LANGKAWI, 5 Nov (Bernama) -- Kelab Rekreasi Langkawi (Kerel) bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di Kedah melancarkan tabung derma kilat untuk membantu mangsa banjir di negeri ini.
Presiden Kerel, Datuk Mansor Ismail berkata NGO terbabit termasuk Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Langkawi, Koperasi Pembangunan Komuniti Pelancongan Langkawi, Kelab Penerbangan, Kelab Fotograf, Persatuan Basikal Bukit Langkawi, Persatuan Menembak Langkawi, Kelab Sepak Raga Tuju dan Langkawi Motorsport Club.
Beliau berharap orang ramai dan pelancong akan menghulur sumbangan kepada tabung itu yang akan dijalankan selama sebulan sehingga 5 Dis ini.
-- BERNAMA
AL :
Usaha murni oleh NGO dialu-alukan. Mari sama2 tolong mana yg dalam kesusahan
