Wednesday, March 6, 2013
Mengapa PATI Mynmar tuju Langkawi?
Friday, September 7, 2012
Jeti Langkawi perlu penambahbaikan
Wednesday, April 11, 2012
Koperasi Kampung Kilim
Assalamualaikum..
Baru-baru ni cerita koperasi kampung kilim masuk surat khabaq Utusan. Walaupun benda ni dah lama tapi adalah menjadi kebanggaan kerana koperasi kampung kilim menjadi contoh kepada koperasi di Malaysia.
Atas usaha & kerjasama ahli koperasi dpt dimajukan sehingga ada ahli koperasi yg berpendapatan agak
Mengkagumkan. Cuma satu nk ingatkn koperasi supaya perlu lebih maju ke depan dlm mmberi kepuasan kpd pelancong. Kemungkinan cadangan ini bolh dipertimbangkn iaitu
Caruman @ hasil koperasi digunakan dlm menambahkn ilmu para pemandu pelancong & pembawa bot utk mengetahui produk pelancongan di Kilim.
Misalnya jenis burung helang. Diet mereka. Jenis beruk. Air pasang surut. Perihal gua. Kayu bakau dll sepanjnag perjalanan pelancong menaiki bot.. Baru la lebih tampak profesional
& bagus..
Thursday, September 15, 2011
5,000 pelancong disasar kunjung `Jom Pi Homestay Kedah’
Pengerusi karnival itu, Mokhtar Shabuddin berkata, mereka terdiri daripada pengusaha pelancong, pengunjung dan penduduk tempatan.
"Karnival tiga hari itu akan disertai lebih 500 pengusaha homestay dari seluruh negara," katanya di sini hari ini.
Mokhtar berkata, pelbagai aktiviti seperti pameran, pakej homestay, demonstrasi masakan negeri-negeri dan persembahan kebudayaan akan diadakan.
"Karnival ini diadakan untuk mempromosi homestay di seluruh negara serta memperkenalkan pakej-pakej baru," katanya.
Sebanyak 12 gerai akan disediakan untuk negeri-negeri mengambil bahagian. Mokhtar berharap agensi dan pengusaha pelancongan akan membawa lebih ramai pelancong yang menginap di hotel-hotel ke karnival itu yang julung kali diadakan.
Bagi Langkawi, sebanyak enam homestay akan mengambil bahagian. - Bernama
Thursday, June 9, 2011
Nira kelapa Langkawi pilihan Din
Kini, minuman berkhasiat itu kembali dipopularkan oleh seorang pengusaha produk Manisan Kelapa Pandan di Langkawi, Kedah baru-baru ini.
Dikenali sebagai Din Hashim, dia pada mulanya hanya berminat menanam kelapa pandan untuk pengeluaran air minuman sahaja.
Bagi yang berminat untuk mendapat produk manisan kelapa ini boleh menghubungi Din di talian 012-4751306 atau terus ke gerai beliau dialamat Bukit Hantu, Padang Gaong, Mk. Ulu Melaka, Langkawi Kedah.
Cerita penuh disini.
Tuesday, January 18, 2011
Kereta kabel Langkawi: Mana budi bahasa? - Utusan
Tepat pukul 12.30, petugas maklumkan perkhidmatan dihentikan kerana angin kencang dan kami diminta untuk beredar.Pukul 4.15 petang, kami datang semula ke kaunter dan mendapati kaunter masih tutup dan makluman di papan notis elektronik, ia akan dibuka semula 5.30 petang.
Malangnya, pukul 5.30 petang (paparan jam elektronik di luar kaunter), petugas kaunter masih belum kelihatan. Ini mungkin kerana mereka mengikut jam dalam kaunter yang menunjukkan waktu 5.20 petang (berbeza dengan paparan jam di luar).
Sebaik sahaja kaunter dibuka, seorang pengunjung bertanya, jam mana perlu diikut dan dengan angkuhnya, petugas wanita itu menjawab, “kami ikut jam kami”.Dalam masa yang sama, seorang pelancong datang bertanya dengan memanggil petugas tersebut dengan panggilan “amoi” dan dengan biadabnya petugas wanita itu menengking “apa hoi hoi, saya ada nama tau, panggil orang hoi hoi bla bla bla...”
Kebanyakan yang berada di hadapan kaunter tersentak dengan insiden itu termasuk beberapa orang pelancong asing yang menggeleng-gelengkan kepala.Sepanjang perjalanan menaiki kereta kabel, saya terfikir, sepatutnya mereka itu dilatih untuk berbudi bahasa dan bertata-susila.
SUKA MELANCUNG LUAR NEGARA - Utusan Malaysia
Melaka
Lanjutan Hasil Komen (pada 15/1/11)
AL :- Elokla Prasarana Negara ambil tindakan sewajarnya kepada pekerja yg tidak mematuhi etika menghormati pelanggan. Kalau tak malu jelah..
Syabars Prasarana Negara Berhad.
Sunday, December 12, 2010
Kraf Menggamit Di Pulau Langkawi
Dalam Mingguan Malaysia hari ini terhadap satu iklan untuk
Artikel dr Mingguan Malaysia
AL : Cek amat mengalu-alukan promosi kraftangan. Pusat kraftangan Langkawi perlu lebih aktif dalam memberikan galakan & sokongan kepada penduduk langkawi utk menceburkan diri di arena kraftangan Langkawi. Ramai suri @ janda di rumah yg perlukan bantuan drpd kraftangan. Maka buatlah carilah mereka & bantulah..
Kepada pelancong2 ke Langkawi. Pergilah ke kompleks tersebut.. amat dekat dgn Air Hangat..
Wednesday, August 25, 2010
Tiada cadangan bina jambatan dari Perlis ke Langkawi
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, sehingga hari ini projek berkenaan tidak pernah dibincangkan.
Beliau yang juga Pengerusi Bersama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) memberitahu, pembinaan jambatan itu tiada dalam perancangan projek oleh agensi itu.
"Projek tersebut tidak pernah dibincangkan dan tiada dalam perancangan LADA," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas bantahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Menurut Ahmad Husni, kerajaan sentiasa komited dalam memastikan semua projek-projek
pembangunan yang melibatkan destinasi pelancongan negara terpelihara daripada kemusnahan alam sekitar.
"Setiap projek pembangunan yang dijalankan perlu mengambil kira kepentingan ekosistem, keunikan, keaslian dan juga penerimaan rakyat,'' ujarnya.
Utusan
Anaklangkawi :
Alhamdulillah. Akhirnya terjawab.
Monday, April 26, 2010
Segalanya lengkap di The Lanai Langkawi
Kenangan percutian di pulau lagenda Mahsuri itu pasti akan lebih manis sekiranya mendapat penginapan yang memenuhi kehendak dan cita rasa.
The Lanai Beach Resort Langkawi (Lanai) adalah antara nama yang sering dicadangkan terutama bagi yang mencari penginapan tepi pantai jauh daripada kesibukan di pulau yang semakin pesat membangun itu.Berbeza dengan penginapan kos sederhana lain, resort tiga bintang ini menjanjikan penginapan berteman desiran ombak. Sesuai untuk mereka yang ingin meluangkan masa bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.
Lanai yang terletak di bahagian paling hujung Pantai Tengah menyediakan 100 bilik dan lapan buah vila. Lokasinya hanya kira-kira 50 meter dari pantai manakala di bahagian belakang tersergam bukit-bukau yang menyejukkan mata.
Bukan sahaja dikelilingi pemandangan alam semula jadi yang indah, suasana di dalam kawasan resort ini juga boleh mengatasi harga penginapan sederhana yang dibayar pelawat.
Bagi percutian keluarga, vila berkeluasan 700 kaki persegi mungkin menjadi pilihan paling berbaloi. Pada harga RM428 semalam, pelawat disediakan dua bilik tidur dengan satu katil besar dan dua katil bujang.
Nilai penginapan yang dibayar juga berbaloi dengan kebersihan bilik dan persekitaran yang sentiasa terjaga.
Satu kelengkapan yang tidak disediakan pada setiap bilik adalah peti keselamatan yang diperlukan oleh pelanggan untuk menyimpan barang-barang berharga. Untuk lebih selamat, penginap boleh menyerahkan barang berharga ke kaunter resort.
Bagi yang tidak turun ke pantai, sebuah kolam renang tersedia di tengah-tengah kawasan resort. Dengan saiz yang besar untuk menampung jumlah tetamu. Ia adalah tarikan paling utama di resort ini.
Persandingan Wan Aishah meriah ~ Waris Mahsuri.
Bermula dari rumah Wan Aishah, pasangan pengantin dan rombongan berjalan sejauh 500 meter ke pekarangan Masjid Kampung Tambon Kemala di mana majlis perkahwinan Wan Aishah dilangsungkan, didahului dengan pembawa bunga manggar dan bunga emas serta iringan muzik tradisional Gendang Pribumi Kota Mahsuri, Pulau Langkawi.

Anggun berkebaya pendek moden bertatah batu swaroswky merah jambu dan bertudung senada warna dan corak, Wan Aishah kelihatan manis diapit suaminya Alee Tongyun yang berpakaian serba putih.
Pasangan pengantin kemudian dibawa melalui sebuah pintu gerbang yang dibuat daripada buluh dan dihias dengan bunga hidup sebelum dibawa ke pentas khas untuk upacara bergambar bersama kenalan dan sanak saudara.
Tetamu, rakan-rakan dan keluarga mengambil kesempatan ini untuk bersalam dan memberi sumbangan kepada pasangan pengantin. Tiada ada upacara merenjis seperti dalam masyarakat Melayu Malaysia.
Seperti dalam masyarakat Melayu, penduduk Kampung Tambon Kemala masih mengekalkan istiadat Melayu dengan menggunakan tenaga penanggah untuk menghidangkan makanan dan minuman kepada tetamu.
Sepanjang majlis berlangsung, tetamu disajikan dengan persembahan hiburan dan nyanyian oleh Kumpulan Muzik Seni Kota Mahsuri yang didatangkan khas dari Pulau Langkawi diketuai Ismail Hanapiah atau lebih dikenali sebagai Cikgu Mail.
“Saya sebagai orang yang bertanggungjawab menjaga Kota Mahsuri di Langkawi terpanggil untuk ikut sama memeriahkan perkahwinan cicit Mahsuri itu dengan mengadakannya mengikut adat istiadat Melayu kita. Bunga manggar, bunga telur dan muzik tradisi yang kami bawa adalah pelengkap kepada sambutan majlis perkahwinan ini.
Terdahulu kedatangan pengantin lelaki Alee Tongyun disambut meriah oleh tuan rumah dan keluarga pihak pengantin perempuan.
Diiringi seorang budak lelaki berusia lingkungan enam tahun yang lengkap berpakaian seperti pengantin, Alee ditahan sebanyak tiga kali di pintu masuk sebelum dilepaskan setelah membayar ‘wang tol’. Di tangga rumah ke tingkat atas di mana pengantin perempuan menunggu, dua budak perempuan memegang tali pinggang emas menghalang laluan pengantin lelaki.
Wan Aishah Wan Nawawi, 25, dinikahkan oleh datuknya Karim Dumluck dengan Alee, 27, malam Jumaat lalu di kediaman ibu bapa Wan Aishah.
Pada majlis hari ini, Wan Aishah menerima 11 hantaran berupa pakaian, makanan, manisan, barang kemas dan sejumlah wang tunai. – Mingguan
Tuesday, April 20, 2010
Halimaton tidak sabar kembali ke sekolah
BALING 16 April - Pelajar pintar, Halimaton Abdul Rasyid, 15, yang sebelum ini lari mengikut teman lelakinya sudah tidak sabar untuk kembali ke bangku persekolahan secepat mungkin.
Malah, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Parit Panjang itu menangis kerana terlalu rindukan saat-saatnya bergelar pelajar.
Ibunya, Normah Abdul Mutalib, 44, berkata, perubahan anaknya itu untuk kembali belajar dinyatakannya dalam perbualan dengan kakaknya hari ini.
"Dia sudah tidak sabar untuk belajar semula sehingga menangis kerana rindukan alam persekolahan yang ditinggalkannya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Normah, urusan persekolahan anaknya itu kini diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Bagaimanapun, difahamkan, Halimaton mungkin tidak lagi belajar di sekolah lamanya, sebaliknya akan memulakan sesi persekolahan di sekolah yang akan ditentukan jabatan berkenaan. Kisah Halimaton mula mendapat perhatian apabila pelajar itu bersembunyi di Langkawi sejak beberapa minggu lalu selepas dilaporkan hilang ketika berkunjung ke rumah kakaknya di Sungai Petani. Halimaton dilaporkan berkeras mahu berkahwin dengan teman lelakinya biarpun mendapat halangan daripada pihak keluarga.
Pelajar itu kemudian dibawa pulang oleh ahli keluarganya dari Langkawi baru-baru ini dengan bantuan pegawai polis dan JKM. Menurut Normah, anaknya turut meminta dia menyediakan segala kelengkapan persekolahan termasuk buku-buku.
Tambahnya, anaknya dalam pada itu turut memohon maaf di atas apa yang berlaku selain berharap dia dapat membekalkan naskah al-Quran untuknya.
"Berkali-kali Halimaton memohon maaf pada saya dan berpesan supaya dibekalkan al-Quran untuk dia baca," ujarnya. Menurut Normah, dia bersyukur dengan perubahan yang berlaku terhadap anaknya itu selepas kembali dari Langkawi beberapa hari lalu.
Dalam pada itu, usaha memulihkan pelajar tersebut melalui kaedah perubatan Islam terus dilakukan keluarga berkenaan termasuk mengadakan solat hajat dan bacaan surah Yassin.
Bagi Normah, apa yang berlaku terhadap anaknya adalah satu ujian yang terpaksa dilaluinya sebagai seorang ibu.
"Mungkin apa yang berlaku satu hikmah kepada saya dan keluarga namun saya reda menerimanya," ujarnya. Sementara itu, Normah berkata, dia turut dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda hari ini untuk memberi keterangan.
Anaklangkawi :-Kecik2 dah nak kawin.. Masyallah.. takpala.. nasib dah sedaq.. pada ibu bapa pantaulah anak2 kita.. mcm2 la zaman skrg ni..
Utusan
Monday, April 12, 2010
400 sertai sidang Geopark di Langkawi
Persidangan bertemakan Globalisasi Geopark - Menuju ke Hadapan Bersama Alam Semulajadi itu bakal menyaksikan sebanyak 120 kertas kerja dibentangkan sepanjang seminar lima hari itu.
China merupakan negara paling banyak membentangkan kertas kerja daripada seramai 200 pesertanya.
Langkawi telah dipilih sebagai tuan rumah bagi persidangan tersebut selepas persidangan ketiga yang telah diadakan di Jerman. Persidangan ini berlangsung selama dua tahun sekali dan negara yang ingin menjadi penganjur akan membuat bidaan untuk melayakkannya menjadi tuan rumah.
Timbalan Pengarah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Mohd. Shafeea Leman berkata, negara-negara peserta akan membentangkan kertas kerja berkaitan pembangunan dan penyelarasan yang dilakukan supaya dapat dinilai oleh badan penilai UNESCO untuk menjadi sebuah Geopark.
Kata beliau, setiap Geopark juga akan dinilai dua tahun sekali sebelum tarafnya disambung semula dengan Geopark di Langkawi dinilai semula pada 2011 untuk memastikan semua ciri-ciri Geopark dikekalkan.
Menurut beliau, persidangan itu akan dimulakan dengan pelancaran Pesta Geopark yang bermula Sabtu hingga Ahad ini, antaranya sebanyak 64 gerai disediakan untuk mempamerkan maklumat tentang Geopark di seluruh dunia selain acara kebudayaan.
Sementara itu, Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Azman Umar, berkata, sejak Langkawi mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Geopark, pelbagai faedah dapat dirasai oleh semua masyarakat di Langkawi.
"Sebagai contoh, kawasan Sungai Kilim kini menjadi destinasi utama dengan sejumlah 100,000 pengunjung membuat lawatan ke Kilim Geoforest Park setahun."
"LADA juga akan terus membangunkan tapak-tapak Geopark lain kerana manfaat yang diperoleh akan meningkatkan sektor pelancongan dipulau legenda ini," kata beliau. - Utusan Malaysia
Anaklangkawi :-
Bersidangla elok2. Tambah nilai pada Program Geopark di Langkawi. BUkan takat bersidang aja..
Friday, March 19, 2010
Rugi jika Langkawi diabai ~ Surat di Utusan Malaysia
Malahan dalam beberapa aspek Pulau Langkawi mendahului Pulau Phuket dalam kemajuan dan keunikan produk pelancongannya.
Namun begitu, pada hari ini Pulau Phuket umpama intan belian kepada negara Thailand. Pembangunan prasarana dan produk pelancongannya amat menarik sekali. Kebersihan dan keindahannya telah meninggalkan jauh Pulau Langkawi di belakang. Dengan pembangunan disusun rapi, ramai pelabur dalam dan luar negara membuka pelbagai perniagaan berasaskan pelancongan dan hospitaliti di sana.
Pelancong luar terutamanya Eropah dan Asia Timur berduyun-duyun ke sana. Satu-satu tempat kadangkala kelihatan penduduk tempatan seakan minoriti malah jika di restoran saya terasa seperti berada di negara Eropah kerana bilangan mereka mendominasi.
Kehadiran begitu ramai pelancong telah menyumbang kepada pendapatan penduduk setempat dan juga hasil kepada negara gajah putih itu. Sesekali perasaan iri hati dan cemburu terlintas di hati saya melihat kepada keadaan Pulau Phuket pada hari ini.
Kenapa Pulau Langkawi tidak seperti itu? Apa kurangnya pulau kita ini? Baru-baru ini satu kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir menyatakan kerajaan negeri Kedah telah gagal mempromosi Langkawi sebagai pusat pelancongan terbaik di Malaysia amat tepat dan kena pada masanya.
Kenyataan tersebut berdasarkan fakta bahawa jumlah pelancong ke Langkawi semakin hari semakin berkurangan. Malah saya melihat industri pelancongan di Langkawi pada ketika ini hanya disokong oleh pelancong domestik sahaja, yang datang pada musim cuti sekolah atau cuti-cuti perayaan.
Sudah pasti tempat yang dituju hanya kedai-kedai coklat dan pinggan mangkuk sahaja. Apalah sangat tempiasnya kepada kemakmuran penduduk tempatan mahupun kepada negara jika dibandingkan perbelanjaan yang akan dibuat oleh pelancong asing terutamanya Eropah, sudah tentu ia berlipat kali ganda.
Saya terpaksa akui bahawa kegemilangan Langkawi sebagai pulau peranginan antarabangsa semakin lenyap di peta ejen-ejen pelancongan antarabangsa. Persaraan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri turut mengakibatkan Langkawi ‘dibersarakan’ juga.
Namun begitu, masih ada harapan dan doa agar kerajaan negeri dan Persekutuan tidak melupakan Langkawi sebagai intan belian Malaysia, malah kerajaan Kedah menggelarkan Langkawi sebagai Permata Kedah. Jika benar ia permata, maka tunjukkan bukti dan komitmen yang jitu agar permata ini terus bersinar dan mampu memberi cahaya kepada penduduk dam negara. Dalam memberi nafas baru kepada Langkawi, saya sebagai anak tempatan ingin memberi beberapa cadangan realistik untuk dipertimbangkan oleh kerajaan.
Pertama, bina hospital pakar swasta yang serba lengkap di Langkawi. Buat masa ini tiada hospital pakar swasta wujud di pulau peranginan ini. Ia bertujuan menggalakkan ‘pelancongan kesihatan’ seperti mana dilaksanakan di Singapura dan Thailand yang telah memberi pendapatan lumayan kepada negara.
~AL : Pendapat saya pelancongan kesihatan tidak diperlukan diLangkawi memandangkan Selangor & Pulau Pinang telah mempelopori usaha tersebut.. maka ada baiknya kita tidak membanjirkan pelancongan kesihatan tersebut.
Kedua, kerajaan mesti mewujudkan produk baru pelancongan dalam usaha menarik perhatian dan keghairahan pelancong untuk datang. Contoh produk baru ialah taman tema seakan Disneyland, ladang buah-buahan tropika, pulau joran yang dikhaskan untuk aktiviti memancing, akuarium dasar laut, kereta Api mengelilingi Langkawi dan Eye of Langkawi.
~ AL : Idea yg amat menarik. Seakan disneyland rasanya tak payah kot. Sbb pernah ada satu taman tema air yg dah tutup..
Ladang buah-buahan tropika telah ada.. Cuma mungkin perlu dipertingkatkan & diperluaskan..
PUlau Joran adalah yg paling menarik & bernas idea tersebut.. Ambik satu pulau.. kemudian letak tukun tiruan byk2.. Setelah bbrp ketika boleh anjurankan pertandingan joran..
Akuarium dasar laut dah ada kat Pulau Payar.. & keretapi mengelilingi langkawi tak praktikal rasanya.. & the eye.. jgnlo.. nnti jadi mcm melaka pulak.
Ketiga, modenkan prasarana dan kemudahan di situ terutamanya jalan raya dan perkhidmatan feri. Selain itu jaringan pengangkutan awam seperti teksi dan kereta sewa dipertingkatkan dan mengelak diskriminasi harga ketika musim tertentu yang secara langsung menganiaya pelancong yang datang.
~AL :- Sokong..
Keempat, majukan sektor perikanan yang berpotensi tinggi di perairan negara kita. Selama ini hasil laut kita banyak dikaut oleh nelayan asing seperti Thailand dan Indonesia yang menceroboh masuk secara haram. Jika aktiviti perikanan maju, ia boleh mewujudkan pelbagai produk hiliran yang lain dan secara tidak langsung menarik minat orang luar untuk melihat hasil produk perikanan kita.
~AL :- Langkawi yg dekat dgn lautan hindi adalah amat berpotensi utk dimajukan sbg pusat pendaratan ikan tuna.. Maka promosilah kepada nelayan2 di Langkawi utk perikanan laut dalam..
Kelima, kerajaan hendaklah memberi galakan kepada pihak swasta dalam memajukan hartanah di Langkawi. Ketika ini amat sukar mendapatkan ejen hartanah di Langkawi berbanding di Phuket yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Agensi hartanah boleh berperanan melariskan hartanah sama ada disewa atau dijual dan kemudian merangsang syarikat pembinaan melabur hartanah bernilai tinggi di Langkawi.
~AL :- Ini tak setuju.. NNti Langkawi jadi mcm Penang.. habis org tempatan merempat di kawasan sendiri.,. Kalau JV mungkin jadi.
Saya berharap kita dapat belajar sesuatu daripada negara jiran dalam memajukan industri pelancongan mereka yang memberi hasil amat lumayan.
Allah SWT telah menganugerahkan sebuah pulau yang cantik kepada Malaysia, jadi sebagai hambaNya sama-sama kita makmurkan anugerah ini.
Kembalikan kegemilangan Langkawi sebagai pulau pelancongan yang tersohor suatu ketika dulu demi kemakmuran dan kesejahteraan 1Malaysia. - Utusan
Saturday, March 6, 2010
Nelayan dapat 88 enjin bot sangkut tempatan

Pengurus Besar TPM Engineering Sdn. Bhd., Aggus Salim Halmee Haidar berkata, inovasi alat kemudi yang dinamakan RED1 itu diilhamkan oleh seorang bekas nelayan di negeri ini, Ridzduan Hashim, 43.
Menurutnya, ia bertujuan membantu meminimumkan kos operasi nelayan dari segi penggunaan bahan api dan kos tenaga kerja.
"Penggunaan komponen tempatan memudahkan penukaran alat ganti yang sedia ada di pasaran tempatan berbanding komponen import," jelasnya.
Antara aplikasi lain RED1 adalah penggunaan satu unit 'shaft' memudahkan pengendalian enjin yang lebih ringan sekali gus dapat meminimumkan penggunaan minyak.
Selain itu, katanya, penggunaan enjin komersial atau enjin standard industri dapat menjimatkan penggunaan bahan api tanpa perlu menggunakan minyak 2T.
Sementara itu, enjin dan alat kemudi yang boleh dibuka membolehkan enjin digunakan untuk tujuan lain seperti pam air dan mesin tebu selain harga RED1 yang lebih murah berbanding enjin yang ada di pasaran sekarang.
Menurut Aggus Salim, projek RED1 yang bermula Julai tahun lalu dengan tenaga kerja seramai enam orang dari TPM itu dijangka berkeupayaan menghasilkan 10 RED1 dalam tempoh seminggu.
Dalam pada itu, pada majlis perasmian Malaysia Inovatif 2010 (MI2010) baru-baru ini, sebanyak 44 unit RED1 diserahkan kepada Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Paduka Abu Bakar Taib dan 44 unit lagi diserahkan kepada kawasan Parlimen Arau.
Majlis penyerahan dilakukan oleh Ketua Unit Dana MOSTI, Suhaimi Hamzah dengan disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TPM, Datuk Mohd. Azman Shahidin.
Monday, February 22, 2010
Langkawi fishermen benefit from PM's vacation at the island

At an informal meeting with about 100 residents of the fishing village, the Prime Minister had announced the allocation after observing the difficulties faced by the fishermen in taking their boats in and out to the river mouth.
"Two nights ago, Datuk Jo (Johari Baharom, Deputy Minister of Agriculture and Agro-Based Industry) had requested that I visit this area because the river is too narrow and it”s difficult for the boats to move in and out to sea.
"After having seen the situation, I announced the immediate allocation of RM7 million to build a new jetty and I hope with the construction of the new jetty, the income of the fishermen here will also increase,” he said at the meeting.
Najib and his wife, Datin Seri Rosmah Mansor, today concluded their three-day private vacation on the resort island.
The Prime Minister also said that he wanted the pollution at the river to be resolved immediately by the sewerage company, IWK Sdn Bhd.
He said the unofficial visit to the fishing village was in line with his approach of friendly visits to find out the problems of the people and be closer to them.
Najib said that through such visits, he felt more comfortable in meeting the people as it was done without any protocol involved.
The Sungai Chenang fishing village was among the areas hit by the tsunami at the end of 2004.
Bekalan elektrik untuk 4,000 penduduk Pulau Tuba
Pengurus Besar Kanan (Operasi Wilayah 2) Bahagian Pembahagian, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Roslan Abdul Rahman berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa projek RM50 juta itu akan dimasukkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
"Pelaksanaan projek ini adalah untuk memastikan penduduk dapat menikmati bekalan elektrik yang lebih selesa," katanya pada majlis dialog bersama masyarakat, di sini hari ini.
Beliau menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Tuba Barat, Abdul Rani Awang di majlis tersebut.
Bekalan tersebut akan disalurkan meliputi kampung Pulau Tuba Barat, Pulau Tuba Timur, Selat Bagan Nyior, Lubuk Chempedak dan Bagan Pauh.
Roslan juga berkata, TNB telah mengenal pasti beberapa projek lain untuk dilaksanakan di Langkawi tahun ini yang melibatkan peruntukan berjumlah RM10.6 juta.
"TNB telah membelanjakan RM3.2 juta untuk melaksanakan beberapa projek pembekalan elektrik di Langkawi," katanya.
Beliau juga berkata, seramai 1,826 pengguna domestik di Langkawi menikmati potongan rebat bagi bil bulanan berjumlah bawah RM20.
- BERNAMA
Anaklangkawi :- Sapa2 pi tgk Jeti Lada yg dah separuh tenggelam kat Pulau Tuba pulak..
LTdL bakal kembali ke Langkawi
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LTdL, Mohamed Salleh berkata, beliau terharu dengan pandangan Dr. Mahathir, namun akibat kekangan tertentu perlumbaan tidak dapat diadakan di pulau peranginan itu tahun ini.
"Namun itu tidak bermakna LTdL tidak akan diadakan langsung di Pulau Langkawi, secara tidak rasminya kami telah membuat keputusan untuk kembali meletakkan lokasi tumpuan pelancong antarabangsa itu dalam kalendar perlumbaan LTdL pada masa akan datang," katanya dalam sidang media di sini semalam.
Jelasnya lagi, LTdL sentiasa mengubah laluan setiap tahun dan bukan satu masalah besar jika laluan kembali ke Pulau Langkawi.
"Ia secara tidak langsung dapat menjual nama Malaysia di mata dunia terutama sekali dalam bidang pelancongan dan menjana pendapatan negara.
"Ini adalah perlumbaan peringkat antarabangsa, selepas ia kembali ke Pulau Langkawi Malaysia akan lebih dikenali," katanya.
Ahad lalu Dr. Mahathir menyatakan kesedihannya kerana Pulau Langkawi tidak lagi menjadi laluan LTdL sejak beberapa tahun lepas berikutan matlamat awal penganjuran kejohanan itu adalah untuk mempromosikan pulau itu di mata dunia.
Dr. Mahathir, yang menjadi pencetus penganjuran LTdL pada 1996, berkata berikutan LTdL tidak lagi diadakan di pulau itu, maka satu kejohanan basikal bukit antarabangsa Langkawi akan dianjurkan pada Jun ini.
Kali terakhir perlumbaan LTdL diadakan di pulau peranginan itu pada 2003 dalam perlumbaan sejauh 9.5 kilometer.
Utusan
Anaklangkawi :- Akhirnya kembali jua ke Langkawi. Apa2pun diharap anak2 Langkawi boikot LtDL sampai mereka kembali ke Langkawi. Mentang2 la kos LtDL di langkawi agak tinggi. Tapi kalau org2 langkawi mintak hak guna nama langkawi teruk juga LtDL ..
p/s: pantang org salah guna nama
Friday, January 22, 2010
Pastikan Langkawi tetap hebat
Saya berpeluang melawat Langkawi ketika cuti sekolah baru-baru ini. Memang benar ada beberapa tempat di pulau tersebut yang agak kotor dan tidak diurus dengan baik. Tetapi untuk mengatakan Langkawi kotor secara keseluruhannya adalah tidak tepat.
Nyata pulau tersebut masih menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara dengan tarikan-tarikan pelancongan tertentu di pulau tersebut menjadi tumpuan ramai. Keindahan Pulau Langkawi tetap terserlah.
Namun satu perkara yang ingin saya sentuh ialah Langkawi kini seolah-olah tidak lagi diberi perhatian sewajarnya dibandingkan ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.
Dr. Mahathir telah mengisytiharkan Langkawi sebagai pulau bebas cukai. Sejajar dengan itu beliau memberikan perhatian yang teliti dan minat yang mendalam untuk memastikan Langkawi maju sebagai destinasi pelancongan.
Tidak lupa pada masa yang sama, seiring dengan pembangunan Langkawi, Dr. Mahathir juga berusaha memastikan penduduk Langkawi tidak ketinggalan dalam pembangunan. Sebaliknya mereka dibantu untuk bersama-sama maju seiring kemajuan pulau itu.
Saya sendiri mengikuti bagaimana Dr. Mahathir kerap berulang-alik ke Langkawi dalam kesibukan tugasnya, semata-mata untuk memastikan semua projek yang dirancang berjalan lancar dan siap pada waktu yang ditetapkan.
Dengan segala projek pembangunan yang dilaksanakan, serta pemantauan peribadi Dr. Mahathir, ternyata Langkawi menyerlah sebagai pusat pelancongan yang unggul dengan pelbagai kemudahan pelancongan disediakan.
Penduduk tempatan juga menerima tempias daripada pembangunan ini di mana mereka juga berjaya meningkatkan taraf kehidupan ekoran kepesatan sektor pelancongan di pulau itu.
Dr. Mahathir telah membawa Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara (LIMA) ke Langkawi, satu temasya yang meletakkan Malaysia di peta dunia. Beliau juga menggerakkan pembinaan lebih banyak hotel serta pelbagai tarikan pelacongan seperti kereta kabel, marina dan sebagainya.
Namun apabila Dr. Mahathir sudah tidak memimpin negara, para pemimpin kita seolah-olah 'menjauhkan' diri dari Langkawi. Yang pasti sehingga kini Dr. Mahathir masih tetap berkunjung dan mengikuti dengan penuh minat perkembangan di pulau tersebut.
Pada saya, pembangunan Langkawi bukan projek peribadi Dr. Mahathir walaupun ia mungkin salah satu projek kesayangannya. Pembangunan Langkawi adalah projek negara bertujuan meningkatkan sektor pelancongan. Justeru, siapa juga yang memimpin negara wajar memberikan perhatian terhadap Langkawi, malah destinasi pelancongan lain.
Harapan saya agar kedudukan Langkawi sebagai aset pelancongan dipertahankan. Berilah perhatian berterusan. Jangan hanya berkata ia kotor tetapi berusahalah membersihkannya. Kecemerlangan Langkawi yang telah dipelopori Dr. Mahathir usah dibiarkan menjadi malap.
PANDAK MAYAH - Utusan
Anaklangkawi :-
Apa yg dikomen ada lah amat tepat sekali. Dulu.. Waktu Paklah boleh dikira dgn jari berapa kali ja dia mai Langkawi sepanjang 2 penggal. Bukan nak salahkan dia.. Maklumlah sibuk mengurus 'Negara & Keluarga'.
PM yg baru ni jgnla pulak ikut rentak dia.. Langkawi mmg dah terkenal dgn hub pelancongan & pertemuan byk pemimpin luar.. perhatian utk rancakkn lagi langkawi perlu.. Ikutilah contoh Bandar Melaka yg pada saya sekrg lagi hebat dr langkawi dr segi pelancongan..
Tuesday, January 19, 2010
Pemandu pelancong perlu kemahiran
Menteri Pelancongan, Datuk Dr. Ng Yen Yen berkata, ia juga penting untuk terus mengekalkan kegemilangan pulau legenda itu sebagai destinasi popular di negara ini.
"Pelancong asing biasanya mempunyai waktu yang singkat, jadi setiap pemandu pelancong mesti mahir dengan lokasi-lokasi menarik di Langkawi untuk beri penjelasan kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog dengan penggiat industri pelancongan di sini hari ini.
Oleh itu, katanya lagi, satu latihan untuk pemandu-pemandu pelancong Geopark Langkawi juga perlu diadakan khususnya untuk meningkatkan kemahiran berbahasa mereka.
"Selain itu, pihak kementerian juga bercadang untuk mengadakan kerjasama dengan pihak sekolah bagi memperkenalkan kerjaya ini kepada para pelajar. Ia bertujuan meramaikan bilangan pemandu pelancong kelahiran Langkawi," katanya.
Selain itu, katanya, Kementerian Pelancongan dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) akan mewujudkan artist colony di Oriental Village di sini bagi memudahkan pelancong mengabadikan kenangan sewaktu berkunjung ke situ.
Kawasan yang berhampiran dengan kereta kabel Langkawi itu dilihat sangat sesuai diwujudkan cadangan itu kerana selain menjadi tumpuan pelancong, ia juga mempunyai pemandangan yang menarik.
"Semua ini sedang dalam kajian dan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini kerana di Langkawi terdapat kira-kira 50 orang pelukis, jadi eloklah jika ditempatkan mereka di satu tempat yang jadi tumpuan pelancong," katanya.
- Utusan
Bisik-Bisik ~ Awang Selamat
As a regular visitor to the island, Awang is charmed by its beauty. That is the reason that Awang feels very upset with the situation which the Minister of Tourism, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen herself, commented.
The island that has become our pride due to its tremendous development from the effort of our former Prime Minister, Tun Dr. Mahathir Mohamad, is now dirty?
If the claim found to be true, what is the action of the local authority? What does the State government has to say? What about the Langkawi Development Authority and the tourism industry? For the people of Langkawi, what are your feelings? Do you want the island to be dirty?
If foreigners really love the island, the locals should love it even more.
As such, let everybody – the government, people and private sector – come in concert to clean up the island and make the cleanliness culture as top priority.
If tourists run away to islands in Thailand due to the filthiness, don’t blame anybody, but ourselves. Langkawi, is not like other places because it has its own uniqueness. So keep it up.
Awang— steadfast to cleanliness
Anaklangkawi :- We are stating to get famous for the wrong reason.. Wake up langkawian.



