Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Showing posts with label Lawatan Datuk Ong Tee Keat. Show all posts
Showing posts with label Lawatan Datuk Ong Tee Keat. Show all posts

Friday, July 24, 2009

Mutu khidmat feri perlu dipertingkat ~ Kuah

KUAH - Kementerian Pengangkutan menggesa pengusaha feri di Langkawi supaya meningkatkan kualiti perkhidmatan bersesuaian dengan tambang yang dikenakan. Menterinya, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, kementerian sentiasa memantau mutu perkhidmatan feri bukan sahaja di Langkawi tetapi di negeri lain yang menjalankan perusahaan sama.

Menurutnya, faktor keselesaan dan keselamatan serta ketepatan masa adalah perkara yang ditekankan dalam memberi perkhidmatan bukan sahaja kepada masyarakat tempatan tetapi pelancong asing. “Kami berharap pengusaha feri dapat memberi keselesaan kepada penumpang dengan keadaan feri yang baik dan mengikut ketetapan masa. “Feri adalah pengangkutan utama di pulau ini dan kementerian masih boleh bertolak ansur dengan tidak menyentuh harga tambang,” katanya ketika merasmikan bangunan baru MCA Bahagian Langkawi di Kuah.

Tee Keat berkata, situasi menang-menang antara pengusaha dan penumpang harus diwujudkan bagi keselesaan bersama. Menurutnya, perkhidmatan feri adalah salah satu daripada pemangkin ekonomi dalam menyumbang kepada sumber kewangan di pulau pelancongan itu. Sementara itu, beliau akan mengusahakan satu lagi cadangan bagi sektor pengangkutan udara dengan mengadakan laluan terus Langkawi ke Bangkok dan penerbangan dari London ke Langkawi.

“Perkara ini akan dikaji dan dinilai bagi mendapat persetujuan dari pihak penerbangan terutama syarikat penerbangan tambang murah,” katanya. Beliau berkata, tawaran itu akan dikaji semula memandangkan sebelum ini laluan itu terdapat di Langkawi. “Oleh kerana situasi ekonomi tidak menentu, maka syarikat tersebut terpaksa memberhentikan penerbangan tetapi kementerian berjanji akan mengkajinya semula,” katanya.

Sementara itu, majlis perasmian bangunan baru MCA bahagian Langkawi itu telah disempurnakan oleh Pengerusinya, Datuk Chen Liau Weng dan turut mengiringi Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kuah, Datuk Ir Nawawi Ahmad dan ADUN Ayer Hangat, Mohd Rawi Abdul Hamid. Bangunan bernilai RM310,000 itu dibeli pada tahun 2006 bagi kegunaan 5,000 masyarakat Cina di Langkawi.

SinarHarian 23/7/09

Anaklangkawi :-
Diharap kementerian membuka lebih laluan utk kapal utk keluar masuk langkawi. Jgn dimonopoli oleh sesebuah pihak sahaja.