Saturday, March 9, 2013
Heart Warming Action
Langkawi folks & tourist alike.. Please let us make our world better.
Saturday, March 19, 2011
Pantai Chenang Beach
![]() |
| Chenang Beach by Mario Gala |
season. For fellow tourist need to plan ahead so that you trip might be enjoyable. Please check here for weather forecast.
Anyway, i've ask Mario to comment about his trip to Langkawi. So here goes.
Comment from Mario (more great picture from Mario here) :-
One bad thing that I found was the lack of public transportation, no public bus to go anywhere... Since there are public buses everywhere else in rural towns in Malaysia, you would expect Langkawi to have some too, at least for the main routes, and not just expensive taxis. Also, just having one or two ferries a day (from Penang) sounds a bit too little.
About taxis, at least something could be done to make it easier to find taxis to share (e.g. some specific taxi stand for a few common destinations), rather than just having taxis for individual hire. I had to walk around the Kuah Jetty for quite a while looking for tourists with large backpacks before I was able to find someone to share a taxi with...
Apart from that, I visited the beaches of Pantai Cenang and Pantai Tengah, and I found them very nice, and they were extremely quiet and uncrowded compared to what I was expecting. There were only a few people here and there, not a mass tourist destination as you might expect from its popularity.
Tuesday, January 18, 2011
Kereta kabel Langkawi: Mana budi bahasa? - Utusan
Tepat pukul 12.30, petugas maklumkan perkhidmatan dihentikan kerana angin kencang dan kami diminta untuk beredar.Pukul 4.15 petang, kami datang semula ke kaunter dan mendapati kaunter masih tutup dan makluman di papan notis elektronik, ia akan dibuka semula 5.30 petang.
Malangnya, pukul 5.30 petang (paparan jam elektronik di luar kaunter), petugas kaunter masih belum kelihatan. Ini mungkin kerana mereka mengikut jam dalam kaunter yang menunjukkan waktu 5.20 petang (berbeza dengan paparan jam di luar).
Sebaik sahaja kaunter dibuka, seorang pengunjung bertanya, jam mana perlu diikut dan dengan angkuhnya, petugas wanita itu menjawab, “kami ikut jam kami”.Dalam masa yang sama, seorang pelancong datang bertanya dengan memanggil petugas tersebut dengan panggilan “amoi” dan dengan biadabnya petugas wanita itu menengking “apa hoi hoi, saya ada nama tau, panggil orang hoi hoi bla bla bla...”
Kebanyakan yang berada di hadapan kaunter tersentak dengan insiden itu termasuk beberapa orang pelancong asing yang menggeleng-gelengkan kepala.Sepanjang perjalanan menaiki kereta kabel, saya terfikir, sepatutnya mereka itu dilatih untuk berbudi bahasa dan bertata-susila.
SUKA MELANCUNG LUAR NEGARA - Utusan Malaysia
Melaka
Lanjutan Hasil Komen (pada 15/1/11)
AL :- Elokla Prasarana Negara ambil tindakan sewajarnya kepada pekerja yg tidak mematuhi etika menghormati pelanggan. Kalau tak malu jelah..
Syabars Prasarana Negara Berhad.
Friday, January 22, 2010
Pastikan Langkawi tetap hebat
Saya berpeluang melawat Langkawi ketika cuti sekolah baru-baru ini. Memang benar ada beberapa tempat di pulau tersebut yang agak kotor dan tidak diurus dengan baik. Tetapi untuk mengatakan Langkawi kotor secara keseluruhannya adalah tidak tepat.
Nyata pulau tersebut masih menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara dengan tarikan-tarikan pelancongan tertentu di pulau tersebut menjadi tumpuan ramai. Keindahan Pulau Langkawi tetap terserlah.
Namun satu perkara yang ingin saya sentuh ialah Langkawi kini seolah-olah tidak lagi diberi perhatian sewajarnya dibandingkan ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.
Dr. Mahathir telah mengisytiharkan Langkawi sebagai pulau bebas cukai. Sejajar dengan itu beliau memberikan perhatian yang teliti dan minat yang mendalam untuk memastikan Langkawi maju sebagai destinasi pelancongan.
Tidak lupa pada masa yang sama, seiring dengan pembangunan Langkawi, Dr. Mahathir juga berusaha memastikan penduduk Langkawi tidak ketinggalan dalam pembangunan. Sebaliknya mereka dibantu untuk bersama-sama maju seiring kemajuan pulau itu.
Saya sendiri mengikuti bagaimana Dr. Mahathir kerap berulang-alik ke Langkawi dalam kesibukan tugasnya, semata-mata untuk memastikan semua projek yang dirancang berjalan lancar dan siap pada waktu yang ditetapkan.
Dengan segala projek pembangunan yang dilaksanakan, serta pemantauan peribadi Dr. Mahathir, ternyata Langkawi menyerlah sebagai pusat pelancongan yang unggul dengan pelbagai kemudahan pelancongan disediakan.
Penduduk tempatan juga menerima tempias daripada pembangunan ini di mana mereka juga berjaya meningkatkan taraf kehidupan ekoran kepesatan sektor pelancongan di pulau itu.
Dr. Mahathir telah membawa Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara (LIMA) ke Langkawi, satu temasya yang meletakkan Malaysia di peta dunia. Beliau juga menggerakkan pembinaan lebih banyak hotel serta pelbagai tarikan pelacongan seperti kereta kabel, marina dan sebagainya.
Namun apabila Dr. Mahathir sudah tidak memimpin negara, para pemimpin kita seolah-olah 'menjauhkan' diri dari Langkawi. Yang pasti sehingga kini Dr. Mahathir masih tetap berkunjung dan mengikuti dengan penuh minat perkembangan di pulau tersebut.
Pada saya, pembangunan Langkawi bukan projek peribadi Dr. Mahathir walaupun ia mungkin salah satu projek kesayangannya. Pembangunan Langkawi adalah projek negara bertujuan meningkatkan sektor pelancongan. Justeru, siapa juga yang memimpin negara wajar memberikan perhatian terhadap Langkawi, malah destinasi pelancongan lain.
Harapan saya agar kedudukan Langkawi sebagai aset pelancongan dipertahankan. Berilah perhatian berterusan. Jangan hanya berkata ia kotor tetapi berusahalah membersihkannya. Kecemerlangan Langkawi yang telah dipelopori Dr. Mahathir usah dibiarkan menjadi malap.
PANDAK MAYAH - Utusan
Anaklangkawi :-
Apa yg dikomen ada lah amat tepat sekali. Dulu.. Waktu Paklah boleh dikira dgn jari berapa kali ja dia mai Langkawi sepanjang 2 penggal. Bukan nak salahkan dia.. Maklumlah sibuk mengurus 'Negara & Keluarga'.
PM yg baru ni jgnla pulak ikut rentak dia.. Langkawi mmg dah terkenal dgn hub pelancongan & pertemuan byk pemimpin luar.. perhatian utk rancakkn lagi langkawi perlu.. Ikutilah contoh Bandar Melaka yg pada saya sekrg lagi hebat dr langkawi dr segi pelancongan..
Tuesday, January 19, 2010
Better to replace aged ferries
In my humble opinion, the money would be better spent building some new purpose-built vessels to replace the current batch of aged and seemingly rather unsafe boats now in use.
I wonder if the Tourism Minister was shown around one of these old boats?
Having experienced one very rough crossing where many leaks were evident, I now use them as little as possible.
A.R. BUTLER, Langkawi, Kedah.
Anaklangkawi :-
:O I dont want to comment more. But normally Langkawi is a place where old & not fit to use Labuan vessel were put to rest. :)
Monday, December 28, 2009
Pelancong gesa tingkat perkhidmatan
Tinjauan Sinar Harian mendapati beberapa rungutan disuarakan oleh pelancong domestik terhadap gambaran sebenar pulau ini. Rungutan terhadap ketepatan waktu perjalanan feri, kebersihan, lokasi pelancongan, kemudahan asas dan makanan menjadi perhatian utama.
Feri lewat
Waktu puncak seperti sekarang ini mengakibatkan kesesakan pelancong berpusu-pusu menggunakan perkhidmatan feri sebagai pengangkutan utama untuk keluar dan masuk ke Langkawi melalui Kuala Kedah, Kuala Perlis dan Pulau Pinang. Malah, ketika ini jugalah pelancong domestik dan antarabangsa memberikan nilai standard terhadap keupayaan pulau ini dan masyarakatnya pada semua jenis kemudahan yang disediakan. Bagi Muzamir Musa, 24, berkata, perkhidmatan feri selalu tidak mengikut masa, kadang kala lewat dan sebaliknya.
“Saya membawa kawan dari Kuala Lumpur untuk bercuti di sini, kami menggunakan perkhidmatan feri dari Langkawi ke Kuala Kedah, ada ketikanya jadual perkhidmatan feri tertunda sehingga 1 jam 55 minit seperti yang berlaku beberapa minggu lalu. “Perkara ini sedikit sebanyak memalukan kami penduduk Langkawi, ini membuatkan pelancong serik untuk datang ke sini dan menggunakan perkhidmatan feri,” katanya.
Muzamir berkata, perkara itusering berlaku dan diajukan kepada pihak pengusaha feri namun mereka sendiri tidak memberikan jawapan sewajarnya. Menurutnya, ia berlaku hanya ketika musim cuti sekolah sahaja, namun pada waktu lain turut terjadi perkara yang sama namun tidak begitu ketara.
Tandas kotor
Selain masalah pengangkutan, masalah tandas kotor juga diajukan kepada wakil Sinar Harian ketika membuat tinjauan. Rata-rata pelancong merungut terhadap tahap kebersihan tandas di beberapa tempat pelancongan di pulau ini. Tandas adalah satu-satunya pengukur terhadap tahap kebersihan keseluruhan sesebuah tempat pelancongan, malah orang ramai biasanya akan ‘singgah’ di situ.
Seorang pelancong, Zobaidah Dehudi, 56, berkata, tandas di destinasi kereta kabel di Oriental Village terlalu kotor dan sentiasa lembab. Menurutnya, bayaran yang dikenakan adalah 30 sen namun keadaannya kotor dan bau yang kurang menyenangkan. “Saya memasuki tandas di situ bersama seorang pelancong antarabangsa, namun melihat keadaan yang kotor pelancong tersebut merungut dan keadaan ini memalukan kami sebagai rakyat Malaysia. “Pihak bertanggungjawab sepatutnya membuat pemantauan setiap hari terhadap perkara ini kerana kereta kabel adalah destinasi utama pulau ini,” katanya. Zobaidah berkata dia menghabiskan tiga hari dua malam bersama lima anggota keluarga sempena cuti sekolah dan Krismas. Menurutnya, keindahan Langkawi masih menyengat sebagai destinasi percutian unggul terutama dengan pantai yang masih cantik dan bersih.
“Di Underwater World juga turut menggamit perhatian kerana kini terdapat lebih banyak spesies ikan dan semakin menarik,” katanya.
Makanan mahal
Ketika musim cuti ini, pengusaha restoran mengambil kesempatan menaikkan harga makanan dan rungutan ini juga turut dilontarkan kepada wakil Sinar Harian. Seorang pelancong, Mohd Anwar Ahmad, 55, dari Kuala Lumpur menyifatkan kos makanan paling mahal adalah di pulau ini berbanding di tempat lain. “Kami sekeluarga kerap melancong tetapi harga makanan paling mahal adalah di Langkawi dan harga tersebut tidak tetap dari satu restoran dengan yang lain.
“Nasi campur paling murah untuk seorang makan termasuk minuman adalah RM7 seorang, tetapi kualitinya tidak bersesuaian dengan kuantiti duit yang dibayar,” katanya. Tinjauan Sinar Harian ke beberapa restoran menyokong dakwaan itu apabila harga seketul ayam goreng berharga RM3 ke RM3.30 berbanding RM2.30 di Kuala Lumpur. Manakala sepinggan nasi putih adalah RM1.30 berbanding RM1 di beberapa tempat lain, harga itu jauh berbeza ketika bukan musim puncak.
Siapakah yang harus dipersalahkan dalam perkara ini? Jika perkara ini masih berterusan, maka ia akan menjejaskan industri pelancongan dan yang paling membimbangkan Langkawi mungkin akan kehilangan pelancong-pelancongnya yang dari dulu sentiasa menjadi sumber penggerak ekonomi.
Sinar Harian
Sunday, November 15, 2009
Status Feri Ambulan Langkawi
Monday, October 26, 2009
LANGKAWI: No dire need for bridge

Langkawi need not be raped by a project that will cause pollution and other health hazards. It will also greatly affect the environment. Work that may take years to complete may bring about unnecessary noise, dust, smoke and oil pollution. The island should be promoted in every other way but not by linking it by a bridge.
Thursday, October 22, 2009
Jambatan ke Pulau Langkawi cemarkan keindahan sekitar
Selain daripada masalah kesesakan lalu lintas, kos pembinaan yang tinggi, pulangan yang tidak berbaloi dan kerugian sektor industri kecil seperti sektor perhotelan dan sektor pengangkutan, pembinaan jambatan tersebut juga boleh menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.
Ini kerana kerja-kerja pembinaan akan lebih mencemarkan laut di sekitar kepulauan Langkawi.
Jambatan itu juga akan menjadi faktor penyumbang kemusnahan hidupan laut. Malahan, secara tidak langsung pencemaran udara juga akan berlaku ekoran peningkatan kenderaan di Pulau Langkawi.
Jika ini cadangan ini diteruskan, maka Pulau Langkawi akan menjadi lebih kotor dan tercemar.
Cukuplah dengan pencemaran yang sedia ada. Apa yang diperlukan ialah usaha memulihara Pulau Langkawi bagi mengekalkan keindahan alam semula jadinya dan sekaligus dapat meningkatkan industri pelancongan negara dengan menjadikan Pulau Langkawi tarikan destinasi dunia.
Walaupun jambatan ini bertujuan untuk memudahkan para penjawat awam, namun kesan jangka masa panjang terhadap Pulau Langkawi haruslah diambil kira terlebih dahulu.
Terdapat pelbagai cara untuk meringankan beban mereka dan saya percaya penyelesaian yang lebih baik akan dapat ditemui.
SITI 'AISYAH
UiTM, Shah Alam
Utusan
Monday, October 19, 2009
Tidak Perlu Bina Jambatan Hubungi Langkawi Dan Tanah Besar
LANGKAWI, 17 Okt (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak perlu membina jambatan untuk menghubungkan Pulau Langkawi dengan tanah besar kerana ia akan menyebabkan kesesakan kenderaan di pulau itu.
Katanya jika terlalu banyak kenderaan masuk ke Langkawi akan menimbul kesesakan lalu lintas dan menjejaskan usaha menjadikan pulau itu sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa."Tak perlu ada jambatan ke Langkawi kerana ia akan menyebabkan kesesakan," kata beliau kepada pemberita di sini , Sabtu.Beliau berkata demikian sebagai mengulas permintaan Ketua Umno Bahagian Langkawi Datuk Nawawi Ahmad yang menggesa agar kerajaan membina jambatan antara Pulau Langkawi dengan tanah besar melalui Kuala Perlis sebagai satu kemudahan untuk penduduk di pulau itu berulang alik ke tanah besar.
Nawawi berkata pembinaan jambatan itu adalah atas permintaan penduduk di pulau pelancongan itu kerana ia dapat menjimatkan masa dan kos pengangkutan. Dr Mahathir berkata Langkawi akan membangun pesat sebagai sebuah destinasi pelancongan menarik kerana beberapa buah kampung seperti Kampung Perancis, Itali dan British telah diwujudkan.-- BernamaAnaklangkawi :-
Cek sbg org langkawi malu dgn kenyataan Ketua UMNO Bahagian LAngkawi ttg Idea yg mengarut ni. Kalau kita pikir cetek, mmg betul la nak jimat masa & kos pengangkutan. Tapi kalau pikiaq panjang.. Kos buat jambatan mesti makan bilion RM.. Habis takkanla dek disbbkan kos pengangkutan nak justify buat jambatan..
Apala Ketua Bahagian yg baru ni.. Sampai Tun M pun teguq..
p/s: UMNO Langkawi salah pilih ketua ka?
Friday, October 2, 2009
Warga Brazil kagumi Langkawi

Kesempatan berada di Langkawi selama empat hari tiga malam itu memberi peluang kepada rombongan tersebut melakukan sendiri aktiviti yang diamalkan oleh masyarakat di pulau tersebut termasuk membuat kuih tradisonal, menganyam ketupat, mengacau rendang dan dodol.
Menurut Naib Presiden Badan Promosi Tourism Malaysia Amerika Latin, Mazlan Araju, program anjuran Badan Promosi Tourism Malaysia itu bertujuan mengetengahkan Langkawi sebagai satu destinasi pelancongan menarik yang bukan hanya menawarkan pakej geoalam seperti keindahan geopark tetapi mendedahkan cara hidup dan budaya orang Melayu.
"Mereka menghadiri rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri penduduk kampung dan tertarik dengan budaya ziarah menziarahi yang diamalkan oleh masyarakat Melayu," kata beliau.
Wednesday, September 16, 2009
Kereta Tanpa Permit ~ Email Org Tanjung
Apa yg nak saya kongsikan maklumat ini mungkin akan mengubah persepsi kita terhadap kemelut kereta sewa pandu sendiri tanpa permit yg berlaku di Langkawi sekarang ini. Maklumat ini datangnya dari spy-spy leman saya di Langkawi yg terdiri daripada pengusaha kereta sewa dan jugak pemandu teksi selain dari beberapa kabel di dalam jabatan kerajaan.
Adalah dimaklumkan bahawa operasi JPJ yg dijalankan setiap hari sehingga bulan 11 nanti adalah bertujuan untuk mematikan para pengusaha kereta sewa dengan mengenakan denda hingga RM1000/kereta. (tak munasabah). Bayangkan berapa banyak duit yg akan digunakan utk membayar denda tersebut hingga boleh menyebabkan mereka semua bangkrap yg rata-ratanya adalah org melayu atau anak jati Langkawi. Itulah target JPJ & the gang utk memastikan mereka bangkrap sebelum LIMA 2009.
Bila dah bangkrap, maka akan masuklah seorang berstatus Dato' dari KL bersama-sama kereta-kereta sewanya (tak pasti samada ada permit atau tidak) mengambil alih perniagaan yg sudah tentunya menguntungkan. Dan terdapat Back-up besar di belakang Dato' tersebut.
Semua ini adalah konspirasi peringkat tinggi yg hanya diketahui oleh beberapa kerat orang yg berkabel besar ajer. Lojiknya kenapa operasi dibuat hingga bulan 11 ajer, kenapa tidak hingga hujung tahun? Kerana nak mencuri business masa LIMA 2009 nanti.
Kalau berdasarkan maklumat di atas yg telah disahkan oleh beberapa org pegawai tinggi tertentu, saya amat bersetuju sekiranya kejadian di Kelibang tempoh hari dibuat lagi. Kalau boleh setiap malam, biar 1Malaysia tahu yg ianya bukan utk menegakkan undang-undang tapi nak menganiaya org Langkawi mencari rezeki.
Diberitakan jugak permohonan utk mendapatkan permit sementara juga dipersusahkan dengan pelbagai kerenah pihak berkenaan. Adusss, malang sungguh orang Langkawi diperbodohkan sebegitu rupa. Panjang lagi klu nak citer tapi lenguh plak jari ni menaip.
Salam hormat
Orang Tanjung
Anaklangkawi :-
Kita harap apa yg dinyatakan oleh org Tanjung tak betul. Kalo betul berat juga utk anak2 langkawi. Apa2pun pada 7/9/09 tourist Malaysia telah meluluskan 1,500 permit temporary utk pengusaha2 tersebut. Maka harapannya kemelut itu telah selesai. Jika betul apa yg dinyatakan oleh OT maka mari kita tentang habis habisan..
p/s: harap pihak2 berwajib siasat & tegah drpd ia berlaku (kalo betul la)..
Saturday, September 5, 2009
First no soap, then no toilet at all at jetty ~ Kuala Perlis
While waiting for my guests to arrive, I went to the toilet. To my horror, there was no soap and I called the Jetty’s office to inform them of it.
I was told that the toilet was spoilt.
This type of attitude will only lose us valuable tourists. Remember, tourism is a billion ringgit foreign revenue earner for our country.
Batu Caves, Selangor.
Friday, July 24, 2009
Punca jambatan Sungai Kuah terbengkalai

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) amat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh pelbagai pihak termasuk penduduk, peniaga dan pelancong berikutan masalah pembinaan jambatan Sungai Kuah yang terbengkalai.
Jambatan Sungai Kuah telah diberi milik tapak kepada kontraktor pada 1 November 2006 dan dijadualkan siap pada 2 Oktober 2007.
Walau bagaimanapun, penyiapan projek telah tergendala disebabkan kontraktor menghadapi masalah kewangan yang serius.
Sehubungan itu, kontraktor penyelamat telah dilantik pada 30 April 2008. Projek ini kemudiannya telah diberi lanjutan masa sehingga 31 Disember 2008. Namun demikian, kontraktor penyelamat juga menghadapi masalah kewangan berikutan kenaikan harga bahan binaan dan masalah untuk berurusan dengan kontraktor asal yang tidak lagi aktif, selain masalah dengan pihak juru perunding.
Kelewatan projek semakin meruncing apabila pemilik kontraktor penyelamat meninggal dunia baru-baru ini menyebabkan tiada peneraju di pihak kontraktor penyelamat untuk meneruskan projek ini walaupun baki kerja yang tinggal hanyalah sebanyak tujuh peratus sahaja lagi untuk disiapkan.
Bagi membantu kontraktor bumiputera, LADA sentiasa memberikan mereka peluang yang munasabah untuk menyiapkan projek walaupun kami sedar ia berjalan dengan amat perlahan.
Ini adalah suatu usaha yang diambil oleh LADA untuk membangunkan kontraktor bumiputera supaya mereka tidak disenaraihitamkan. Namun ia didapati tidak membantu LADA khususnya dan penduduk Langkawi amnya.
Sehubungan itu, LADA telah memutuskan untuk menamatkan khidmat kontraktor dan juga juru perunding yang berkenaan kerana gagal menunjukkan prestasi kerja yang diharapkan.
LADA sedang mengambil tindakan untuk melantik juru perunding baru dan seterusnya menguruskan pelantikan kontraktor yang baru. Ia dijangka mengambil sedikit masa kerana kami perlu mematuhi peraturan kewangan kerajaan yang berkuat kuasa berhubung pelantikan tersebut dan juga menilai kos pembinaan sebenar yang telah dibelanjakan oleh kontraktor terdahulu.
LADA melahirkan rasa amat dukacita dengan permasalahan ini kerana tidak dapat memenuhi hasrat penduduk Langkawi untuk menggunakan jambatan Sungai Kuah dalam masa terdekat ini.
Pihak pengurusan LADA berjanji akan memperkemaskan lagi sistem pemilihan juru perunding dan kontraktor projek-projek LADA pada masa hadapan supaya masalah seperti ini tidak berulang.
RAMIZI HASSAN Utusan 22/7/09
Pegawai Perhubungan Awam
Lembaga Pembangunan Langkawi
Komen yg serupa berada dalam Sinar Harian
Anaklangkawi :-
Apa2 pun diharap LADA dapat meletakkan tarikh jambatan tersebut akan siap..
Apa sudah jadi dengan Langkawi?
Sebelum pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, fikiran saya terbayang akan perubahan yang mungkin berlaku dalam tempoh lapan bulan sebelum ini, baik dari segi infrastruktur, program pelancongan, kedatangan pelancong dan juga tempat menarik yang baru dibina.
Dari udara, pemandangan Pulau Langkawi amat menakjubkan dengan Laut Andaman terbentang luas, pulau-pulau berselerakan dan kebiruan laut yang terpesona mata memandang. Saya berasa beruntung kerana dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Langkawi yang indah ini. Tidak semua orang berpeluang merasai kehidupan di sebuah pulau yang dikatakan antara pulau tercantik di dunia yang dianugerahkan kepada Malaysia.
Namun begitu, setibanya saya di Kuah, tiba-tiba hati saya tersentak apabila mendapati projek pembinaan jambatan yang merentasi Sungai Kuah yang panjangnya tidak sampai 30 meter masih dalam pembinaan. Seingat saya, projek berkenaan bermula dari akhir tahun 2007 lagi tetapi sampai hari ini, masih belum siap. Sudahlah tidak siap, tiada langsung saya dapati kerja-kerja pembinaan sedang dilakukan oleh pekerja di tapak tersebut. Dengan kata lain, saya beranggapan ia salah satu 'projek sakit' yang ada di Pulau Langkawi.
Apa yang bermain di fikiran saya ialah kenapa pihak berkaitan terutamanya Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) tidak mengambil langkah sepatutnya dalam usaha menyiapkan projek berkenaan. Tidak nampakkah pihak Lada bahawa anda telah menyusahkan orang awam yang terpaksa melencong masuk ke pekan Kuah sebelum boleh meneruskan perjalanan ke jeti atau ke Padang Matsirat. Ini sedikit sebanyak telah menyumbang kesesakan kenderaan dan keselamatan pejalan kaki terutamanya para pelancong yang ingin membeli-belah di kawasan pekan Kuah.
Selain itu, apabila jalan tersebut dilencongkan maka pemandu kenderaan terpaksa menggunakan jalan alternatif lain seperti Jalan Penarak yang lebih sempit berbanding jalan utama itu. Sedar atau tidak, ia telah menyumbang kepada peningkatan bilangan kemalangan di jalan tersebut kerana pertambahan kenderaan terutamanya penunggang motosikal yang tiada pilihan lain.
Menjelang 1 hingga 5 Disember 2009 nanti, Pulau Langkawi akan dibanjiri oleh pelancong sama ada dalam negeri atau luar negara kerana penganjuran LIMA 09. Ketika itu bilangan kenderaan bertambah berkali ganda. Sekiranya projek pembinaan jambatan itu masih tidak siap ketika LIMA 09 berlangsung nanti, sedikit sebanyak ia akan memberi imej yang kurang baik oleh pelancong kerana infrastruktur jalan raya di Pulau Langkawi tidak sempurna malah terbengkalai pula. Namun bagi saya, imej adalah perkara kedua tetapi apa yang lebih penting ketika ini ialah keselesaan penduduk terhadap kemudahan jalan raya yang lebih sempurna dan selamat.
Penduduk berhak mendapat kemudahan infrastruktur awam yang terbaik kerana mereka telah membayar cukai kepada kerajaan dan tanggungjawab kerajaan pula untuk melaksanakan amanah yang diberi oleh penduduk selaras dengan konsep 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan'.
Cadangan saya kepada Lada, sekiranya kontraktor yang diamanahkan itu telah cabut lari maka pihak berkenaan boleh menawarkan tender semula kepada syarikat yang layak untuk menyiapkannya. Projek yang belum siap semestinya masih mempunyai peruntukan kewangan yang mencukupi kerana ia dibayar berdasarkan peratus siap projek.
Seandainya projek itu telah dibayar sepenuhnya sedangkan cuma tiang-tiang konkrit sahaja kelihatan ketika ini, maka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara janganlah tunggu sehingga pegawai terbabit pula cabut lari. Siasatan mesti dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kelewatan menyiapkan projek 'mega' tersebut kerana saya sebagai penduduk di pulau ini sudah tidak sabar dengan keadaan yang dilalui ketika ini apatah lagi penduduk yang tinggal dan bekerja di sini.
Esok saya akan meninggalkan Pulau Langkawi dan kembali bertugas semula seperti biasa di Borneo. Walaupun diri saya tiada di sini, namun hati saya tetap berada di pulau tercinta ini. Walaupun saya hanyalah pegawai kerajaan dan bukan ahli politik mahupun Pengurus Besar Lada, tetapi sekiranya masalah ini menyebabkan kesusahan kepada penduduk di Pulau Langkawi, maka hati saya akan terpanggil untuk menyatakan hak dan kebenaran.
Kepada Lada, mohon disiapkan projek ini yang telah makan masa bertahun lamanya. Lagi lama projek terbengkalai, lagi tinggi kosnya yang terpaksa ditanggung nanti.
CUCU MAHSURI Utusan 16/7/09
Kampung Air Hangat, Langkawi
Tuesday, July 14, 2009
Penduduk gesa jambatan disiapkan ~ Kuah

KUAH - Kegagalan menyiapkan sebuah jambatan di Pandak Mayah di sini yang proses pembinaannya hanya tinggal tujuh peratus menimbulkan tanda tanya kepada penduduk. Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, mereka sanggup bergotong-royong menyelesaikan pembinaan jambatan itu sekiranya pihak yang bertanggungjawab gagal menyiapkannya.
Menurutnya, pelbagai kesulitan dihadapi terutamanya bagi pemandu bas pelancong yang terpaksa menggunakan jambatan sampan yang curam malah adakalanya berlaku kemalangan. “Kami mahu masalah ini diselesaikan segera. Kami difahamkan kontraktor penyelamat yang dilantik telah gagal menyiapkan jambatan tersebut ekoran masalah kewangan. “Kami berharap pihak yang berkuasa dapat melakukan siasatan berhubung masalah itu, tetapi masalah dalaman kami tidak mahu masuk campur apa yang penting adalah kepentingan semua penduduk di Langkawi ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Sinar Harian difahamkan, jambatan tersebut bakal disiapkan sebelum Pameran Antarabangsa Udara dan Maritim Langkawi (LIMA 2009) hujung tahun ini. Kos asal pembinaan jambatan sepanjang 35 meter itu adalah RM5.3 juta dan kini nilai itu telah melonjak pada RM6.5 juta. Jambatan itu mula dibina pada 1 November 2006 dan dijangka siap pada 2 Oktober 2007, namun sehingga sekarang, ianya masih gagal disiapkan.
Hasil tinjauan yang dibuat mendapati, jambatan tersebut telah dipasang konkrit namun belum berturap dan kawasan sekitarnya dipenuhi sampah sarap dengan lampu jalan telah dipasang. Seorang kontraktor yang juga enggan dikenali, turut menyelar pihak berkenaan apabila segala projek yang terdapat di Langkawi gagal disiapkan dalam masa yang ditentukan ekoran masalah pembayaran.
Menurutnya, kegiatan perniagaan di Kompleks Pekan Rabu kini sunyi sehingga pekedai di kawasan itu bersungut apabila tiada pelanggan. “Mereka yang mendapat kedai di sini tidak menjalankan perniagaan malah mereka yang mendapat tapak kedai di dalam kompleks ini bermatlamat menyewakan kepada orang lain, pekedai di sini mahukan keuntungan atas angin.
“Tetapi bagaimana mereka layak dalam permohonan tersebut, kompleks berusia hampir setahun ini juga mengalami masalah kebocoran tangki air,” katanya.
Anaklangkawi :-
Cek tak paham awat jambatan yg sejemput panjang tak habis2 buat. Sudah hampir 3 tahun jambatan tu dibina masih tak siap2.. Tolonglah pihak berkuasa tgk2kan biaq cepat2 sikit siap.. Bantu apa yg boleh..
p/s: amat paham apa perasaan penduduk & peniaga kat situ.. YB Kuah pi la jenguk2 .. takkan tiap2 hari lalu tak perasan kot..
Wednesday, July 1, 2009
Langkawi Maju Penduduk Mesra ~ Komen
Tiba di Jeti Kuah sudah meriah dengan pelbagai tawaran istimewa penyewa kereta, perkhidmatan teksi, malah ada yang bersikap ramah menawarkan perkhidmatan rekreasi dan tempat tinggal. Sungguh mudah urusan saya dari jeti hingga ke hotel tempat tinggal saya dengan bayaran teksi yang berpatutan.


