Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Showing posts with label Jabatan Alam Sekitar. Show all posts
Showing posts with label Jabatan Alam Sekitar. Show all posts

Tuesday, February 15, 2011

Gotong Royong di Pulau Payar

Peserta-peserta Gotong Royong.
Pic by Hamzah Othman
Baru-baru ini telah warga Langkawi beramai-ramai ke Pulau Payar utk aktiviti gotong-royong sekitar Parlimen Langkawi. Peserta-peserta gotong royong terdiri dari Dato' Bakaq Ahli Parlimen Langkawi, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Taman Laut Negara, LADA, Pejabat Daerah, Majlis Perbandaran Langkawi, E Idaman, JKR, Pejabat Pembangunan Persekutuan, JASA, JPS, Pejabat Pelajaran, PDRM, Polis Marin, TLDM, APMM, Pejabat Belia & Sukan, JPAM, NGO-MPWK, Pertubuhan Ibu Tunggal, Belia 4B & JKKKP. Seramai lebih kurang 200 peserta terlibat.
Rombongan

Dekat setengah hari masa diluangkan di Pulau Tersebut membersih & mengindahkan kawasan sekitar. Bagi yg belum pernah menjejakkan kaki di Pulau tersebut rata-rata tertarik dgn keindahan pulau tersebut.

Tahniah atas aktiviti yg julung2 kali diadakan & ada eloknya dijadikan acara tahunan. Saya puji Jabatan Alam Sekitar yg mengelolakan aktiviti tersebut & juga ahli Parlimen Langkawi juga agensi2 lain yg terlibat..
Syabas,. Jadikan aktiviti ini berterusan...

Monday, February 8, 2010

Kerajaan Tubuh Jawatankuasa Bertindak Tangani Masalah Kebersihan

LANGKAWI, 2 Feb (Bernama) -- Kementerian Pelancongan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bertindak untuk menangani masalah kebersihan di pulau Langkawi. Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Dr James Dawos Mamit berkata jawatankuasa itu dianggotai oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Majlis Perbandaran Langkawi, Pejabat Daerah Langkawi, Tourism Malaysia, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Laut.

"Jawatankuasa itu akan mengadakan mesyuarat sekurang-kurang sebulan sekali atau mengikut keperluan untuk mendapat maklumbalas, selain itu pemantauan terus dibuat oleh kementerian berkenaan," katanya kepada pemberita di sini Selasa.Beliau berkata langkah kerajaan untuk menswastakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam kepada syarikat Environment Idaman (E-Idaman) mulai semalam adalah satu daripada langkah menangani masalah kebersihan di pulau bebas cukai itu. Sementara itu, beliau berkata kementerian akan memasang lebih banyak papan tanda pelbagai bahasa di tempat tumpuan pelancong bagi memudahkan mereka memahami keadaan sebenar kawasan itu termasuk aspek keselamatan. Selain bahasa Inggeris, papan tanda yang akan dipasang mengikut kehadiran pelancong seperti Jerman, Itali, Jepun dan Arab, katanya.-- BERNAMA