Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Showing posts with label Kompleks Kraftangan Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Kompleks Kraftangan Langkawi. Show all posts

Sunday, December 12, 2010

Kraf Menggamit Di Pulau Langkawi


Dalam Mingguan Malaysia hari ini terhadap satu iklan untuk Promosi Kraftangan Malaysia 2010. Bertempat di Kompleks Kraf Langkawi Teluk Yu, Mukim Bohor Langkawi. Kepada yg berminat utk melihat sendiri bagaimana kraftangan dilakukan & produk2 Kraftangan di Langkawi mahupun dr dalam negeri maka pergilah ke pameran tersebut.

Artikel dr Mingguan Malaysia

AL : Cek amat mengalu-alukan promosi kraftangan. Pusat kraftangan Langkawi perlu lebih aktif dalam memberikan galakan & sokongan kepada penduduk langkawi utk menceburkan diri di arena kraftangan Langkawi. Ramai suri @ janda di rumah yg perlukan bantuan drpd kraftangan. Maka buatlah carilah mereka & bantulah..

Kepada pelancong2 ke Langkawi. Pergilah ke kompleks tersebut.. amat dekat dgn Air Hangat..

Wednesday, January 6, 2010

Kompleks Kraf Langkawi Sasar Jualan RM1.5 Juta

LANGKAWI, 1 Jan (Bernama) -- Kompleks Kraf Langkawi mensasarkan jualan pelbagai barangan kraf meningkat kepada RM1.5 juta sepanjang 2010.Pengarah kompleks, Norizan Lob berkata sasaran itu adalah berasaskan kepada peningkatan kedatangan pelancong memandangkan jualan sepanjang 2009 mencecah sehingga RM1.4 juta dengan kehadiran 102,139 pengunjung, termasuk pelancong tempatan dan asing.

"Tahun lepas kita sasarkan jualan RM1.2 juta tapi meningkat kepada RM1.4 juta, ini satu kejayaan membanggakan," katanya di sini pada Jumaat.Batik merupakan antara barangan kraf yang mencatat jualan tertinggi, diikuti dengan barangan kraf lain seperti mengkuang, buluh, seramik, kristal dan tembaga.Pelbagai program promosi dan jualan kraf diadakan sepanjang tahun dan pihaknya akan mempergiatkan aktiviti seperti program demontrasi dan promosi kraf di hotel-hotel bagi menarik ramai pelancong asing berkunjung ke kompleks itu tahun ini, katanya.-- BERNAMA

Anaklangkawi :-
Amat kurang org langkawi yg menceburi bidang kraftangan di Langkawi. Kbykan peniaga mengambil jalan mudah dengan membeli kraftangan & hasil daripada Thailand. Ini mengurangkan peluang kepada anak langkawi kita sendiri malahan menyebabkn hilangnya identiti kraftangan langkawi.

Tak yah pegi jauh. Kalau kita pi padang matsirat.. Kebanyakan kraftangan adalah diimport dr negeri seberang. Cuma nama ja berubah..

Mungkin Kraftangan langkawi perlu lebih serius dalam menggalakkan org2 langkawi menceburi bidang kraftangan di langkawi.

Target market ada tapi kemahiran mungkin perlu dipertingkatkan dikalangan org langkawi.

Tuesday, October 13, 2009

Congkak tarik perhatian ~ Kg Raja Atas

LANGKAWI 11 Okt. - Permainan tradisonal seperti congkak bukan sahaja menjadi aktiviti yang menarik kepada masyarakat negara ini, malah jika dipopularkan ia boleh dijadikan daya tarikan pelancong. Berikutan itu, Kompleks Kraftangan Langkawi dengan kerjasama Perpustakaan Desa Kampung Raja Atas dan Pusat Aktiviti Kanak-kanak Daerah Langkawi telah mengambil inisiatif menganjurkan Pameran & Pertandingan Congkak 1Malaysia Peringkat Daerah Langkawi.

Pameran dan pertandingan yang diadakan di Dewan Teluk Yu, Kompleks Kraftangan Langkawi itu mendapat sambutan menggalakkan menerusi penyertaan kira-kira 200 peserta. Pengarah kompleks itu, Norizan Lob, memberitahu, program itu bertujuan untuk mempopularkan permainan congkak di kalangan generasi baru dan lama di samping memberi ruang memperkenalkan semula permainan-permainan tradisional Melayu.

"Sokongan daripada masyarakat Langkawi dan para pelancong menunjukkan permainan tradisional dapat dipromosikan ke peringkat lebih tinggi," kata beliau.

Selain itu jelas Norizan, masyarakat dapat melihat pameran pelbagai jenis congkak dari seluruh negara dan beraneka jenis kraftangan serta bahan seni yang dipamer dan dijual di kompleks tersebut.
Antara bahan yang dipamerkan selama sebulan bermula semalam ialah beberapa jenis congkak dengan reka bentuk unik dan menarik hasil seni Orang Asli suku Mah Meri dari Pulau Carey, Selangor.
"Congkak yang dipamerkan termasuk Congkak Belangkas, Congkak Harimau Berantai dan Congkak Naga," kata beliau.

Congkak lain yang turut menarik perhatian ialah Congkak Langkasuka dari Perak yang berbentuk seperti kukur kelapa dan berhias dengan motif flora bersadur perak.
Lain-lain ialah Congkak Kuda Kepang dari Johor dengan kepala congkak dihiasi bentuk kepala kuda kepang dan digandingkan bersama bentuk rehal iaitu alas digunakan untuk membaca al-Quran.


Anaklangkawi :- Byknya jenis congkak. Taktaula pulak bermcm2 jenis..