KANGAR 2 Mac - Technology Park Malaysia (TPM) baru-baru ini menyerahkan sebanyak 88 enjin bot sangkut dengan inovasi alat kemudi hasil pencipta tempatan dengan kerjasama saintis TPM kepada para nelayan di Langkawi dan Perlis.
Pengurus Besar TPM Engineering Sdn. Bhd., Aggus Salim Halmee Haidar berkata, inovasi alat kemudi yang dinamakan RED1 itu diilhamkan oleh seorang bekas nelayan di negeri ini, Ridzduan Hashim, 43.
Menurutnya, ia bertujuan membantu meminimumkan kos operasi nelayan dari segi penggunaan bahan api dan kos tenaga kerja.

''Dari segi pengendalian, bot menggunakan RED1 boleh dikendalikan oleh seorang nelayan dengan kemampuan beroperasi ke hadapan dan ke belakang berbanding bot konvensional yang tidak boleh diundur dan perlu dikendalikan oleh dua nelayan,'' katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Aggus Salim memberitahu, komponen yang digunakan dalam pembikinan RED1 adalah seratus peratus tempatan dengan kos RM7,000 bagi setiap unit termasuk kos penyelidikan dan pembangunan.
"Penggunaan komponen tempatan memudahkan penukaran alat ganti yang sedia ada di pasaran tempatan berbanding komponen import," jelasnya.
"Penggunaan komponen tempatan memudahkan penukaran alat ganti yang sedia ada di pasaran tempatan berbanding komponen import," jelasnya.
Beliau berkata, projek RED1 menerima peruntukan bernilai RM4.1 juta dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan dijangka mampu menyiapkan kira-kira 400 unit RED1 tahun ini untuk diserahkan kepada nelayan melalui kawasan Parlimen masing-masing.
Antara aplikasi lain RED1 adalah penggunaan satu unit 'shaft' memudahkan pengendalian enjin yang lebih ringan sekali gus dapat meminimumkan penggunaan minyak.
Selain itu, katanya, penggunaan enjin komersial atau enjin standard industri dapat menjimatkan penggunaan bahan api tanpa perlu menggunakan minyak 2T.
Sementara itu, enjin dan alat kemudi yang boleh dibuka membolehkan enjin digunakan untuk tujuan lain seperti pam air dan mesin tebu selain harga RED1 yang lebih murah berbanding enjin yang ada di pasaran sekarang.

Menurut Aggus Salim, projek RED1 yang bermula Julai tahun lalu dengan tenaga kerja seramai enam orang dari TPM itu dijangka berkeupayaan menghasilkan 10 RED1 dalam tempoh seminggu.
Dalam pada itu, pada majlis perasmian Malaysia Inovatif 2010 (MI2010) baru-baru ini, sebanyak 44 unit RED1 diserahkan kepada Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Paduka Abu Bakar Taib dan 44 unit lagi diserahkan kepada kawasan Parlimen Arau.
Majlis penyerahan dilakukan oleh Ketua Unit Dana MOSTI, Suhaimi Hamzah dengan disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TPM, Datuk Mohd. Azman Shahidin.
Anaklangkawi :- alhamdulillah.. dapat nelayan langkawi.
No comments:
Post a Comment