Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Showing posts with label Dewan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Dewan Rakyat. Show all posts

Monday, November 22, 2010

Tanaman Kenaf ~ Dewan Rakyat

SOALAN :
Dato' Paduka Abu Bakar bin Taib [Langkawi]
minta Menteri Perusahaan
Perladangan dan Komoditi menyatakan:-

(a) sejauh manakah Lembaga Kenaf Negara dapat membantu/kelayakan untuk penanaman tembakau beralih kepada penanaman kenaf; dan

(b) negeri-negeri manakah penumpuan diberi dan jumlah insentif yang diberikan kepada penanam.

JAWAPAN :
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi I [Dato’ Hamzah bin Zainudin]:

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) telah berusaha membangunkan tanaman kenaf sejak tahun 2005. Pada mulanya, penanaman kenaf tertumpu kepada kawasan tanah beach ridges interspersed with swales atau tanah bris di Kelantan dan Terengganu. Walau bagaimanapun, kenaf kini dibangunkan di luar kawasan tanah bris iaitu di negeri Pahang.

Sehingga 15 September 2010, LKTN telah membangunkan tanaman kenaf seluas 1,692 hektar melibatkan 430 penanam. Daripada jumlah tersebut, seramai 169 penanam atau hampir 40% adalah terdiri daripada penanam atau bekas penanam tembakau. Menjelang Disember 2010, LKTN menyasarkan 2,210 hektar tanaman kenaf di seluruh negara iaitu di negeri Pahang 1,000 hektar, Terengganu 600 hektar, Kelantan 510 hektar, Perlis 50 hektar dan Kedah 50 hektar. Penanaman kenaf di negeri Perlis dan Kedah adalah bertujuan untuk menghasilkan benih memandangkan cuaca di kedua dua negeri tersebut sesuai untuk penghasilan benih kenaf.

Bagi menggalakkan penanaman kenaf, LKTN memberi insentif sebanyak RM3,500 sehektar semusim bagi menampung kos penanaman termasuk benih, baja, racun dan kemudahan jentera membajak serta menuai. Untuk makluman, tempoh kitaran penanaman (planting cycle) kenaf adalah di antara tiga hingga empat bulan. Hasil fiber kenaf yang dikeluarkan adalah dibekalkan kepada syarikat-syarikat pemprosesan produk kenaf bernilai tambah seperti kenaf fiber board, plaster siling, jaket kalis peluru dan komponen automotif.

SOALAN TAMBAHAN :

Dato' Paduka Abu Bakar bin Taib [Langkawi]:
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan tahniah kepada kementerian yang telah melantik Yang Berhormat Arau sebagai pengerusi. Sejak beliau dilantik, Lembaga Kenaf telah berjalan dengan lancar dan amat membanggakan sekali.

Soalan saya ialah apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mempopularkan penggunaan kenaf di kalangan rakyat supaya pasaran kenaf bertambah dan sekali gus memberi pulangan yang lebih kepada peladang dan apakah masalah ataupun kekangan yang dihadapi oleh lembaga dan seterusnya berapakah hasil ataupun pulangan semusim atau setahun bagi production kenaf. Terima kasih.

JAWAPAN :

Dato' Hamzah bin Zainudin:
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Langkawi. Pertamanya, LKTN melalui beberapa cara bekerjasama juga dengan kementerian untuk mempopularkan tanaman kenaf ini di seluruh negara. Kita juga turun ke bawah dengan menjemput anak-anak daripada sekolah-sekolah dan juga daripada pengajian tinggi untuk kita memperkenalkan tanaman ini melalui ceramahceramah yang kita buat di seluruh negara.

Masalah yang kita hadapi sekarang ini adalah masalah di mana ramai daripada pengusaha-pengusaha masih lagi tidak mempunyai kepercayaan penuh bahawa tanaman kenaf ini boleh memberi hasil yang lumayan. Walau bagaimanapun, kita dengan melalui Lembaga Kenaf dan Tembakau ini telah pun cuba untuk menentukan bahawa bantuan-bantuan kita berikan kepada penanam-penanam kenaf, maka ini akan memberikan sesuatu lagi yang boleh memberi keuntungan kepada mereka yang menanam pokok kenaf ini.

Sebagai contohnya, bagi tiap-tiap semusim jika satu hektar kalau kita anggarkan daripada pendapatan sepuluh tan satu hektar, kita merasakan mereka boleh mendapat pendapatan sebanyak satu musim iaitu empat bulan lebih kurang RM3,200 pada tiaptiap satu musim. Maka ini menunjukkan bahawa sekiranya mereka dapat menanam dua musim dalam setahun, mereka boleh mendapat hasil lebih kurang RM6,000 hingga RM7,000 satu hektar satu tahun. Terima kasih.

Soalan Ahli Parlimen Langkawi di Dewan Rakyat~ Dato' Paduka Abu Bakar Taib

28 October 2010

1- Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI
PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan :-

(a) sejauh manakah Lembaga Kenaf Negara dapat
membantu/kejayaan untuk penanaman tembakau beralih
kepada penanaman kenaf; dan

(b) negeri-negeri manakah penumpuan diberi dan jumlah
insentif yang diberikan kepada penanam.

22 October 2010


Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-

(a) sebagai agensi penyelidikan, sejauh manakah kejayaan
MARDI sejak ianya ditubuhkan; dan

(b) berapa jumlah pegawai dan kakitangan yang terdapat di
MARDI dan berapakah yang mempunyai kelulusan Sarjana
dan Phd dan adakah MARDI mempunyai data dan 'Botanical
Garden' untuk semua jenis pokok dan buah-buahan yang
terdapat di seluruh Malaysia.

9 Nov 2010

Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-

(a) perkembangan terkini pelabuhan tuna di Batu Maung, Pulau
Pinang; dan

(b) berapakah sebenarnya jumlah pendaratan ikan tuna di Batu
Maung bagi tiga tahun kebelakangan ini dan apakah
perkembangan projek LKIM di Pantai Merdeka, Kedah dan
Kuala Sanglang, Perlis.

26 Oct 2010

Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan :-

(a) apakah projek-projek yang sedang dan akan dilaksanakan di
Langkawi; dan

(b) sejauh manakah pemantauan dibuat terhadap semua projek
yang sedang dijalankan di Langkawi dan agensi manakah
yang bertanggungjawab untuk menyelenggara projek
pelancongan.

25 October 2010


Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI
PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan :-

(a) adakah RSPO merupakan satu halangan untuk menyekat
pengeksportan minyak kelapa sawit ke negara Eropah dan
Amerika Utara; dan

(b) adakah Malaysia bersedia dan berjaya melawan kempen
anti minyak sawit yang terdapat di Eropah.

21 Oct 2010

Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-

(a) jumlah keluasan tanaman padi di kawasan MADA dan KADA
bagi tahun 1980, 1990, 2000 dan 2009; dan

(b) sejauh manakah pencapaian program 10 tan pengeluaran
padi di Malaysia dan apakah kadar aplikasi NPK untuk
mencapai pengeluaran padi 10 tan/hektar.

20 Oct 2010


Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI
PELANCONGAN menyatakan :-

(a) jumlah pelancong asing yang datang ke Malaysia bagi 3
tahun kebelakangan ini dan dari negara mana. Nyatakan 10
negara yang terbanyak serta jumlahnya; dan

(b) dari jumlah ini, nyatakan 5 negeri yang terbanyak menerima
pelancong dan apakah tarikannya.

13 Oct 2010

Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI
SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-

(a) tahap pencemaran dan kualiti air di Pantai Cenang, Pantai
Tengah dan Pulau Payar serta kualiti udara di Teluk Yu dan
Ewa yang disebabkan oleh kilang simen; dan

(b) adakah pemantauan berkala dibuat di tempat-tempat
tersebut untuk menjamin kebersihan atau pencemaran sifar.

Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI
SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-

(a) tahap pencemaran dan kualiti air di Pantai Cenang, Pantai
Tengah dan Pulau Payar serta kualiti udara di Teluk Yu dan
Ewa yang disebabkan oleh kilang simen; dan

(b) adakah pemantauan berkala dibuat di tempat-tempat
tersebut untuk menjamin kebersihan atau pencemaran sifar.
Sekiranya ia, nyatakan jumlah sampel yang telah diambil.

--------

Saya akan cuba dapatkan jawapan yg diberikan oleh Menteri2 terlibat..

Tuesday, October 19, 2010

Beri Bonus Hanya Kepada Penjawat Awam Produktif, Kata Wakil Rakyat

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Beberapa anggota Parlimen hari ini percaya kerajaan akan mempertimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam pada masa depan jika mereka sentiasa cemerlang dan produktif dalam melaksanakan tugas.

Sabtu lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa kerajaan tidak dapat memberi bonus sebulan gaji kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam dalam Bajet 2011 kerana ia melibatkan perbelanjaan besar iaitu RM3.1 bilion.

Najib berkata pemberian bantuan khas kewangan RM500 setiap seorang adalah wajar.

Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) pula berkata pemberian bonus merupakan ganjaran kepada tugas-tugas cemerlang yang dilaksanakan penjawat awam.

"Tetapi terdapat juga jabatan kerajaan yang kita lihat banyak membuang masa. Banyak surat dari orang kampung yang tidak berjawab. Masih ramai penjawat awam yang tidak produktif dan tidak menunjukkan hasil kerja mereka," katanya.

Datuk Abu Bakar Taib (BN-Langkawi) dan Hamim Samuri (BN-Ledang) juga bersetuju penjawat awam perlu diberikan ganjaran hanya berdasarkan prestasi yang diberikan.

"Bagilah tambahan (bonus). Jangan hukum (semua penjawat awam) hanya kerana sebilangan kecil, beberapa kerat penjawat awam yang bermasalah," kata Hamim ketika membahaskan bajet itu.

-- BERNAMA

Anaklangkawi :-
Yup.. berilah bonus kepada mereka yg ada KPI yg cemerlang.. terutama yg gred rendah..