Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Showing posts with label Jabatan Laut. Show all posts
Showing posts with label Jabatan Laut. Show all posts

Tuesday, October 19, 2010

Bot/ Feri Karam - Lanjutan Kes




Selaras dgn perkembangan Bot Penumpang yg karam di Langkawi. Saya telah menghantar email kepada pihak Malaysia Classification Society.


MSC adalah badan yg bertanggungjawab dalam menjalankan pemeriksaan berjadual terhadap kapal yg karam baru-baru ini. Disertakan utk makluman email saya & jawapan mereka terhadap kes kapal karam di Langkawi.

Monday, February 8, 2010

Kerajaan Tubuh Jawatankuasa Bertindak Tangani Masalah Kebersihan

LANGKAWI, 2 Feb (Bernama) -- Kementerian Pelancongan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bertindak untuk menangani masalah kebersihan di pulau Langkawi. Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Dr James Dawos Mamit berkata jawatankuasa itu dianggotai oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Majlis Perbandaran Langkawi, Pejabat Daerah Langkawi, Tourism Malaysia, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Laut.

"Jawatankuasa itu akan mengadakan mesyuarat sekurang-kurang sebulan sekali atau mengikut keperluan untuk mendapat maklumbalas, selain itu pemantauan terus dibuat oleh kementerian berkenaan," katanya kepada pemberita di sini Selasa.Beliau berkata langkah kerajaan untuk menswastakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam kepada syarikat Environment Idaman (E-Idaman) mulai semalam adalah satu daripada langkah menangani masalah kebersihan di pulau bebas cukai itu. Sementara itu, beliau berkata kementerian akan memasang lebih banyak papan tanda pelbagai bahasa di tempat tumpuan pelancong bagi memudahkan mereka memahami keadaan sebenar kawasan itu termasuk aspek keselamatan. Selain bahasa Inggeris, papan tanda yang akan dipasang mengikut kehadiran pelancong seperti Jerman, Itali, Jepun dan Arab, katanya.-- BERNAMA