Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

Sunday, March 27, 2011

1,249 Pelajar MRSM Peroleh Semua A Dalam SPM

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Seramai 1,249 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) memperoleh semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.

Ketua Pengarah MARA Ibrahim Ahmad berkata jumlah itu merangkumi 18.28 peratus daripada keseluruhan 6,833 calon dari 38 MRSM yang menduduki peperiksaan itu.

"Pencapaian ini membuktikan sistem pendidikan MRSM mampu melahirkan pelajar cemerlang dalam akademik melalui kecemerlangan dalam SPM.

"Namun, fokus Mara dan MRSM bukan sekadar pencapaian akademik semata-mata tetapi lebih kepada melahirkan modal insan yang holistik dan menghayati nilai-nilai murni serta mempunyai kekuatan peribadi yang unggul," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Bernama.

AL: Tahniah MARA & tenaga pengajar MRSM Langkawi.

Sunday, March 6, 2011

Aktiviti Ahli Parlimen Langkawi February 2011

Majlis Penyerahan Stesen Teksi, Pekan Kuah
Antara aktiviti Ahli Parlimen YB Dato Paduka Abu Bakar Taib di Langkawi.  Alhamdulillah. Moga moga aktiviti begini berterusan tidak mengenal pegangan politik & rakyat. Utk Add YB kita sila lihat di FB Abu Bakar Taib.

Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Pelajar Cemerlang UPSR & PMR di Auditorium LADA

Majlis Penyerahan Atap Rumah di Pulau Tuba pada 20 Feb 2011

Penyerahan Sumbangan Enjin di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi

Monday, October 5, 2009

Langkawi berpotensi jadi hab pendidikan

PADANG MATSIRAT - Langkawi berpotensi menjadi hab pendidikan Asia pada tahun 2014 dengan memperkenalkan program pendidikan pelancongan di Institut Kemahiran Tinggi Langkawi (IKTL) dengan kerjasama majlis Amanah Rakyat (Mara). Rektornya, Abdul Razak Bashah berkata, kumpulan pelajar sasaran di IKTL kini adalah terdiri daripada pelajar dari negara China dan beberapa negara di Asia yang lain.

Menurutnya, pelbagai program telah dirangka untuk mereka antaranya, mengikuti program hidap desa di kampung-kampung terpilih bagi memperkenalkan budaya dan adat masyarakat di sini. “Kami sedang rancang melakukan promosi ke negara Asia dan yang terdekat adalah Indonesia dan Thailand, selain menelaah pelajaran mereka dapat melancong di Langkawi, dengan cara ini industri pelancongan tempatan dapat ditingkatkan.

Bukan itu sahaja, keluarga pelajar yang datang untuk melawat anak mereka yang sedang belajar di sini juga mampu meningkatkan industri pelancongan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Aidilfitri di Padang Matsirat. Turut hadir pada majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Datuk Ir Nawawi Ahmad, Pengurus Besar Kraf Malaysia, Norizan Lob dan wakil Mara serta alumni IKLT. Abdul Razak berkata, kini pelajar IKTL mempunyai bangunan sendiri yang dijadikan kampus yang terletak di Bangunan Mara di Padang Matsirat. Menurutnya, setakat ini terdapat 120 pelajar yang sedang mengikuti pengajian manakala alumni seramai 300 pelajar.

“Kesemua graduan dari IKTL mendapat pekerjaan dalam pelbagai sektor selepas mengikuti pengajian di sini selama enam semester menyamai tiga tahun dan dilengkapi dengan latihan praktikal,” katanya. Sementara itu, Ir Nawawi berkata, program IKTL disokong penuh dalam melahirkan graduan produk dari Langkawi sekali gus menjadikan Langkawi sebagai lokasi pendidikan masa hadapan.

Beliau berkata, tempias daripada IKTL juga memberi limpahan rezeki kepada penduduk tempatan yang menjalankan perniagaan restoran dan gerai makan di sekitar kampus berkenaan. “Saya berharap dalam tempah lima tahun institut ini mendapat status kolej universiti kerana mendapat sambutan dari pelajar luar negara.

“Kursus yang ditawarkan juga perlu dibanyakkan dan saya berharap program pra bahasa Inggeris seperti Muet ditawarkan kepada pelajar yang bakal memasuki universiti, kerana program itu adalah wajib bagi setiap pelajar di negara ini,” katanya. Beliau turut berharap baki penyewa di bangunan Mara dapat mengosongkan premis mereka memandangkan surat pengosongan bangunan telah diberi beberapa bulan lalu.

Sinar Harian 5/10/09

Anaklangkawi :-
Saya rasa if better Langkawi tumpukan utk menjadi hab pelancongan. Kalau nak bersaing dgn kawasan lain di Malaysia pun dah payah.

Monday, August 3, 2009

Masalah gagal membaca membimbangkan ~ Kuah

KUAH - Masalah gagal membaca dalam kalangan kanak-kanak di Langkawi kini berada pada peringkat membimbangkan malah ada di antara mereka juga gagal menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira sepenuhnya walaupun berada di peringkat sekolah menengah.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Langkawi, Nor Saidi Nanyan berkata, masalah tersebut harus ditangani segera pada peringkat akar umbi. Menurutnya, ibu bapa harus memainkan peranan penting dan menunjukkan contoh terbaik bagi kanak-kanak dengan memupuk sikap membaca.

“Saya syorkan ibu bapa harus menanamkan sikap membaca di dalam diri mereka dengan sekurang-kurangnya meluangkan masa 10 minit setiap hari. Cara ini boleh dicontohi oleh anak-anak malah sikap membaca ini harus dipupuk dari kecil iaitu di peringkat pra sekolah,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Nor Saidi berkata, tanggungjawab tersebut tidak boleh diserahkan kepada guru semata-mata, kerana ibu bapa lebih banyak meluangkan masa bersama anak di rumah berbanding guru. Menurutnya, terdapat golongan belia dan remaja di Langkawi yang tidak boleh membaca mengakibatkan mereka terjerumus ke kancah negatif.

“Kerajaan harus menyediakan pusat kemahiran bagi mereka yang tercicir ini supaya mereka mempunyai masa depan cerah,” katanya. Menurutnya, sebilangan ibu bapa memandang ringan masalah tersebut kerana latar belakang pendidikan yang rendah malah kesedaran belum wujud dalam kalangan mereka.
~~~

Sinar Harian 2/8/09

Anaklangkawi :
Takkan cakap ja kot. Buat la aktiviti yg boleh membantu mereka. Dekati belia. Bagi panduan.. Jgn hanya cakap.. Lain la kita yg takdak apa..