Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Showing posts with label Shah Rukh Khan/ Don 2. Show all posts
Showing posts with label Shah Rukh Khan/ Don 2. Show all posts

Friday, February 25, 2011

Shah Rukh Khan Di Langkawi : Don 2

Gambar Oleh Hamzah Othman
Kepada para peminat filem hindustan @ Shah Rukh Khan. Penggambaran DON 2 berlangsung di Langkawi. Tempat yg dipilih oleh Penerbit & pengarah adalah di Kampung Kilim. Sesuai kerana berdekatan dgn sungai & menjadi set pangkalan pemprosesan dadah. Berlatar belakangkan set yg indah & sungai yg menarik menjadikan tempat tersebut amat sesuai utk penggambaran. Cuma kita harap xdakla kacau tempat-tempat sensitif seperti hutan & lain2.

Terima Kasih Hamzah Othman atas gambaq.

Sunday, February 20, 2011

Shah Rukh Khan pilih Melaka, Langkawi

MELAKA: Filem baru Datuk Shah Rukh Khan berjudul Don 2 yang sedang menjalani penggambaran di Sungai Udang, dekat sini, sejak Ahad lalu, bakal disaksikan berpuluh juta penduduk dunia apabila disiarkan serentak di 32 negara pada 23 Disember ini. Ketika di temui di Bandar Baru Sungai Udang petang semalam, bintang terkenal Bollywood itu berkata, filem sambungan Don bercorak aksi, bakal memaparkan tiga lokasi di negara ini iaitu Melaka, Kuala Lumpur dan Langkawi.

"Penggambaran di Melaka mengambil masa antara lima hingga enam hari sebelum disambung pula di Kuala 
Lumpur dan Langkawi.

"Filem ini dijadual ditayang serentak di 32 negara pada sambutan Krismas ini dan kita jangka mendapat sambutan hebat," katanya selepas menerima kunjungan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, di lokasi penggambaran filem di Bandar Baru Sungai Udang.

Selain Shah Rukh, filem ini turut dibintangi artis terkenal, Priyanka Chopra, Lara Dutta, Boman Irani, Kunal Kapor dan Nawab Shah. Seorang bintang filem tanah air, Adiputra turut diberi peluang untuk beraksi dalam filem ini.- Berita Harian

A/L :
Bintang yg ditunggu-tunggu oleh peminat cerita hisdustan. Nnti kita kaji kat mana depa nak buat penggambaran..