani, Penternak dan Nelayan di sini Khamis.

Penyampaian itu dilakukan oleh Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Zulfitri Yaccob di Kompleks Nelayan Langkawi di Penarak, Kuah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengadakan lawatan ke sini awal tahun ini meluluskan RM7 juta untuk pembinaan jeti itu dan RM2 juta lagi projek penahan ombak.

Muhamad Noor berharap kerajaan negeri memberi kebenaran secepat mungkin untuk pembinaan jeti itu.

Mengenai elaun sara hidup nelayan, beliau berkata sebanyak RM180,000 dibayar kepada 900 nelayan pada hari ini. Sehingga kini, sebanyak RM13 juta dibayar kepada 6,000 nelayan seluruh Kedah.

-- BERNAMA

LANGKAWI - GEMBIRA.....Sebahagian daripada 900 nelayan dengan wajah gembira menunjukkan elaun sara hidup berjumlah RM200 selepas majlis penyampaian elaun itu sempena Juara Rakyat bulan Petani, Penternak dan Nelayan di Kompleks Nelayan Langkawi di Penarak Kuah.

Cerita Lama
A1, A2, A3, A4

From FB Sinar Harian :-

AL : elokla jadi juara rakyat.. pakat bagi .. sekurang2nya berlumba2 nak bagi amal @ duit pada rakyat & mereka yg susah.. Dulu susah bebenor..
apa2pun pastikan duit yg diberi sumber yg halal... bukan duit judi noo... ehehe

Kerajaan negeri luluskanlah cepat permohonan LKIM.. utk rakyat jugak.. Perkara yg telah dibawak oleh Ahli Parlimen Langkawi cuba utk ditunaikan oleh Kerajaan Pusat.. itulah antara usaha yg dibawa oleh Ahli Parlimen Langkawi utk Jeti Kuala Chenang.. Maka kerajaan negeri bagilah cepat kelulusan.. utk kesejahteraan rakyat jugak..


Thursday, June 24, 2010

PNKL Rancang Wujudkan Restoran Ikan Bakar Dan Chalet Di Langkawi

LANGKAWI, 17 Jun (Bernama) -- Persatuan Nelayan Kawasan Langkawi (PNKL) akan mewujudkan restoran ikan bakar dan chalet sebagai usaha awal untuk terlibat dalam industri pelancongan dan menambah sumber pendapatan persatuan itu. Pengerusi PNKL Mahadzir Ibrahim berkata bangunan pejabat PNKL di Penarak di sini akan diubah suai untuk dijadikan restoran ikan bakar yang pertama milik persatuan.Kerja-kerja itu tidak memerlukan perbelanjaan banyak kerana ia bangunan sendiri, katanya di sini.Beliau berkata kakitangan PNKL akan berpindah ke bangunan baru di Kompleks Nelayan, juga di Penarak, bulan depan bagi membolehkan bangunan sekarang dimanfaatkan untuk dijadikan restoran. Kompleks itu turut menempatkan pejabat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Daerah Langkawi. Mahadzir berkata pihaknya juga akan memohon kebenaran daripada LKIM Kedah untuk menjadikan pejabat LKIM daerah di Jalan Persiaran Putra di sini sebagai chalet, selepas pejabat itu berpindah ke Kompleks Nelayan. Beliau berkata PNKL akan mengadakan bilik-bilik penginapan untuk menampung permintaan pelancong, katanya. PNKL pada masa ini melaksanakan beberapa projek termasuk ternakan ikan dalam sangkar di perairan Penarak dan membekalkan diesel kepada nelayan.-- BERNAMA

Anaklangkawi :
Di alu-alukan PNKL adakan medan ikan bakar di Langkawi. Chalet rasanya2 tak payah pun takpa sbb dah byk dah chalet di Langkawi. Tapi medan ikan bakar amat diperlukan kerana tak banyak resteron ikan bakar di langkawi.

Langkawi kaya dgn sumber lautan tetapi di eksploitasikan sepenuhnya. Ada kiranya ikut mcm medan ikan bakar di Umbai melaka sebagai contoh..

Sunday, March 21, 2010

Marina Pendaratan Nelayan Perlu Dibina

LANGKAWI, 19 Mac (Bernama) - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) disaran membina marina pendaratan nelayan di Kuala Teriang di sini untuk memberi kemudahan kepada lebih 100 nelayan tanpa menunggu air pasang untuk keluar menangkap ikan. Pengerusi Persatuan Nelayan kawasan Langkawi (PNKL) Mahadzir Ibrahim berkata buat masa ini para nelayan terpaksa menunggu air pasang untuk keluar, mereka juga perlu pulang awal untuk mengelak air surut. Oleh itu pembinaan marina diperlukan segera bagi kemudahan nelayan di kawasan berkenaan, katanya di sini pada Jumaat. Mengenai masalah nelayan Sungai Kuah, beliau berharap Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dapat menimbang membina jeti pendaratan nelayan untuk kemudahan 100 nelayan.

Mahadzir juga berharap agar Lada dapat mempercepatkan tindakan bagi membolehkan Kompleks Pendaratan nelayan di Penarak, Kuah berharga RM6 juta yang telah siap, beroperasi secepat mungkin.Menurutnya kompleks itu telah disiapkan sejak tahun lepas, tapi sehingga kini belum boleh diduduki. Sebelum ini Mahadzir berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan peruntukan RM7 juta untuk pembinaan Jeti Nelayan Kuala Chenang di sini. Sementara itu, PNKL akan mengadakan mesyuarat agung tahunan pada 31 Mac ini di Kompleks sukan Langkawi di sini.-- BERNAMA

Anaklangkawi :- Perdalam lagi kot sungai tu.. tak pun apa kata buat jambatan marina drpd tambak laut yg panjang tu..

Wednesday, February 24, 2010

Jalan Penarak Ditutup Untuk Laluan Atlet Ironman Langkawi


LANGKAWI, 24 Feb (Bernama) -- Jalan Penarak dari Hotel Seaview ke simpang lampu isyarat ke Ayer Hangat akan ditutup mulai pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam untuk penganjuran Kejohanan Ironman Langkawi 2010 edisi ke-11, di sini Sabtu ini. Ketua Bahagian Ketenteraman Awam/Trafik Langkawi, ASP Noh Idris berkata bagi kenderaan yang datang dari arah Ayer Hangat, pengguna perlu melencong ke jalan belakang Kompleks sukan untuk ke Jeti Kuah atau Pekan Kuah."Bas-bas dari Jeti Kuah dikehendaki melencong ke Jalan Persiaran Putra Tiga sebelum Jambatan Sungai Kuah untuk ke Pekan Kuah dan lain-lain destinasi," katanya. Laluan peserta Ironman bermula dari Dataran Lang, ke Jalan Penarak, Jalan Ayer Hangat, Ulu Melaka Simpang Yooi, Padang Matsirat, Jalan Kuala Muda, Jalan Temoyong, Bukit Malut, Bukit Tekoh, Sungai Menghulu, Padang Gaong, Lubuk Semilang dan berpatah balik ke Kuah melalui Jambatan Sungai Kuah. Katanya seramai 120 pegawai dan anggota termasuk 32 anggota tambahan akan bertugas sepanjang kejohanan itu berlangsung.


Anaklangkawi :- Nasibla ada ironman.. harap LTDL mmg takdak la kat langkawi.. Meriah sikit..

Thursday, May 14, 2009

Bangsal Penarak layak terima bantuan

KUAH - Bangsal nelayan usang di Penarak bakal berubah wajah menjadi bangsal yang lebih bersistematik, lengkap dengan tandas dan tempat menyimpan pukat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata, peruntukan sebanyak RM50 akan disalurkan bagi membina bangsal baru tersebut. Namun menurutnya, pembinaannya bersyarat selepas status tanah di kawasan itu disahkan oleh Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS).

“Tanah ini milik JPS, sekiranya mereka dapat membuat pertukaran hak milik maka kerja-kerja pembinaan akan dilakukan dengan segera. “Kami telah berbincang dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi meminta sejumlah peruntukan,” katanya ketika ditemui wakil Sinar Harian.

Nawawi berkata, dari hasil perbincangan dengan pihak LKIM, reaksi positif diberikan, tetapi status tanah tersebut hendaklah diselesaikan dengan segera. Menurutnya, perkara itu terpaksa dilakukan bagi mengelakkan pembaziran dan perkara berbangkit di kemudian hari.

“Saya juga secara peribadi menafikan, bahawa perkara ini pernah diajukan kepada ADUN Kuah, saya juga ingin menasihatkan kepada masyarakat yang ingin membuat sebarang permohonan di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), mereka dikehendaki mengemukakan surat permohonan,” katanya.

Nawawi berkata, prosedur itu harus diikuti bagi mengelakkan salah faham kerana terdapat permohonan bantuan yang terlalu banyak dikemukakan dalam sehari. “Kami tidak mahu terlepas pandang, oleh itu setiap permohonan bertulis akan direkodkan dan tindakan lanjut akan diambil. Sekiranya mereka hanya menggunakan kaedah verbal, kemungkinan besar permohonan mereka akan tercicir,” katanya.

Sinar Harian - Artikel Asal.