Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Showing posts with label Hole in The Wall. Show all posts
Showing posts with label Hole in The Wall. Show all posts

Monday, March 5, 2012

Kilim Fish Feeding


Picture of the day. Fish feeding at Kilim. Wow! Such a clear picture. A technique which eliminate the glare.. More by him here. Thanks for sharing..

Comment by Him 
- Langkawi - an interesting place!





Monday, June 14, 2010

Hole in The Wall Kg. Kilim ~ Cari Makan Langkawi

Kalau berkunjung ke Langkawi adalah menjadi kewajipan utk singgah di makan di Hole in The Wall Kg Kilim. Terdapat sebuah resteron yg diusahakan oleh Pak Rahmat. Yg unik tempat ni sebab kita tak boleh bawak kereta or drive ke tempat tersebut. Tetapi kita perlu menaiki bot ke resteron atas laut ni. Perjalanan menaiki bot mengambil masa dalam 15-20minit. Sepanjang perjalanan bolehlah tgk pemandangan indah paya bakau disamping merasa angin sepoi2 bahasa melalui celahan sungai yg tenang. (Sedapnya ayat).

Makanan yg menarik disini ialah makanan yg 'fresh'. Kalau memilih ikan pilihlah ikan kerapu misalnya tapi jgn masak yg 'fancy' sangat. Cukuplah sekadar ikan bakar. Jgn lupa 'order' jugak udang masak butter. Dia punya sotong goreng tepung pun menarik.

Dalam pada menunggu lauk-pauk sampai, pi la berjalan tengok sangkar ikan di sebelah resteron. Byk jugak ikan menarik menanti pengunjung-pengunjung.

Pada saya, Hole In The Wall merupakan salah satu destinasi 'wajib' bagi yg suka makan. Disampai makanan yg segar lokasi yg menarik menjadikan ia unik dr segala segi. Datangla beramai2.. Satu lagi telefonlah Resteron itu sendiri utk pergi kerana bot resteron akan dtg mengambil org yg nak makan di resteron tersebut 'FOC'.

Telefon nombor Resteron : 04-967 5301
Lokasi : Kg Kilim

Kalau masih ada kesempatan maka naiklah tour boat utk melihat eagle's nest, terokai gua & masuk ke gua kelawar.

p/s: Harga adalah berpatutan nak kata mahai dok jugak nak kata murah dok juga. Pak Rahmat.. kot2 boleh la anaklangkawi makan free kot lain kali datang :) (dah promosi baik punya)