Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Showing posts with label Bencana Alam/ Natural Disaster. Show all posts
Showing posts with label Bencana Alam/ Natural Disaster. Show all posts

Wednesday, September 14, 2011

Kereta dihanyutkan Kereta dihanyutkan banjir

KUAH - Empat sekeluarga nyaris dihanyutkan banjir apabila kereta yang dinaiki hilang kawalan ketika melalui jalan raya yang dilimpahi air.

Kejadian berlaku ketika hujan lebat dan angin kuat melanda sekitar Kuah dan seluruh Pulau Langkawi petang semalam.

Bagaimanapun tindakan segera orang ramai yang menghulurkan bantuan berjaya menyelamatkan keluarga itu daripada mengalami sebarang musibah.

Mangsa, Yusri Omar, 40, berkata, ketika kejadian itu berlaku hujan lebat berterusan dan ketika dalam perjalanan pulang dari mengambil anak dari sekolah, tiba-tiba keretanya tidak dapat dikawal.

“Kejadian berlaku dengan pantas, saya tidak dapat mengawal kereta kerana aliran air yang deras menolak kereta hingga masuk ke dalam longkang berdekatan. Saya terus mengarahkan anak-anak yang berada dalam kereta untuk segera keluar menyelamatkan diri daripada lemas,” katanya.

Yusri berkata, dia bernasib baik kerana kebetulan isterinya yang sarat mengandung bersama anak kecil tidak bersama ketika itu.

“Saya mengalami sedikit trauma akibat kejadian yang berlaku dan kereta mengalami kerosakan pada bahagian enjin apabila hampir keseluruhan enjin ditenggelami air,” katanya.


Sinar Harian


AL :-
Jangan dok biaq anak2 main ayiaq. Nnti apa2 jadi kang menyesai seumur hidup.

Thursday, December 30, 2010

Fire In Langkawi Courtasy of Hamzah Osman

While most of us just read the news from the news paper. But for Hamzah Osman a freelance journalist have some 1st hand picture on the unfortunate event happen in Bukit Malut.

I thank you for sharing the picture in Langkawi Updates..

Saturday, October 16, 2010

Dua Belas Rumah Rosak Akibat Ribut

LANGKAWI, 14 Okt (Bernama) -- Sebanyak 12 buah rumah dari tiga kampung di Langkawi mengalami kerosakan dalam kejadian ribut di sini malam Rabu.

Anggota Dewan Undangan Negeri Kuah Datuk Nawawi Ahmad berkata daripada jumlah itu, tujuh buah di Kampung Sungai Menghulu, tiga dari Kampung Belak Kedawang manakala dua di Kampung Perana Ulu Melaka.

"Kita akan melantik kontraktor secepat mungkin untuk membaiki rumah yang rosak," katanya pada sidang media selepas melawat mangsa ribut di Kampung Sungai Menghulu di sini pada Khamis.

-Bernama

Anaklangkawi :-
Tolong2la apa yg patut.. ringankan beban mereka..

Monday, September 13, 2010

Fire Destroys 18 Shophouses In Langkawi

LANGKAWI, Sept 9 (Bernama) -- Eighteen shophouses in Kelibang, Kuah, were destroyed in a pre-dawn fire Thursday.

Langkawi Fire and Rescue Department chief Yaakob Hassan said the department received the emergency call at 1.54am and dispatched four fire engines and 42 firemen to the scene.

-- BERNAMA

Anaklangkawi :
It a sad event happen during the raya.. Hopefully the people will help those effected.

Monday, September 14, 2009

Visit to Flood Effected Area ~ Picture Report

A unique sight , but in Langkawi all are the same & considered as 'adik beradik'. Its norm in Langkawi.

Related News :-
~ Relief for flood by Langkawi MP

Wednesday, August 26, 2009

Mangsa banjir redha ketentuan Ilahi ~ Kedawang

KEDAWANG - Seramai 149 orang daripada 28 keluarga dicatatkan berpindah ke pusat pemindahan banjir ke tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kedawang di Mukim Kedawang apabila hujan berserta ribut melanda sekitar kawasan itu sejak jam 3 petang kelmarin.

Hujan lebat tanpa henti itu mengakibatkan beberapa kawasan dilanda banjir sekitar Padang Mat Sirat, Kampung Simpang Kenyum dan Mukim Kedawang. Penghulu Mukim Kedawang, Ahmad Suhaidi Ibrahim berkata, semua mangsa dipindahkan pada jam 6 petang semalam dengan bantuan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Menurutnya, mangsa adalah penduduk di kampung sekitar Mukim Kedawang dan semua mangsa telah diambil maklumat dan bancian bagi menyalurkan sumbangan. Seorang mangsa dari Kampung Belah, Salmah Hashim, 35, berkata, kejadian itu adalah kedua yang pernah dialaminya sejak enam tahun lalu.

Menurutnya, kejadian pertama pada tahun 2004 sebelum bencana tsunami melanda Langkawi dan ketika itu dia sedang sarat menggandung. “Kami redha dengan ujian Allah, kami berbuka puasa di sekolah bersama jiran tetangga dan berkongsi hidangan yang diberi.

“Saya hanya terkenangkan anak-anak yang berbuka secara ala-kadar tiada lauk istimewa seperti tahun lepas,” katanya ketika ditemui di sekolah tersebut. Salmah berkata, dalam keadaan banjir di rumahnya, dia dan anak-anak terpaksa mengutip lintah bagi mengelakkan ia memasuki kawasan dalam rumah sebelum mengambil keputusan untuk berpindah ke pusat pemindahan banjir.

“Ini adalah pengalaman berguna kepada anak-anak, mereka rasa susah dan senang di masa banjir melanda kampung ini, kejadian ini juga mengajar mereka erti kesabaran,” katanya. Seorang lagi mangsa, Nuramirah Basiron, 15, berkata, pengalaman banjir di bulan Ramadan adalah rahmat dan dugaan yang besar dari Allah SWT.

“Saya menginap di asrama, saya harapkan dapat berbuka dan bersahur bersama keluarga dengan hidangan istimewa tetapi lain hasrat itu tidak kesampaian apabila kami dilanda banjir. “Tetapi itu tidak mengecewakan saya, kerana masa susah ini saya dapat bersama keluarga membantu mereka dan inilah pengalaman pertama di bulan Ramadan yang benar-benar menguji kami,” kata pelajar yang menginap di asrama Sekolah Menengah Langkawi, Pulau Tuba.

Sinar 26/8/09

Tuesday, August 25, 2009

Tiga mukim terjejas akibat banjir ~ Pdg Matsirat

PADANG MATSIRAT - Tiga kawasan Mukim di Langkawi ditenggelami air setinggi satu meter dalam kejadian banjir kilat kelmarin. Hujan yang berlarutan sejak malam 22 Ogos mengakibatkan Mukim Padang Matsirat, Ulu Melaka, Bohor dan beberapa kawasan di Kedawang terjejas teruk. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat, Mohd Rawi Abdul Hamid, kejadian banjir ini disebabkan oleh perubahan muka bumi di Langkawi.

“Air dari Gunung Raya mengalir ke laut, manakala laut pula mengalami ombak besar dan terdapat banyak rumah di persisiran itu secara polar berjajar mengakibatkan rumah mereka menjadi laluan air. “Keadaan laluan air yang dibuat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran 10 tahun lalu sudah tidak relevan, memandangkan terdapat banyak rumah dan evolusi muka bumi telah berubah,” katanya ketika ditemui di Dewan Orang Ramai Kuala Teriang.

Mohd Rawi berkata, pihak JPS perlu menambah baik sistem laluan air di Lubuk Setol ke Padang Matsirat dan mendalamkan sungai untuk mengelakkan kejadian ini berlaku lagi. Menurutnya, semua mangsa banjir diminta membuat tafsiran dengan membuat laporan polis termasuk kemusnahan barangan dan bendang. “Mangsa di pusat pemindahan banjir diharap terus tinggal di dewan ini, Jawatan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) akan terus memantau keadaan cuaca sehingga mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian pada jam lima petang mendapati, keadaan semakin genting apabila paras air mula meningkat secara mendadak hingga menjangkau kira-kira dua meter. Sementara itu, Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Langkawi, Kapten Khairul Hisyam Husni berkata, banjir kilat berkenaan dipercayai berpunca dari limpahan air dari kawasan sawah berdekatan yang bertembung dengan Sungai Kuala Melaka dan air laut pasang besar berikutan hujan lebat sejak dua hari lalu.

Beliau berkata, air naik perlahan-lahan setinggi 0.5 meter (m) atau separas pinggang orang dewasa sejak jam 1.30 petang kelmarin dan sehingga kini keadaan masih tidak berubah. Sejurus menerima maklumat awal menunjukkan ada tanda paras air akan meningkat pada jam 11 pagi, kami melancarkan operasi pemantauan di beberapa kampung termasuk Kampung Ulu Melaka dan Kampung Atas di Padang Matsirat. “Menjelang jam 5 petang paras air di kebanyakan rumah di Kampung Atas mencapai 0.5 meter, lalu operasi memindahkan penduduk dilakukan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, pagi semalam operasi memindahkan penduduk masih diteruskan apabila dua keluarga dari Kampung Kuala Teriang dipindahkan ke dewan orang ramai kampung berkenaan mulai jam 7 pagi. Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang diketuai oleh Ishak Hashim pula, mengarahkan 30 anggota memantau kawasan digenangi banjir di seluruh kawasan Padang Matsirat serta berkawal sedia 24 jam.

Sinar Harian 25/8/09

Anaklangkawi :-
Banjir yg jarang2 berlaku.. Elokla pi pakat tolong2.. jgn biaq anak dok pi main ayiaq acaq