Berdasarkan statement Timbalan Perdana Menteri dato Seri Muhyiddin, tindakan akan diambil keatas pengusaha feri jika tidak melaksanakan apa yg telah dijanji sebelum ini..
Alhamdulillah. Berita baik utk warga Langkawi..
Showing posts with label Lawatan TPM. Show all posts

Saturday, September 8, 2012
Tuesday, June 16, 2009
Majlis Ramah Mesra TPM Bersama Penduduk Padang Lalang
~email diterima~
Alhamdulillah.
Pada 12 Jun 2009 dengan disaksikan lebih 1000 org penduduk. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meluluskan peruntukan Kewangan Tambahan sebanyak RM 1.5 juta bagi pembinaan Masjid Baru di Padang Lalang.
Peruntukan kewangan yg sedia ada adalah berjumlah RM 500 ribu & ini bermakna peruntukan telah menjadi RM 2 juta.
Majlis dihadiri oleh :
~ Tan Sri Muhyiddin Yassin
~ Ahli Parlimen Langkawi, Dato Paduka Abu Bakar
~ ADUN Kuah, Dato Ir Nawawi
~ ADUN Ayer Hangat Mohd Rawi
~~~
Anaklangkawi :-
Alhamdulillah. Moga bertambah rezeki penduduk langkawi.
p/s: tak sabaq nak sembahyang masjid baru
Labels:
Datuk Paduka Abu Bakar Taib,
Kerajaan Pusat,
Lawatan TPM,
Masjid Langkawi,
YB Nawawi,
YB Rawi ADUN Ayer Hangat
Muhyiddin singgah sarapan di warung
Sinar Harian Utara
AYER HANGAT - Tapai pulut, nasi lemak, roti canai, pulut kukus ikan masin dan nasi kerabu Thailand antara menu sarapan pagi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menikmatinya di gerai Pak Don, Kampung Padang Lalang,Ayer Hangat.
Pak Don atau nama asalnya Saad Naim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Padang Lalang berkata, kehadiran TPM ke warungnya pagi kelmarin, umpama mimpi dan tidak terlintas langsung di fikiran, orang nombor dua negara, boleh menikmati sarapan pagi di situ. Menurutnya, sejak membuka warung itu 20 tahun lalu, ini adalah kali pertama pemimpin tertinggi negara berkunjung ke warungnya.
“Hari ini adalah hari paling gembira dalam hidup saya dan kami sekeluarga sebab belum ada mana-mana menteri sudi datang, tetapi pada hari ini TPM sanggup menjejakkan kakinya ke warung kami.
“Saya tidak pernah bermimpi langsung untuk menerima kunjungannya malah ketika beliau datang ke Langkawi kami sekeluarga hanya dapat melihat dari jauh, apatah lagi berbual,” katanya kepada wakil Sinar Harian.
Bagi Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Paduka Abu Bakar Taib berkata, sikap TPM ini harus dicontohi menteri lain dan barisan pemimpin tertinggi negara. Menurutnya, banyak masalah dapat diluahkan masyarakat kepadanya bersesuaian dengan konsep Satu Malaysia, rakyat didahulukan.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kuah, Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata, majlis sarapan pagi anjuran UMNO Bahagian ini adalah satu lonjakan budaya baru. “Sikap TPM yang sanggup makan di warung, di tepi jalan bersama penduduk tempatan yang tidak putus-putus bersalaman dan bergambar dengannya adalah satu sikap terpuji seorang pemimpin tertinggi negara,” katanya.
Beliau berkata, pada asalnya TPM melahirkan hasrat untuk menikmati sarapan masakan kampung di pulau ini dan UMNO Bahagian merealisasikan hasratnya itu. Menurut ADUN Ayer Hangat, Mohd Rawi Abdul Hamid, majlis sarapan pagi ini adalah hadiah TPM kepada penduduk yang menanti sejak jam 7 pagi.
“Beliau menghabiskan masa dua jam di warung ini bersama penduduk kampung yang terdiri daripada nelayan, petani, penternak dan kakitangan kerajaan,” katanya. Pada majlis itu, kira-kira 100 penduduk kampung mula berhimpun di warung Pak Don untuk melihat dengan lebih dekat wajah TPM dan meluahkan masalah yang membelenggu mereka seperti isu pendidikan, masalah feri dan kad pengenalan.
---
Anaklangkawi :-
Eloklah & diharap berterusan.

Ayer Hangat,
Datuk Paduka Abu Bakar Taib,
JKKKP Langkawi,
Lawatan TPM,
Sinar Harian,
YB Nawawi,
YB Rawi ADUN Ayer Hangat
Beach Soccer Challenge 2009 ~ DUN Ayer Hangat

~email diterima~
Satu programme beach soccer challenge diadakan di Pantai Tanjung Rhu telah berlansung 12-13 June 2009. Programme ini bertujuan merapatkan anak2 muda DUN AYER Hangat disamping mengisi masa lapang belia kepada aktiviti sihat.
Program ini disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin & Isteri sempena lawatan beliau ke Langkawi.
Antara tetamu yg hadir adalah Dato' Bakaq, Dato' Ir Nawawi, Mohd Rawi & belia2 muda yg bertarung utk menjadi juara dlm pertandingan yg berlansung.
Anjuran : Kelab Sukan DUN AYER HANGAT (Dato' Rawi)
Hadiah Lumayan : RM 1,000 tempat pertama, RM 600.00 tempat ke-2, RM 250 ke-3..
--
Anaklangkawi :-
Cantik sungguh pemandangan di belakang..
Labels:
Ayer Hangat,
Datuk Paduka Abu Bakar Taib,
Lawatan TPM,
Sukan/ Sports,
YB Rawi ADUN Ayer Hangat
Monday, June 15, 2009
Tumpu usaha bangunkan atlet
LANGKAWI 13 Jun – Tan Sri Muhyiddin Yassin
mahu persatuan-persatuan sukan di negara ini menghindarkan politik, tetapi memberi tumpuan lebih serius kepada usaha membantu dan membangunkan bidang itu.
Timbalan Perdana Menteri berkata, pada masa ini, kebanyakan persatuan sukan terutama persatuan sukan golf dilihat tidak bergerak secara terancang dalam menganjurkan kejohanan yang boleh mencungkil bakat pemain muda.
Justeru, kata beliau, persatuan sukan berkenaan sama ada profesional atau amatur perlu menyusun semula organisasi mereka bagi melahirkan atlet yang lebih menyerlah di peringkat nasional dan antarabangsa.
“Persatuan yang lesu ini perlu menyusun kembali ‘rumah’ mereka supaya dapat memartabatkan sukan negara di samping menganjurkan kejohanan yang boleh disertai pemain junior.
“Ketepikan politik dalam sukan, tetapi lakukan lebih banyak kerja untuk membantu bakat-bakat sukan menyerlah. Kalau semua ini dapat dilakukan, saya percaya tahap sukan kita termasuk golf akan lebih baik daripada sekarang,” katanya pada majlis pelancaran kejohanan Cabaran Golf TSM 2009 di Tanjung Rhu di sini hari ini.
Sumber :- Mingguan Malaysia 15 June 09
mahu persatuan-persatuan sukan di negara ini menghindarkan politik, tetapi memberi tumpuan lebih serius kepada usaha membantu dan membangunkan bidang itu.Timbalan Perdana Menteri berkata, pada masa ini, kebanyakan persatuan sukan terutama persatuan sukan golf dilihat tidak bergerak secara terancang dalam menganjurkan kejohanan yang boleh mencungkil bakat pemain muda.
Justeru, kata beliau, persatuan sukan berkenaan sama ada profesional atau amatur perlu menyusun semula organisasi mereka bagi melahirkan atlet yang lebih menyerlah di peringkat nasional dan antarabangsa.
“Persatuan yang lesu ini perlu menyusun kembali ‘rumah’ mereka supaya dapat memartabatkan sukan negara di samping menganjurkan kejohanan yang boleh disertai pemain junior.
“Ketepikan politik dalam sukan, tetapi lakukan lebih banyak kerja untuk membantu bakat-bakat sukan menyerlah. Kalau semua ini dapat dilakukan, saya percaya tahap sukan kita termasuk golf akan lebih baik daripada sekarang,” katanya pada majlis pelancaran kejohanan Cabaran Golf TSM 2009 di Tanjung Rhu di sini hari ini.
Sumber :- Mingguan Malaysia 15 June 09
Saturday, June 13, 2009
Sektor pelancongan masih kompetitif

KILIM - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, optimis sektor pelancongan mampu berkembang maju tatkala ekonomi negara berada diparas rendah. Bercakap kepada pemberita ketika lawatan percutian ke Kilim Geopark, beliau optimis pelbagai sektor pelancongan masih boleh dikembangkan.
Menurutnya, wabak H1N1 tidak menjadi penghalang merencatkan sektor pelancongan malah Malaysia masih lagi kompetitif dari segi penginapan, makanan dan pengangkutan terutamanya di Langkawi. “Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau projek-projek pembangunan sebagai mana yang diketahui Langkawi adalah salah sebuah pulau yang telah dibangunkan untuk pelancongan.
“Saya yakin lawatan ke Kilim Geopark ini masih mempunyai nilai eko-pelancongan yang tinggi terutamanya aktiviti memberi helang makan,” katanya ketika lawatan percutian ke Kilim Geopark, di sini. Muhyiddin berkata, aktiviti seperti itu belum pernah dilakukan di mana-mana pusat pelancongan di negara ini dan berharap aktiviti tersebut dapat dikekalkan dan berterusan.
Menurutnya, alam semula jadi di kawasan Kilim harus dikekalkan supaya tidak tercemar dan perlu ada pihak bertanggungjawab sentiasa memantau serta mengawal selia supaya dapat menerima kehadiran pelancong berterusan. “Mengikut statistik Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), kenaikan sekali ganda pelancong berbanding tahun lepas menunjukkan pulau ini berpotensi dan masih menjadi pilihan pelancong,” katanya.
Beliau berkata, minat pelancong untuk datang semakin meningkat, khazanah yang diiktiraf oleh UNESCO ini perlu dipelihara sebaik mungkin. “Pihak bertanggungjawab perlu ada inisiatif berterusan termasuk pihak awam dan swasta untuk menambah produk-produk pelancongan supaya pulau ini terus menjadi pilihan pelancong,” katanya.
Dalam lawatan ke Kilim Geopark itu, beliau membuat tinjauan ke lokasi percutian penting di Gua Kelawar, Taman Ikan, Pulau Anak Tikus dan tempat memberi burung helang makan.
Sinar Harian 12/6/09

Kilim,
Lawatan TPM,
Pelancongan / Tourism,
Sinar Harian
Subscribe to:
Comments (Atom)