Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Showing posts with label Jabatan Taman Laut Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Jabatan Taman Laut Malaysia. Show all posts

Friday, November 20, 2009

Jangan ceroboh Taman Laut Pulau Payar

LANGKAWI, 17 Nov (Bernama) -- Jabatan Taman Laut mengingatkan nelayan dan orang ramai, supaya tidak menceroboh Taman Laut Pulau Payar, dengan melakukan aktiviti memancing atau memukat ikan kerana ia boleh merosakan terumbu karang. Pengarah Jabatan Taman Laut Kedah Hamid Hassan berkata tindakan tegas dan penguatkuasaan akan dijalankan dengan lebih giat bagi memastikan taman itu terpelihara.

"Sebanyak 15 kes tangkapan dibuat sepanjang tahun ini kerana pelbagai kesalahan termasuk memukat dan memancing di kawasan larangan kira-kira dua batu nautika dari pantai Pulau Payar," katanya di sini pada Selasa. Beliau berkata jumlah tangkapan itu meningkat jika dibandingkan dengan tahun lepas iaitu hanya tujuh kes direkod. Taman laut Pulau Payar menjadi tarikan pelancong kerana setiap tahun lebih 80,000 orang berkunjung ke pulau itu, dan daripada jumlah itu, 60 peratus adalah pelancong asing, katanya.

-- BERNAMA

Anaklangkawi :-
Cek cadangkan Jabatan Taman laut buatla program utk nelayan bagitau apa impak kepada jumlah ikan jika Taman Laut dicerobohi.

Monday, November 16, 2009

Kunjungan ke Pulau Payar tidak dihadkan

PULAU PAYAR - Jabatan Taman Laut Malaysia di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar tidak berhasrat mengehadkan pelancong untuk mengunjungi Pulau Payar. Timbalan Menterinya, Tan Sri Panglima Joseph Kurup berkata, sungguhpun pulau itu mengalami masalah kebersihan pantai namun bagi meningkatkan industri pelancongan pulau itu sedia menerima kunjungan pelancong seramai 300 pada satu masa.

Menurutnya, masalah sampah hanya timbul bermusim apabila sampah dari Kuala Perlis dan negara jiran dihanyutkan oleh angin barat daya. “Saya merayu kepada semua masyarakat supaya tidak sewenang-wenangnya membuang sampah di sekitar pulau ini bukan sahaja di pantai. “Sampah yang di bawa dari Pulau Langkawi sewajarnya di bawa pulang ke Langkawi kerana mempunyai tempat sesuai untuk pelupusan,” katanya ketika ditemui di Pulau Payar.

Joseph berkata, manakala bilangan pelancong untuk ke pulau ini masih dalam skala yang sama selain kapasiti penampungan pelancong serta mengambil kira faktor keselamatan. Menurutnya, kementerian juga tidak berhasrat mengurangkan bayaran kemasukan ke pulau-pulau sekitar negara. “Sekali masuk hanya RM5, dan jumlah itu masih berpatutan memandangkan ianya telah termaktub dalam akta yuran 1994,” katanya. Beliau berkata, program gotong-royong seperti ini perlu dilaksanakan berterusan dan diperluaskan ke pulau lain.

“Saya berharap program ini akan terus dilakukan setiap bulan dan mereka tidak hanya bergantung kepada pihak kementerian sebaliknya kesedaran itu perlu wujud dalam kalangan semua masyarakat,” katanya.

Sementara itu, seorang sukarelawan, Zukairie Zulkiflee, 33, berkata, Pulau Payar mempunyai tarikan untuk selam skuba namun kesedaran terhadap kebersihan juga perlu ditanamkan. “Kita datang bercuti bukan hanya untuk melakukan aktiviti sukan laut sahaja tetapi program seperti ini perlu dilakukan sepanjang masa dan terapkan nilai rasa bersalah setiap kali kita membuang sampah di pulau,” katanya.

Sinar Harian