Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Showing posts with label Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Show all posts
Showing posts with label Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Show all posts

Friday, June 17, 2011

Projek Ternakan Ikan Kerapu Langkawi Dijangka Hasilkan RM15 Juta

LANGKAWI, 17 Iun (Bernama) -- Projek Penternakan Ikan Kerapu di Sungai Menghulu di sini dijangka mencatatkan perolehan sehingga RM15 juta setahun.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Wira Johari Baharum berkata keyakinan itu adalah berasaskan nilai pasaran semasa ikan kerapu yang berharga antara RM50 hingga RM60 ringgit sekilogram.

Projek berkonsepkan sangkar terbuka dan terbesar di sini itu adalah Kerjasama antara Pihak Berkuasa Perlaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Syarikat Progessive Ocean Sdn Bhd, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Akuakultur Sungai Menghulu di sini Jumaat.

Projek yang bermula sejak setahun lalu itu mempunyai 880 buah sangkar dengan penglibatan pelaburan RM24 juta, katanya, sambil menyatakan ia masih lagi dalam peringkat awal kerana pelabur masih meneliti kemungkinan berlaku sebarang masalah terhadap ternakan.

Katanya projek itu membuka peluang kepada nelayan setempat untuk mengambil bahagian sebagai pengusaha dan menyediakan 100 peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

Yang turut hadir ialah Ketua Eksekutif NCIA Datuk Redza Rafiq.

-- BERNAMA 

AL :-
Agak ragu-ragu dgn projek ini. Sbb dah pernah dibuat oleh Halim Azmin di Kg. Kilim.. Tak menjadi. Tak tahulah. Jgn jadi projek gajah putih dahla. 

Sunday, May 1, 2011

Laluan Feri Ke Langkawi Dari Kuala Perlis Akan Diubah

ALOR SETAR, 24 April (Bernama) -- Kerajaan akan mengubah laluan feri ke Langkawi dan Satun melaui Kuala Perlis bagi memberi laluan kepada aktiviti nelayan yang mencari rezeki di kawasan itu, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Johari Baharum.

Beliau berkata terdapat rungutan daripada nelayan di kawasan itu terutamanya nelayan-nelayan kecil kelas A yang menggunakan Selat Penarak sebagai kawasan tangkapan ikan.

"Kita tidak mahu menjejaskan aktiviti nelayan disebabkan feri berulang alik menggunakan laluan itu. Kawasan itu sangat sesuai dengan aktiviti pertanian seperti tangkapan ikan dan ternakan ikan dalam sangkar kerana ia tidak mempunyai ombak yang kuat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Tugas Pengarah Pembangunan Negeri Kedah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di sini Ahad.

Beliau berkata feri-feri ke Langkawi telah melalui laluan itu kira-kira 40 tahun lalu tetapi ketika itu laluan trafik di selat berkenaan tidak sibuk seperti sekarang dan menyebabkan gangguan kepada aktiviti perikanan.

"Jadi kita tubuhkan satu jawatankuasa dan kita akan bermesyuarat bagi membincangkan perkara ini. Kita akan berjumpa dan berbincang dengan pihak Jabatan Laut, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Persatuan Nelayan, wakil rakyat dan pengusaha feri," katanya.

Mohd Johari berkata tindakan segera perlu diambil bagi menjaga kepentingan semua pihak.

"Ia tidak melibatkan laluan dari Kuala Kedah ke Langkawi. Laluan itu tidak mempunyai masalah kerana tidak melibatkan Selat Penarak," katanya.

Beliau berkata walaupun laluan baru itu terdedah dengan keadaan ombak yang tidak sekata, tetapi ia tidak menjadi masalah kerana laluan itu hampir sama dengan laluan dari Kuala Kedah ke Langkawi.

"Sekarang ini jarak laluan dari Kuala Perlis ke Langkawi adalah 37 kilometer (km) dan jika apa yang dirancang itu berjaya, jarak laluan itu akan bertambah sebanyak 7km menjadikan jarak baru 44km," katanya.

-- BERNAMA

AL :- 
Berita gembira buat nelayan. Pertambahan sbyk 7km diharap tidak dijadikan alasan utk Pengusaha Feri menaikkan tambang.  

Friday, January 7, 2011

GLC perlu kerjasama penduduk setempat ~ Dato' Johari Baharom

KUAH - Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang bercadang membuat sebarang projek di Langkawi perlu berbincang dengan individu berkaitan bagi mengelakkan pembaziran.

Saranan itu disuarakan Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharom ketika meninjau ke beberapa pengkalan nelayan

Menurutnya, kegagalan projek sangkar ikan dan jeti nelayan di Penarak yang tidak praktikal perlu dijadikan iktibar.

“Perlu berbincang dengan mereka yang bakal menggunakannya, bukan mendirikan projek hanya mengikut aspek teknikalnya sahaja.

“Setelah siap projek, mereka yang bakal menggunakannya tidak boleh berbuat demikian, kami setuju dengan prinsip teknikal tetapi kehendak pengguna perlu dipenuhi juga,” katanya ketika ditemui wakil Sinar Harian.

Mohd Johari berkata, pihak kementerian mengazetkan kawasan Selat Bagan Nyior di Pulau Tuba sebagai kawasan memancing dengan melepaskan beberapa benih ikan.

Menurutnya, industri gamat akan dimulakan semula dengan mengadakan pusat penyelidikan gamat. Sebuah tukun akan dibina di kawasan Temoyong bagi pembenihan ikan sekali gus memulakan industri makanan siput sedut.

“Projek di Kuala Chenang yang diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tahun lalu telah ditambah peruntukan dari RM7 juta kepada RM9 juta.

“RM 7 juta untuk pembinaan jeti manakala RM 2 juta untuk tembok menahan air, katanya..

Anaklangkawi :-
Cek boleh gelak ja dgr kenyataan Dato'. Sebenarnya Dato' Bakaq dah 'highlight' benda ni kat Parlimen. Tapi biasala. GLC ni kadang2 bodoh piang sikit. Konon depa power. Lani dok kata nak buat projek sangkaq la apala. Sedangkan LKIM yg pakar bidang tu pun fail buat projek tu.

Apa2 pun, kalau nak buat projek apa2 sekalipun di Langkawi. Tolong 'consult' org2 lama di Langkawi @ LADA @ belajar dr kesilapan. Jgn buat benda setakat gajah putih @ hangat2 taik lembu.


Sinar-Harian 

Monday, March 29, 2010

Pulau Tuba Kawasan Memancing Mampu Tarik Pelancong

LANGKAWI, 29 Mac (Bernama) -- Pulau Tuba dekat sini dikenal pasti sebagai kawasan memancing yang boleh menarik ramai pelancong dan peminat memancing. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Johari Baharum, berkata beliau telah mengarahkan Jabatan Perikanan untuk mengkaji potensi pulau itu sebagai produk pelancongan.Beliau berkata ikan-ikan terbaik seperti siakap dan kerapu akan dilepaskan di kawasan itu untuk membiak kerana tempat berkenaan dilindungi dari tiupan angin. Johari berkata nelayan Pulau Tuba boleh berurusan dengan pengusaha pelancongan untuk membawa peminat memancing ke kawasan itu. -- BERNAMA

Anaklangkawi :- Mehla sama2 promote Pulau Tuba sbg kawasan memancing.. Lada buatla lebih byk aktiviti @ pertandingan memancing utk bawak org luar masuk.. Dapatla rezeki kat bot-bot nelayan sekitar langkawi.