Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Showing posts with label Kementerian Pelancongan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Kementerian Pelancongan Malaysia. Show all posts

Sunday, January 2, 2011

IODA World Sailing Championship 2010 ~ Cakap-cakap


Perasmian oleh Timbalan Menteri Pelancongan Dato' Dr James bersama-sama Dato' Paduka Abu Bakar Taib Ahli Parlimen Langkawi ~ Gmbar oleh Hamzah Osman.

Sepanjang kita ketahui setakat ini IODA World Sailing Championship sedang berlangsung. Persoalannya sekarang adalah kenapa pertandingan yg berlansung di peringkat Antarabangsa bagaikan dianak tirikan oleh Kementerian yg bertanggungjawab.

Bukan nak kata apa tapi, bila dilihat perasmian pun oleh Timbalan Menteri Pelancongan sebagai wakil. Dan dengaq berita jugak acara penutup pun ditutup oleh Timbalan Menteri Sukan. Adakah Menteri sibuk sangat sampaikan tak nak turun utk menutup acara berprestij ini.

Mungkin Menteri tak tau yg 'event' ini melibatkan banyak 40 negara. Ini menconfirmkan cakap-cakap sebelum ini bagaimana Persatuan Pelayaran Malaysia dianaktirikan bagaikan meminta sedekah kepada pihak Kementerian. 

Apa yg peliknya kalaulah dikatakan Team Malaysia tidak power tak jugak. Sedangkan pada tahun lepas Team Malaysia dinobatkan sebagai THE BEST WORLD TEAM di IODA Brazil. Lagi eloklah kalau Kementerian Sukan bagi perhatian kepada team Malaysia & daripada dok tertumpu pada Persatuan Sukan lain yg tak menaikkan nama negara. Setakat pi event kalah buat apa. Takkan nak highlight sampai PM baru nak bagi perhatian.

Nasib baik ada Penaja-penaja yg menampung perbelanjaan (Terima Kasih  KFC, LADA & lain2). Apa-apa pun bukan Kementerian Sukan tak tolong. Adala bagi duit penajaan. Pada saya bagilah perhatian yg sewajar pada acara-acara antarabangsa seperti IODA Langkawi. Bukan apa impak dia pada pelancongan & sukan tanahair.

Tuesday, April 6, 2010

Pesta Air Malaysia 2010 Di Langkawi Sasar 120,000 Penyertaan

ALOR SETAR, 6 April (Bernama) -- Pesta Air Malaysia 2010 yang akan diadakan dari 9 hingga 11 April ini di Pantai Chenang, Langkawi, menyasarkan kira-kira 120,000 pengunjung dari dalam dan luar negara. Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Kedah Anuar Abdul Razak berkata pesta sukan air dan pantai terbesar itu akan mempertandingkan pelbagai acara antaranya lumba perahu naga, lumba sampan, pertandingan kayak dan rakit."Ada juga aktiviti yang bersifat kekeluargaan dan santai seperti sepak raga pantai, bola sepak pantai, bola tampar pantai serta membina istana pasir.

"Penganjuran pesta ini juga bertujuan mempromosikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan utama khususnya pantai Chenang sebagai salah satu 'tourist spot'," katanya kepada pemberita di sini Selasa.Beliau berkata setakat ini lebih 4,000 peserta tempatan dan dari Satun, Thailand telah mengesahkan penyertaan dalam pesta sukan air itu.Anuar berkata sebanyak 30 gerai pameran dan jualan hasil-hasil tempatan termasuk kraftangan, pameran jabatan dan agensi kerajaan turut diadakan.-- BERNAMA