Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Showing posts with label Masalah Moral Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Masalah Moral Langkawi. Show all posts

Saturday, January 8, 2011

For the Love of Langkawi by Lanh14

“The majority of Malay/Muslims from the rural areas are still poor but now for the religious conscious residents, they have headaces in trying to educate their children in an environment they had no idea some 20 years ago. Nowadays entertainment outlets including bars and spas are just a stone’s throw away from their homes. Even tiny stores owned by Malays, have beers in their refrigerators for sale. I had seen and scolded some Malays teenagers when they tried to buy the drinks.".

Read full concern here ..

Anaklangkawi :-
Apa yg dikatakan oleh blogger ni adalah benar. Kepesatan pembangunan Langkawi tidak dinikmati sepenuhnya oleh org2 Langkawi. Terutama penduduk. Sehinggakan byk org langkawi masih di takuk sama. Masalah sosial pula makin meningkat. Kita perlu berhenti sejenak & buat muhasabah diri utk melihat benda2 ni. 
Kita kadang2 tak nampak sbb kita disana tapi bila org luar yg komen maka itulah hakikatnya..

Itulah persoalan yg perlu kita teliti & lihat.

Tuesday, April 20, 2010

Halimaton tidak sabar kembali ke sekolah

BALING 16 April - Pelajar pintar, Halimaton Abdul Rasyid, 15, yang sebelum ini lari mengikut teman lelakinya sudah tidak sabar untuk kembali ke bangku persekolahan secepat mungkin.
Malah, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Parit Panjang itu menangis kerana terlalu rindukan saat-saatnya bergelar pelajar.

Ibunya, Normah Abdul Mutalib, 44, berkata, perubahan anaknya itu untuk kembali belajar dinyatakannya dalam perbualan dengan kakaknya hari ini.
"Dia sudah tidak sabar untuk belajar semula sehingga menangis kerana rindukan alam persekolahan yang ditinggalkannya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Normah, urusan persekolahan anaknya itu kini diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bagaimanapun, difahamkan, Halimaton mungkin tidak lagi belajar di sekolah lamanya, sebaliknya akan memulakan sesi persekolahan di sekolah yang akan ditentukan jabatan berkenaan. Kisah Halimaton mula mendapat perhatian apabila pelajar itu bersembunyi di Langkawi sejak beberapa minggu lalu selepas dilaporkan hilang ketika berkunjung ke rumah kakaknya di Sungai Petani. Halimaton dilaporkan berkeras mahu berkahwin dengan teman lelakinya biarpun mendapat halangan daripada pihak keluarga.

Pelajar itu kemudian dibawa pulang oleh ahli keluarganya dari Langkawi baru-baru ini dengan bantuan pegawai polis dan JKM. Menurut Normah, anaknya turut meminta dia menyediakan segala kelengkapan persekolahan termasuk buku-buku.
Tambahnya, anaknya dalam pada itu turut memohon maaf di atas apa yang berlaku selain berharap dia dapat membekalkan naskah al-Quran untuknya.

"Berkali-kali Halimaton memohon maaf pada saya dan berpesan supaya dibekalkan al-Quran untuk dia baca," ujarnya. Menurut Normah, dia bersyukur dengan perubahan yang berlaku terhadap anaknya itu selepas kembali dari Langkawi beberapa hari lalu.
Dalam pada itu, usaha memulihkan pelajar tersebut melalui kaedah perubatan Islam terus dilakukan keluarga berkenaan termasuk mengadakan solat hajat dan bacaan surah Yassin.
Bagi Normah, apa yang berlaku terhadap anaknya adalah satu ujian yang terpaksa dilaluinya sebagai seorang ibu.

"Mungkin apa yang berlaku satu hikmah kepada saya dan keluarga namun saya reda menerimanya," ujarnya. Sementara itu, Normah berkata, dia turut dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda hari ini untuk memberi keterangan.

Anaklangkawi :-
Kecik2 dah nak kawin.. Masyallah.. takpala.. nasib dah sedaq.. pada ibu bapa pantaulah anak2 kita.. mcm2 la zaman skrg ni..

Utusan

Saturday, October 31, 2009

Hati-hati Dengan Jus Buahan Mengandungi Alkohol - CAP

LANGKAWI, 31 Okt (Bernama) -- Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila membeli sejenis minuman ringan jus buah-buahan kerana ia mengandungi alkohol yang boleh memabukkan. Pegawai Pendidikan CAP, N.V. Subbarow berkata jus itu mengandungi antara empat hingga enam peratus alkohol.

"Walaupun pengeluar minuman melabel kandungan peratus alkohol, tapi sukar melihatnya kerana kurang jelas," katanya pada persidangan akhbar selepas kempen bahaya arak kepada masyarakat di tempat letak kereta di pekan Kuah di sini pada Sabtu.
Sehubungan itu, Subbarow meminta kerajaan dan kementerian berkaitan menjalankan kajian terhadap minuman itu dan mengeluarkan garis panduan kepada peniaga agar tidak menjualnya kepada pelajar dan remaja bawah umur.-- BERNAMA

Anaklangkawi :-
Kadang2 tu depa tau tu arak. Tapi buat2 tak paham.. Teguk selamba.. Penguatkuasaan.. itu yg penting..