Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Showing posts with label Belia Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Belia Langkawi. Show all posts

Saturday, September 5, 2009

Bubur Lambok Belia 4B Langkawi & Ahli Parlimen Langkawi ~ Mendekati Masyarakat


Semalam Belia 4B Langkawi bersama-sama Dato' Abu Bakar Taib ahli Parlimen Langkawi telah mengadakan majlis sumbangan Bubur Lambuk di Pasar Ramadhan Pekan Kuah. Ini merupakan aktiviti lanjutan selepas aktiviti yg pertama diadakan di Pasar Ramadan Padang Matsirat.
Sebanyak 1250 tapawer bubur lambuk diedarkan kepada masyarakat Langkawi di Kuah & juga sedikit kepada pelancong asing.

Tempat :- Pasar Ramadan Pekan Kuah

Tarikh/ Waktu :- 4 Sept 09, 5:00 ptg

Fakta : 1250 Tapawer bubur lambuk

Anjuran : Ahli Parlimen Langkawi & Belia 4B

Pengerusi Gerakan Belia 4B Langkawi, Mohd Saiful Hj Mustafa berkata aktiviti ini merupakan cara untuk Gerakan Belia 4B langkawi mendekati masyarakat disamping menjadi tarikan pelancong bagi merasai keenakan juadah yg senonim dgn masyarakat Melayu di bulan puasa.

Turut hadir adalah AJK Gerakan 4B Langkawi, ketua-ketua cawangan, YB Dato Paduka Abu Bakar Taib serta Tn Syed Abdul Aziz Bin Engku Chik Abdullah (Pegawai Belia Daerah Langkawi).

Sebanyak 1250 tapawer di sediakan dan di edarkan pada semua penduduk-penduduk Langkawi yang datang ke Pasar Ramadhan. Ini adalah cara Ahli Parlimen Langkawi untuk mendekati serta beramah mesra dengan penduduk Langkawi dan begitu juga dengan Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Langkawi untuk mendekati para belia disamping menyumbang bubur lambok kepada penduduk Langkawi.

Dengan kehadiran YB Dato Paduka Abu Bakar Bin Taib Ahli Parlimen Langkawi telah memberi kekuatan kepada Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Langkawi untuk terus memberi sumbangan dan memperbanyakan aktiviti kepada belia dan beliawanis serta penduduk Langkawi.

Email Drpd :-
Daripada Mohd Saiful Mustafa,Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Langkawi & merangkap Naib Pengerusi Belia 4B Malaysia Negeri

Friday, September 4, 2009

Anjur kursus tingkat profesionalisme

PULAU TUBA - Bagi melahirkan kepimpinan sempurna, 30 wakil persatuan belia menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme Belia peringkat daerah berlangsung di Pulau Tuba. Pengerusi Belia Daerah Langkawi, Norsaidi Nanyan berkata, kursus itu diadakan bertujuan mendidik belia dan beliawanis mengerakkan persatuan masing-masing. Menurutnya, aktiviti belia di beberapa kawasan dipercayai suram dari sebarang aktiviti menyebabkan mereka tidak mendapatkan peruntukan daripada Pejabat Belia dan Sukan daerah.

“Alasan diberikan tiada sumber kewangan, dari itu kursus ini bertujuan memberi jalan untuk mereka mula mengerakkan aktiviti selepas bulan Ramadan. “Pelbagai program diatur, buat permulaan ini, mereka akan cuba jalankan program tanpa menggunakan sebarang peruntukan,” katanya. Norsaidi berkata, antara aktivitinya seperti membantu warga emas membuat persiapan raya, membantu menyediakan juadah kuih-muih dan membersihkan tanah perkuburan.

Menurutnya, aktiviti ini sebagai percubaan sebelum mereka yakin untuk menganjurkan aktiviti lebih besar. “Pendekatan kami cadangkan mudah dan ringkas, apa yang penting adalah sikap kerjasama sesama ahli terhadap komuniti setempat,” katanya. Beliau berkata mereka juga digesa membantu komuniti di masjid, solat tarawih bersama masyarakat dan memasang pelita menjelang malam tujuh likur.

“Aktiviti sebegini memberi impak mendalam, terutamanya mereka yang terlibat dalam penyediaan bubur lambuk dan juadah berbuka. “Saya sarankan kepada penduduk setempat gunakanlah perkhidmatan persatuan belia di kawasan masing-masing sekiranya mereka memerlukan keringat tenaga,” katanya. Beliau turut berharap belia dan beliawanis lebih ringan tulang dan memanfaatkan bulan Ramadan ini untuk mendekati komuniti setempat.

Sinar Harian 3/9/09

Tuesday, April 14, 2009

Belia Langkawi aktif anjur aktiviti

Belia Langkawi aktif anjur aktiviti 14/4/09

KUAH - Langkawi terpilih sebagai pusat penganjuran pelbagai aktiviti, latihan dan ilmiah selain sudah terkenal sebagai destinasi pelancongan yang unggul di rantau sebelah sini. Koperasi Pembangunan Belia Langkawi (Kobel) nekad menjalankan usahasama dengan sebuah syarikat dalam menganjurkan aktiviti berkenaan iaitu latihan dan kursus.

Ahli Majlis Perundingan Belia Daerah Langkawi, Mohd Azim Othman berkata, usahasama ini bagi memberi manfaat kepada ahli koperasi dan individu yang menyertai kursus tersebut. Menurutnya, selain memperoleh keuntungan ia dapat mewujudkan jalinan persefahaman antara ahli selain berupaya merancakkan industri pelancongan dan aktiviti belia.

“Kami selaku penganjur, bersedia sekiranya terdapat mana-mana badan berkanun, syarikat yang ingin melalukan sebarang aktiviti latihan mereka boleh berhubung dengan kami. “Buat permulaan ini, sesi latihan adalah berkisar tentang teknologi dengan menyediakan latihan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT),” katanya selepas Majlis Menandatangani

Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Syarikat Warisan Spektra Sdn Bhd, kelmarin. Mohd Azim berkata, belia dalam kawasan sekitar Langkawi boleh menyertai latihan dan mengikuti modul yang telah disediakan termasuk latihan motivasi. Menurutnya, melalui cara ini, belia dan pelajar sekolah di Langkawi akan lebih celik ICT dan mempunyai jati diri sempurna.

“Ini adalah langkah permulaan Kobel menganjurkan program usahasama dengan syarikat luar dan setelah dikaji kedua-dua pihak bakal memperoleh manfaat bersama,” katanya. Beliau berkata, selain itu, industri pelancongan, pengangkutan, penginapan dan makanan turut mendapat keuntungan sekiranya terdapat mana-mana badan berkanun menyertai latihan yang diadakan di Langkawi.

“Melalui cara ini, semua pihak mendapat tempias dan Langkawi akan dikenali bukan sahaja sebagai pusat pelancongan malah menjadi pusat latihan kerjaya dan pendidikan. Pengarah Urusan Warisan Spektra Sdn Bhd, Yazid Ayob berkata, Langkawi dipilih kerana mempunyai pelbagai infrastruktur lengkap selain sebuah destinasi pelancongan terkemuka.


Beliau berkata, selain menjalankan program seminar atau latihan, peserta yang hadir turut dapat membeli-belah dan bersantai. Majlis MOU itu disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Ir Nawawi Ahmad dan Pengerusi Belia Langkawi, Nor Saidi Nayan.