Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Showing posts with label Harian Metro. Show all posts
Showing posts with label Harian Metro. Show all posts

Thursday, October 22, 2009

Lelaki khalwat kali kedua hampir pitam

LANGKAWI: Sepasang kekasih yang ‘kemaruk seks’ nampaknya tidak serik dan insaf apabila dicekup buat kali kedua di sebuah bilik sewa di pekan Kuah di sini, awal pagi kelmarin, meskipun mereka masih dalam proses perbicaraan di mahkamah syariah kerana kesalahan berkhalwat lima bulan lalu. Pasangan berusia 19 dan 36 tahun itu dicekup dalam operasi Unit Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Langkawi (Padal), kira-kira jam 1 pagi selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Lelaki dari Sarawak yang bertugas dalam pasukan keselamatan itu didapati sudah ada isteri serta anak, tetapi ditinggalkan di negeri kelahirannya. Bagaimanapun, pasangannya yang berasal dari Changlun, dekat sini, masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini dan mendakwa mengenali lelaki itu sejak setahun lalu.

Ketika disoal siasat pegawai unit penguatkuasaan itu, lelaki terbabit didapati hampir pitam kerana terlalu takut akibat ditahan kali kedua selain bimbang perbuatannya diketahui isteri serta keluarga di kampung.

Ketua Operasi Padal, Saiful Aswad Kasa berkata, berdasarkan maklumat, pihaknya melancarkan operasi membabitkan lima penguat kuasa dan dibantu penguat kuasa awam bergegas ke sebuah bangunan yang menyediakan perkhidmatan bilik sewa. Beliau berkata, pihaknya kemudian membuat pemeriksaan di lima bilik sewa di situ, tetapi hanya satu daripadanya dikesan disewa pasangan belum berkahwin.

“Selepas mengetuk pintu serta memberi salam beberapa kali, seorang lelaki yang hanya memakai seluar pendek tanpa baju membuka pintu dan membenarkan kami masuk untuk membuat pemeriksaan.“Pemeriksaan lanjut mendapati seorang wanita yang memakai baju tidur baring di atas selimut tebal dalam keadaan takut,” katanya kepada Harian Metro, semalam. Saiful Aswad berkata, hasil siasatan mendapati pasangan itu tidak mempunyai sebarang ikatan sah atau mahram.

MyMetro

Anaklangkawi :-
Tangkap jgn tak tangkap..

Thursday, October 15, 2009

AirAsia tambah penerbangan

AIRAsia Bhd akan menambah kekerapan penerbangan dari hab Kuala Lumpur ke Langkawi, Kota Kinabalu dan Kuching bagi menampung permintaan tinggi semasa cuti akhir tahun dan cuti musim perayaan.

Penerbangan tambahan akan dibuka untuk jualan pada 14 Oktober dan perkhidmatan akan bermula 16 November hingga 6 Januari, 2010, kata AirAsia dalam satu kenyataan semalam. AirAsia turut menambah kekerapan penerbangan secara tetap ke Johor Bahru dan Pulau Pinang dari hab Kuala Lumpur, berkuat kuasa 19 November.Bagi meraikan tambahan kekerapan itu,

MyMetro

Thursday, September 10, 2009

Percutian kapal layar

JIKA dulu, pulau peranginan atau kota bersejarah menjadi aspek pertama diambil kira ketika merancang percutian, kini, cita rasa manusia berbeza.Sesuai dengan peredaran zaman, pengalaman menaiki pengangkutan seperti belon udara, kereta api dan kapal layar menjadi pilihan untuk bersantai. Percutian dengan kapal layar walaupun baru tetapi popular di kalangan pasangan yang masih berbulan madu dan kini mendapat permintaan tinggi terutama di pulau peranginan utama negara seperti Langkawi. Peluang bercuti di atas kapal mengelilingi pulau legenda itu ketika membuat liputan majlis perkahwinan pemenang pertandingan ‘Love Me Do’, bulan lalu memang menyeronokkan.

Ketika menaiki kapal layar Crystal, di atas dek, pemiliknya, warga Kanada, Allan Scott bersama isteri, Ryoko menyambut penulis dan wakil media dengan senyuman mesra.

Hiasan ringkas dengan dominasi warna putih tanpa susun atur perabot yang berselerak menerbitkan mood santai.Ruang deknya sesuai dijadikan lokasi berkelah dan berjemur. Kapal belayar meredah ombak Laut Andaman sebelum berlabuh seketika berhampiran gugusan pulau kecil dekat Pulau Dayang Bunting. Tanpa menghiraukan sinaran matahari yang terpacak di atas kepala, kami menukar pakaian mandi untuk mencuba satu lagi pengalaman baru iaitu spa ombak laut.

Tiada bilik rawatan khusus disediakan, namun jaring besar boleh memuatkan hingga 10 orang pada satu masa. Sekali pandang, jaring berkenaan kelihatan tidak begitu meyakinkan terutama untuk mereka yang fobia air atau tidak mahir berenang. Namun, percayalah rasa khuatir tadi akan hilang sebaik anda bersandar dalam jaring spa ini.Duduk bersantai sambil membelai diri dalam jaring besar ini memberi pengalaman baru yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Alunan ombak lembut membuai badan membuatkan anda seolah-olah berada di awangan. Tiada peraturan tertentu perlu dipatuhi apabila berada dalam jaring ini. Sebaliknya, anda bebas bergerak dan menukar posisi sama ada duduk, melentang, mengiring atau meniarap. Bagi yang tidak gemarkan berendam di jaring, banyak aktiviti boleh dilakukan di atas dek kapal termasuk meneroka setiap sudut kapal ini. Ada yang mengabadikan gambar kenangan seolah-olah sedang mengemudi haluan kapal, mendengar muzik atau membaca bahan bacaan.

Pada masa sama, tetamu dapat menikmati pemandangan indah apabila kapal layar ini perlahan-lahan mengelilingi gugusan pulau kecil yang membentuk kepulauan Langkawi.Jika lapar, anda boleh menikmati hidangan bufet salad, sate, makanan laut dan buah-buahan sambil melihat pemandangan alam.Selain itu, menerusi syarikat Crystal Yacht Holidays, pihaknya turut menyediakan perkhidmatan persiaran dan tempahan khas.

“Kami menyediakan pakej menyaksikan matahari terbenam, persiaran cabaran eko, persiaran malam, persiaran peribadi untuk majlis perkahwinan, bulan madu, sambutan ulang tahun atau bina semangat,” katanya.

>Info

Selain Crystal, ada banyak syarikat di Langkawi yang menawarkan pengalaman menaiki kapal layar dengan tawaran pelbagai pakej daripada makan malam sambil menyaksikan matahari terbenam, pelayaran mengelilingi pulau sehingga yang melangkau sempadan untuk ke pulau peranginan Phuket. Perkembangan marina baru di beberapa lokasi strategik termasuk Telaga Harbour, Rebak Marina Resort selain Awana Porto Malai juga merancakkan lagi percutian kapal layar ini.

Saiz kapal untuk tujuan ini meliputi dari enjin bermotor atau 83 meter panjang. Kapal Lili Marleen milik Blue Water Star Sailing, umpamanya boleh menampung kapasiti sehingga 50 orang pada satu masa sesuai dijadikan lokasi penganjuran majlis keraian seperti resepsi perkahwinan sambil belayar mengelilingi pulau. Jika mahu lebih privasi, anda boleh memilih kapal lebih mewah dengan kapasiti 10 orang yang mampu ditempah pada harga RM2,500 sejam termasuk hidangan makanan dan wain untuk mereka yang bukan beragama Islam. Pelayaran mewah menaiki kapal layar tradisional dengan enam penumpang memakan belanja sekitar RM5,000 untuk tempoh lapan jam.

Jika tidak pun, anda mempunyai pilihan untuk menikmati pelayaran menyaksikan matahari terbenam selama empat jam dengan harga sekitar RM3,300.Kapal lebih kecil menawarkan kos lebih murah sekitar RM3,000 untuk empat orang bagi pelayaran sepanjang hari. Jika mereka yang mahu menikmati suasana bayu laut selepas senja boleh mencuba pelayaran malam pada harga sekitar RM4,700.

TIP BERCUTI ATAS KAPAL

> Bawa pakaian mandi yang sesuai berikutan kapal ada kalanya berlabuh di tengah laut atau berhampiran persisiran pantai. Cermin mata diperlukan terutama untuk yang tak tahan panas.

> Losyen tabir suria perlu dibawa jika anda tidak mahu digelapkan oleh pancaran matahari. Topi juga mungkin membantu melindungi anda daripada cuaca panas terik.

RUJUKAN PERCUTIAN
Crystal Yacht Holidays

Blue Water Star Sailing

Sunday, September 6, 2009

‘Raya ini tiada seri’ ~ Bohor

LANGKAWI: “Hari raya tahun ini berbeza daripada tahun lalu kerana saya tidak mampu membuat persiapan akibat saya sakit manakala isteri tidak bekerja. Tiga anak pula masih kecil,” kata pesakit kanser hati, Shafie Mustafa. Shafie, 33, yang juga kakitangan Westin Langkawi Resort & Spa di sini, kini bergantung hidup kepada wang simpanannya selepas disahkan menghidap kanser hati awal tahun lalu, sekali gus hilang punca pendapatan keluarga.

Bapa kepada tiga anak itu kini mendapat rawatan di Pusat Perubatan Kedah (KMC) di Alor Star selain menangung beban kewangan membiayai persekolahan anak dan perbelanjaan berulang-alik ke tanah besar untuk rawatan.Shafie berkata, kehidupannya kian tertekan memikirkan dia tidak berkemampuan mendapat wang untuk persiapan Aidilfitri kerana tidak lagi bekerja manakala isterinya, Mazni Ismail, 27, suri rumah sepenuh masa.

Katanya, sejak berhenti kerja awal tahun lalu dia terpaksa menggunakan wang simpanan untuk menyara keluarga termasuk tiga anaknya Mohd Saiful Ashraf, 12, Mohd Sharil Elias, 11, dan Mohd Sharil Aiman, berusia empat tahun.

“Saya bernasib baik kerana majikan amat prihatin dan sudi membiayai keseluruhan perbelanjaan pembedahan kali pertama berjumlah RM33,000 serta pembedahan kedua beberapa bulan kemudian RM12,000.“Malah, sehingga sekarang saya terpaksa mengambil pil setiap hari dengan kosnya mencecah RM700 sebulan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bohor Tempoyak di sini, semalam.

Shafie berkata, dia dan keluarganya sedar Aidilfitri kali ini berbeza daripada sebelumnya berikutan kansernya tahap ketiga memerlukan perhatian setiap masa.“Ada ketikanya kesakitan ditanggung memuncak dan pada waktu itu badan saya akan menggigil seperti orang kesejukan manakala fikiran pula berkecamuk sehingga memerlukan menelan pil penenang diberikan doktor.

“Menjelang Aidilfitri tidak lama lagi, saya selalu memikirkan persiapan untuk tiga anak. Bagi saya mereka perlu menikmati keseronokan seperti kanak-kanak lain. Malangnya saya tidak mampu bekerja,” katanya.Sehubungan itu, Shafie mengharapkan orang ramai dapat membantunya meringankan bebanan keluarganya menjelang Aidilfitri tidak lama lagi dengan menghubungi Shafie di talian 017-5020569.

Harian Metro 5/9/09

Anaklangkawi :-
Sapa2 pi la jenguk depa ni. Pastikan kalau layak dapat bantuan JKM.