KUAH - Bersesuaian dengan konsep rakyat didahulukan, sekumpulan doktor sanggup turun padang memberi perkhidmatan pemeriksaan percuma kepada orang ramai. Dr G Bavanandan Nair, 46, berkata, dengan melakukan program ini, tanda awal penyakit lebih mudah dikenal pasti. Menurutnya, kebanyakan orang jarang ke klinik atau hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan. “Mereka biasanya pergi selepas melarat dan kritikal, jika perkara ini berlaku, ada ketikanya penyakit itu sudah terlamat untuk diubati.
“Atas kesedaran itu, kami bergabung menyertai kelab sukarelawan untuk melakukan program ini bagi membantu masyarakat,” katanya ketika ditemui di pusat Pemulihan Dalam Komuniti, Kuah. Sementara itu, bagi Nur Akmalina Mohd Isa, 24, program sukarelawan ini sinonim dengan dirinya. Nur Akmalina berkata, sebelum bergelar doktor dia ditanamkan sikap suka membantu dan prihatin terhadap kepayahan. Menurutnya, program ini adalah kali kedua disertai selepas Kuala Nerang pada April lalu. “Kami perlu ubah cara komunikasi dan terminologi perubatan bagi memudahkan orang kampung memahaminya. “Pendekatan secara langsung dan menerangkan kepada mereka mengenai sebarang penyakit serta memberi tips kesihatan adalah yang paling penting dalam berhadapan dengan masyarakat di luar bandar,” katanya.
Sinar Harian
Anaklangkawi :-
Elokla.. Sekurang2nya ada jugak doktor yg baik hati turun ke padang..
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Tuesday, June 1, 2010
Doktor turun padang beri rawatan percuma
Tuesday, July 28, 2009
Kes Kematian 2 ~ H1N1 ~ Bercuti di Langkawi ?

Fakta yg mungkin warga Langkawi Tidak Sedar?
Berita 28/7/09 menyatakan bahawa kes Kedua kematian H1N1 yg melibatkan warga Belgium adalah selepas pulang dr bercuti di Pulau Langkawi. Warga Belgium ini berumur 46 tahun & meninggal dunia di ICU Subang Jaya Selangor.
Lelaki tersebut & keluarganya bercuti di Langkawi pada 13 Julai lalu. Diberitakan bahawa pada mulanya beliau sihat ttp mengalami demam & batuk setelah bercuti di Pulau Langkawi. Sekembalinya ke PJ beliau disahkan positif H1N1 pada 23 Julai lalu. Beliau telah meninggal dunia setalah tujuh hari mendapat rawatan di Hospital berkenaan.
Tidak dapat dipastikan adakah warga Belgium tersebut mendapat jangkitan semasa melawat Langkawi @ sebelumnya. Jadi kepada warga langkawi satu nasihat diberikan. Mungkin Virus tersebut telah mula bertapak di Langkawi. Jadi langkah berjaga2 perlu dilaksanakan oleh warga Langkawi.
Rajin2-lah lawat website ini utk nasihat & langkah2 pencegahan & updates ttg H1N1.
Jadi sesiapa@ adik beradik @ rakan2 mengalami demam yg berpanjangan & teruk dr kebiasaan perlulah merujuk kepada Hospital Langkawi utk pemeriksaan lanjut secepat mungkin.p/s : Cegah sebelum parah.. Saya telah email kepada pihak kementerian utk maklumat ttg tempat tinggal warga belgium semasa di Langkawi.
Subscribe to:
Comments (Atom)
