Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Showing posts with label Persatuan Artis Seni Visual Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Persatuan Artis Seni Visual Langkawi. Show all posts

Sunday, January 24, 2010

47 Pelukis Tempatan Pamer Karya Di Galeri Underwater World Langkawi

LANGKAWI, 21 Jan (Bernama) -- Sebanyak 60 lukisan hasil karya 47 pelukis tempatan dipamerkan sempena pameran Seni Visual di galeri Underwater World Langkawi (UWL), di Pantai Cenang di sini.Naib pengerusi Persatuan Artis Seni Visual Langkawi (Lavaa), Khairudin Abdul Hamid berkata, pameran itu berlangsung selama dua bulan bermula 1 Dis tahun lepas dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelancong tempatan serta asing.

Katanya, pameran seumpama ini merupakan kali ketiga diadakan, selepas pameran Seni Lukisan Geopark Langkawi pada Oktober hingga Disember 2008 dan pameran Seni pada Februari tahun lepas.Beliau berkata, pameran kali ini mempamerkan kepelbagaian koleksi karya seni seperti lukisan, catan, fotografi, arca dan batik. Menurutnya sehingga kini, enam lukisan yang dipamerkan telah dibeli oleh pengunjung pameran itu, yang dijual pada harga RM500 hingga RM1,500 seunit. Khairudin turut mencadangkan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) mewujudkan sebuah galeri bagi mempamerkan karya pelukis tempatan di pulau itu.

Anaklangkawi :-
Elokla underwater bagi sokongan kepada artis tempatan.. Terima kasih..

p/s: takyah la jual mahai sangat.

Tuesday, January 19, 2010

Artis Seni Visual Langkawi Saran Wujud Galeri Pamer Karya

LANGKAWI, 19 Jan (Bernama) - Persatuan Artis Seni Visual Langkawi (LAVAA) pada Selasa meminta Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) agar mewujudkan sebuah galeri bagi mempamerkan karya pelukis pulau peranginan itu.Pengerusi persatuan Md Salleh Dwam berkata kewujudan galeri itu bukan saja sebagai produk pelancongan tetapi juga memberi ruang untuk pelukis tempatan memperkenalkan diri kepada masyarakat antarabangsa.

Kami yakin kedudukan Langkawi sebagai destinasi pelancongan antarabangsa akan menjadikan galeri ini sebagai tumpuan pelancong, katanya kepada Bernama di sini.Beliau berkata pada masa ini terdapat 47 artis menganggotai LAVAA dan mereka terpaksa `menumpang' di tempat-tempat tertentu setiap kali mengadakan pameran.

-- BERNAMA