Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Showing posts with label Polis/ Police. Show all posts
Showing posts with label Polis/ Police. Show all posts

Monday, May 9, 2011

PDRM Tempatkan Anggota Marin Di Pulau Payar Elak Berlaku Pencerobohan

ANGKAWI, 5 Mei (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menempatkan anggota Pasukan Gerakan Merin (PGM) untuk melakukan rondaan 24 jam di Taman Laut Palau Payar di sini bagi menghalang nelayan tempatan menceroboh ke kawasan itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata ia sejajar dengan tugasan PGM yang bertanggungjawab atas keselamatan pulau-pulau yang ada di negara ini selain dapat menjalinkan kerjasama dengan organisasi yang berkaitan dengan kehidupan laut.

"Kita telah bersetuju untuk menempatkan sebuah bot yang akan melakukan rondaan di sekitar kawasan yang diwartakan sebagai taman laut Pulau Payar seluas 188.7 kilometer persegi yang meliputi Pulau Payar, Pulau Kaca, Pulau Lembu dan Pulau Segantang bagi membantu Jabatan Taman Laut (JTL) untuk mengekang pencerobohan di kawasan itu.

"Saya telah mengarahkan PGM Zon Utara untuk melakukan persiapan terperinci bagi membolehkan mereka menjalankan rondaan secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program pembersihan dasar laut Taman Laut Pulau Payar sempena hari Polis ke 201.

-- BERNAMA

AL :-
Kepada PDRM? Bukan sepatutnya APMM?  

Monday, March 15, 2010

Penumpang feri ditahan bawa dadah ke Langkawi

LANGKAWI- Satu lagi kes penumpang feri membawa masuk dadah ke Langkawi di kesan apabila polis menahan seorang lelaki dan merampas 14 kilogram daun ketum daripadanya di Jeti Kuah semalam. Penumpang berusia 20-an itu ditahan selepas diperiksa sebaik sahaja turun dari feri tersebut."Polis menjumpai daun ketum di dalam beg yang dibawanya," kata Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Ishak Hasan.Beliau berkata, polis akan sentiasa memantau kegiatan menyeludup dadah, jenayah dan teksi haram bagi menjaga imej pulau pelancongan ini.
-Bernama

Anaklangkawi :-
Elokla.. biar kita sasarkan sifar dadah di langkawi

Friday, July 17, 2009

50 anak buaya mati akibat khianat ~ Teluk Datai

TELUK DATAI - Lima puluh ekor anak buaya komersial bernilai kira-kira RM75,000 yang ditempatkan di Taman Buaya Teluk Datai, di sini mati dipercayai akibat perbuatan khianat. Ketua Polis daerah Langkawi, Superintendan Ishak Hasan berkata, satu laporan telah diterima kelmarin daripada pihak taman itu berkaitan kematian buaya tersebut.

Menurutnya, 50 ekor anak buaya bersaiz 0.6 meter itu adalah tujuan komersial dan bukannya untuk dipamerkan. “Anak-anak buaya tersebut akan dihantar ke Jabatan Haiwan dan Veterinar untuk tujuan bedah siasat manakala air di kolam yang menjadi habitat haiwan eksotik itu akan diuji oleh Makmal Jabatan Kimia. “Punca kejadian masih disiasat, anak-anak buaya yang diternak itu adalah bagi tujuan komersial dengan dagingnya untuk tujuan masakan dan kulitnya untuk membuat pelbagai produk,” katanya ketika dihubungi.

Dalam tinjauan Sinar Harian selama dua jam di taman itu, insiden tersebut tidak mengganggu kehadiran pelancong untuk mengunjungi taman berkenaan. Namun, apa yang dikesali, pihak pengurusan taman itu enggan memberi sebarang ulasan berikutan kejadian berlaku. Taman Buaya Langkawi itu, merupakan syarikat pertama yang sepadu dan melaksanakan kesemua proses membiak, mengilang, memasarkan dan menjual produk kulit buaya eksklusif sebagai produk unggul keluaran negara.

Ladang buaya terbesar di negara ini ditubuhkan untuk mendorong populasi spesies buaya 'Crocodylus Porosus' yang merupakan antara 23 spesies buaya terbaik dunia, sekali gus berupaya menampung pasaran. Terdapat lebih daripada 1,000 ekor buaya hidup di dalam persekitaran yang hampir dengan habitat semula jadi.

Sinar Harian 16/7/09