Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Showing posts with label JKKKP Langkawi. Show all posts
Showing posts with label JKKKP Langkawi. Show all posts

Tuesday, February 15, 2011

Gotong Royong di Pulau Payar

Peserta-peserta Gotong Royong.
Pic by Hamzah Othman
Baru-baru ini telah warga Langkawi beramai-ramai ke Pulau Payar utk aktiviti gotong-royong sekitar Parlimen Langkawi. Peserta-peserta gotong royong terdiri dari Dato' Bakaq Ahli Parlimen Langkawi, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Taman Laut Negara, LADA, Pejabat Daerah, Majlis Perbandaran Langkawi, E Idaman, JKR, Pejabat Pembangunan Persekutuan, JASA, JPS, Pejabat Pelajaran, PDRM, Polis Marin, TLDM, APMM, Pejabat Belia & Sukan, JPAM, NGO-MPWK, Pertubuhan Ibu Tunggal, Belia 4B & JKKKP. Seramai lebih kurang 200 peserta terlibat.
Rombongan

Dekat setengah hari masa diluangkan di Pulau Tersebut membersih & mengindahkan kawasan sekitar. Bagi yg belum pernah menjejakkan kaki di Pulau tersebut rata-rata tertarik dgn keindahan pulau tersebut.

Tahniah atas aktiviti yg julung2 kali diadakan & ada eloknya dijadikan acara tahunan. Saya puji Jabatan Alam Sekitar yg mengelolakan aktiviti tersebut & juga ahli Parlimen Langkawi juga agensi2 lain yg terlibat..
Syabas,. Jadikan aktiviti ini berterusan...

Thursday, February 11, 2010

Agih baka kambing galak penduduk menternak


ULU MELAKA - Bidang pertanian dan penternakan mampu membawa pulangan lumayan sekiranya diusahakan secara serius. Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Abu Bakar Taib berkata, peruntukan sebanyak RM35,000 disalurkan bagi merancakkan industri tersebut. Menurutnya, seramai 10 peserta menerima 200 ayam kampung setiap seorang dan lima peserta masing-masing menerima empat kambing termasuk peralatan serta bahan makanan.

“Industri penternakan mempunyai potensi untuk dimajukan, perkara ini juga berupaya merangsang pengurangan bahan makanan import. “Namun sesetengah individu yang terlibat dalam bidang ini selalu terhenti di pertengahan jalan dan akhirnya projek penternakan tersebut terbengkalai dan membazirkan duit kerajaan,” katanya ketika menyampaikan sijil projek penternakan ayam kampung dan kambing di Institut Penyelidikan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) di Taman Agro Teknologi Mardi, Langkawi.

Hadir sama, wakil pegawai Mardi Langkawi, wakil veterinar daerah Langkawi, peserta projek dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) sekitar Langkawi. Bagi penternak ayam kampung, Saad Osman, 41, dari Kampung Kelubi berkata, sejak setahun lalu dia dan isterinya, Che Yan Arshad, 39, giat menjalankan aktiviti ini. Menurutnya, penternakan bermula dengan 100 ekor baka ayam sehinggalah mencecah lebih 200 ekor kini.

Sementara itu, Meriyah Busuh, 47, dari kampung Bukit Temin giat menternak kambing, itik dan ayam. “Saya lebih tumpukan perhatian kepada kambing, kini terdapat 11 kambing dari baka japnapari dan tempatan. “Kambing mempunyai permintaan tinggi di pulau ini, selain itu, saya juga mahu buktikan kaum wanita mampu menjadi penternak berjaya dan berdikari," katanya. Beliau berkata, kambing yang diternak adalah bagi pasaran tempatan dan permintaan akan meningkat menjelang cuti sekolah dan musim perkahwinan.


Anaklangkawi :- Elokla. Bukan apa kambing kat langkawi mahal sangat harga. Sampai kalau nak buat korban tak pun akikah boleh cecah Rm 1,000 ringgit sekoq.

Friday, October 30, 2009

Penduduk selesa rumah PPR dinaik taraf

KUAH - Penduduk di bawah skim Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Taman Dahlia, Kuah, di sini, kini selesa selepas projek menaik taraf kawasan perumahan itu selesai. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Mohd Som Nyak Sham berkata, sebanyak 20 blok yang mengandungi 420 unit rumah dicat dan dibaik pulih.
Menurutnya, pembaikan yang dilakukan adalah pada bumbung, surau, Tadika dan bilik mesyuarat Kawasan Rukun Tertangga (KRT) serta kawasan persekitaran termasuk longkang.

“Kami berasa gembira selepas menanti projek ini selesai dijalankan dalam tempoh enam bulan dan kini penduduk di sini boleh menggunakan semua kemudahan yang ada. “Saya nasihatkan penduduk supaya menghargai dan menjaga segala kemudahan yang telah diberikan oleh kerajaan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Projek PPR di Kuah. Turut hadir pada majlis itu, Pengarah Jabatan Perumahan Wilayah Utara Kedah/Perlis, Yusof Hassan; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Mansor Bahari dan Ketua Pemuda UMNO Langkawi, Norsaidi Nanyan.

Sementara itu, Yusof berkata, projek ini adalah sebahagian daripada peruntukan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi bagi Negeri Kedah. Menurutnya, sebanyak RM3.9 juta diperuntukkan menerusi pakej ini bagi kerja-kerja pelaksanaan penyelenggaraan projek. “Projek ini adalah bagi kesejahteraan rakyat, supaya mereka tidak tercicir dalam arus pembangunan negara,” katanya. Beliau berkata, bagi pelaksanaan projek PPR di Perlis, ia masih dalam proses penyerahan manakala di Kuah, ia merupakan satu-satunya projek tunggal di bawah kendalian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Mereka yang layak untuk mendapatkan rumah PPR ini adalah mereka yang memperoleh pendapatan bawah RM2,000 sebulan,” katanya. Beliau berkata, kerajaan masih meneruskan projek pembangunan berkenaan pada tahun depan bagi keselesaan penduduk mengikut peruntukan bajet 2010 yang dibentangkan minggu lalu.

Sinar harian

Anaklangkawi:-
Alhamdulillah.. Elokla.. Bantu mana yg mampu. Jgn jadi mcm ada sstgh org tu janji bila dapat negeri nak tolong tapi tak tolong.. Sampai siap kadang2 mengaku yg bantuan dapat tu pun sbb depa rekeman..

p/s: Ke arah sifar miskin tegar Langkawi..

Thursday, July 16, 2009

Program Kesihatan di Kalangan Rakyat Malaysia bg Parlimen Langkawi ~ Bohor


Program Kesihatan di Kalangan Rakyat Malaysia bg Parlimen Langkawi ~ Bohor

Telah diadakan pada 11 July 2009,di Pdg Bolasepak kg nyior chabang dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Melibatkan semua penduduk kg nyior chabang serta penduduk mukim bohor. Di rasmikan oleh pengarah hospital daerah Langkawi. Dalam program ini,YB Dato Paduka telah menyerahkan sumbangan 3 kerusi roda kepada 3 orang penduduk Kg Nyior Chabang yang sakit dan uzur. Penerima pada hari tersebut telah diwakili oleh kaum keluarga pesakit. YB Dato paduka juga telah menyerahkan 1 unit mesin rumput jenis tolak kepada penduduk kg nyior chabang bagi kegunaan mesin rumput pdg bolasepak dan sebagainya.

Mukim : Bohor

Tempat : Padang Bola, Kg Nyior Chabang (sebelah Sek Kebangsaan)

Tarikh : 11 July 09

Waktu : 8.30 pagi ke 12.30 tghari.

Dihadiri : YB Dato' Abu Bakar Taib & Yb Mohd Rawi.

Dirasmikan : Pengarah Hospital Daerah Langkawi


Sumbangan diberikan : 3 Kerusi roda kepada 3 warga Kg Nyior yg uzur & sakit. 1 Mesin rumput jenis tolak utk kegunaan pdg bolasepak.

Aturcara Program : Gotong royong penduduk kampung & TLDM & APMM & PLKN & Ahli Belia 4B Langkawi. Pemeriksaan kesihatan percuma & makan tengahari bersama2 disediakan.

Anjuran :Ahli Parlimen Langkawi dgn kerjasama Jab Kesihatan Langkawi & Pengerusi JKKP Mukim Kuah & Belia 4B Langkawi.


Anaklangkawi : Dekatilah rakyat selalu jadi takdakla org kata bila time nak mengundi ja nampak muka. Yg dok berangan nak jadi calon PKR @ UMNO PRU-13 buatla program2 macam Tok Bakaq buat. (cita2 tinggi tapi apa haram taknampak batang hidung)

Saturday, July 11, 2009

Majlis Perasmian Penutup & Penyampaian Hadiah Pertandingan Dart & Pingpong & Sepakraga Tuju


Satu aktiviti masyarakat kampung diadakan & dianjurkan oleh JKKKP kampung kumpulan. Tujuan aktiviti diadakan adalah bertujuan utk merapatkan lagi tali persabahatan & diantara penduduk kedua2 kampung.

Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Persahabatan Kg Kumpulan A & Kg Kumpulan B

Diadakan pada : 3 July 09

Bertempat : Dewan Long Jika Kg Kumpulan

Mukim : Ulu Melaka

Anjuran : JKKKP Kg Kumpulan A & Kg Kumpulan B

Yg Hadir : YB Dato Bakaq, YB Mohd Rawi, Pengerusi Belia 4B Mohd Saiful, Haji Kasa Chin Pengerusi (JKKKP Kampung A), Ahmad Sobre Wan Teh (Pengerusi JKKKP Kg Kumpulan B), Serta Penduduk Kg Kumpulan A & B

Majlis Perasmian Penutup dihadiri & disempurnakan oleh YB Dato' Paduka Abu Bakar Taib.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Dato' Bakaq & YB Rawi.

~~
Anaklangkawi :-

Moga2 aktiviti seperti ini dibykkan supaya dptlah kita merapatkan tali persahabatan sesama kampung.

Monday, June 29, 2009

Gambar Sekitar Program Kesihatan Rakyat Langkawi ~ PARLIMEN



Tarikh : 27 June 09

Tempat : Sekolah Kebangsaan Kelibang

Dihadiri oleh : YB Dato Paduka Abu Bakar

Dirasmikan oleh : Pegawai Pelajaran Daerah LangkawiAktiviti :Program gotong-royong bersama penduduk kampung, TLDM, APMM, PLKN, ahli Belia 4B Langkawi, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Penerangan mengenai kesihatan, & makan tengahari disediakan.

Anjuran : Ahli Parlimen Langkawi "Dato' Bakaq"Jabatan Kesihatan Langkawi Belia 4B Langkawi Pengerusi JKKKP Mukim Kuah

Warga emas mohon bantuan zink ganti atap bocor

KEDAWANG - Setiap hari, sepasang warga emas dari Kampung Bukit Lembu, Mukim Kedawang ini tidak pernah putus asa mencari daun nipah untuk dijadikan atap bumbung. Selepas dicantas, nipah-nipah tersebut dianyam di anjung rumah yang bakal roboh, pada setiap petang sambil ditemani dua cucu kesayangan mereka.

Zainon Osman, 56, yang bekerja sebagai tukang kebun secara kontrak dan Zaharah Ismail, 54, suri rumah, hampir putus asa untuk meminta bantuan daripada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) apabila aduan mereka umpama ‘mencurah air di daun keladi’.

Zainon berkata, JKKKP pernah berkunjung ke rumahnya tetapi tiada sebarang perkembangan, malah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga tidak membantu. “Kami hanya mahu memohon zink bagi menggantikan atap nipah bukannya wang ringgit, saya tidak mampu membeli zink.

“Setiap kali hujan pasti bocor dan rumah ini juga turut bergegar jika ribut atau petir,”
katanya ketika ditemui Sinar Harian. Menurutnya, rumah itu juga diperbuat dengan menggunakan pasak daripada kayu pokok dan keadaannya juga telah reput. Menurutnya, dia berasa kesal dengan JKKKP dan wakil rakyat yang seperti tidak mengendahkan penderitaan mereka.

“Ketika pilihan raya kami menyokong pemimpin yang boleh buat kerja, yang berjanji itu dan ini tetapi apabila kami dalam keadaan daif mereka seperti terlepas pandang,” katanya.

Sinar Harian 29/6/09
~~
Anaklangkawi :
Pakat2 pi jenguk Noo..

Tuesday, June 16, 2009

Muhyiddin singgah sarapan di warung

Sinar Harian Utara

AYER HANGAT - Tapai pulut, nasi lemak, roti canai, pulut kukus ikan masin dan nasi kerabu Thailand antara menu sarapan pagi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menikmatinya di gerai Pak Don, Kampung Padang Lalang,Ayer Hangat.

Pak Don atau nama asalnya Saad Naim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Padang Lalang berkata, kehadiran TPM ke warungnya pagi kelmarin, umpama mimpi dan tidak terlintas langsung di fikiran, orang nombor dua negara, boleh menikmati sarapan pagi di situ. Menurutnya, sejak membuka warung itu 20 tahun lalu, ini adalah kali pertama pemimpin tertinggi negara berkunjung ke warungnya.

“Hari ini adalah hari paling gembira dalam hidup saya dan kami sekeluarga sebab belum ada mana-mana menteri sudi datang, tetapi pada hari ini TPM sanggup menjejakkan kakinya ke warung kami.

“Saya tidak pernah bermimpi langsung untuk menerima kunjungannya malah ketika beliau datang ke Langkawi kami sekeluarga hanya dapat melihat dari jauh, apatah lagi berbual,” katanya kepada wakil Sinar Harian.

Bagi Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Paduka Abu Bakar Taib berkata, sikap TPM ini harus dicontohi menteri lain dan barisan pemimpin tertinggi negara. Menurutnya, banyak masalah dapat diluahkan masyarakat kepadanya bersesuaian dengan konsep Satu Malaysia, rakyat didahulukan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kuah, Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata, majlis sarapan pagi anjuran UMNO Bahagian ini adalah satu lonjakan budaya baru. “Sikap TPM yang sanggup makan di warung, di tepi jalan bersama penduduk tempatan yang tidak putus-putus bersalaman dan bergambar dengannya adalah satu sikap terpuji seorang pemimpin tertinggi negara,” katanya.

Beliau berkata, pada asalnya TPM melahirkan hasrat untuk menikmati sarapan masakan kampung di pulau ini dan UMNO Bahagian merealisasikan hasratnya itu. Menurut ADUN Ayer Hangat, Mohd Rawi Abdul Hamid, majlis sarapan pagi ini adalah hadiah TPM kepada penduduk yang menanti sejak jam 7 pagi.

“Beliau menghabiskan masa dua jam di warung ini bersama penduduk kampung yang terdiri daripada nelayan, petani, penternak dan kakitangan kerajaan,” katanya. Pada majlis itu, kira-kira 100 penduduk kampung mula berhimpun di warung Pak Don untuk melihat dengan lebih dekat wajah TPM dan meluahkan masalah yang membelenggu mereka seperti isu pendidikan, masalah feri dan kad pengenalan.

---
Anaklangkawi :-
Eloklah & diharap berterusan.

Thursday, June 11, 2009

Program Kesihatan di Kalangan Rakyat Malaysia - Mukim Ayer Hangat

~Email diterima ~

Program Kesihatan di kalangan rakyat Malaysia bagi Parlimen Langkawi utk Mukim Ayer Hangat, Langkawi berlangsung pada 10 June 2009. Jam 8.00 - 12.30 tghari.

Anjuran Ahli Parlimen Langkawi dgn Kerjasama Pengerusi JKKKP Parlimen Langkawi & Gerakan Belia 4B Malaysia kawasan Langkawi.

Ia dihadiri oleh Dato' Paduka Abu Bakar Taib & Program dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Langkawi.

Program gotong-royong melibatkan penduduk Kampung di Mukim Ayer Hangat, PLKN, TLDM & APMM serta Anggota Polis Daerah Langkawi. Sukaneka juga diadakan melibatkan kanak-kanak Tabika Kemas Mukim Ayer Hangat.

Kawasan-kawasan gotong royong adalah di kawasan jln utama & jln kampung kampung berkenaan, kawasan-kawasan kampung berkenaan, kawasan masjid serta tanah perkuburan.

Program ini adalah Program Ke-3 selepas Mukim Kedawang pada 16 Mei 2009 & Mukim Padang Maktsirat pada 23 Mei 2009 lalu. Kenduri rakyat juga dibuat untuk makan tengahari di Program ini.

Alhamdulillah. Kehadiran penduduk & pemimpin sebanyak lebih kurang 600 orang memeriahkan lagi majlis ini. Malah pemeriksaan kesihatan percuma juga dibuat utk penduduk-penduduk kampung.
~ Dari Petikan Sinar Harian ~
AYER HANGAT - Seramai 600 penduduk dan pemimpin kampung bergabung tenaga bergotong-royong pada Program Kesihatan Di Kalangan Rakyat Malaysia bahagian Parlimen Langkawi, di sini. Ahli Parlimennya, Datuk Paduka Abu Bakar Taib berkata, sebanyak 10 kampung menyertai program itu bagi peringkat kedua di Mukim Ayer Hangat.
Menurutnya, gotong-royong selama tiga jam itu menumpukan kawasan pantai, masjid, bahu jalan, padang rakyat dan kawasan perkuburan. “Kami juga mendapat kerjasama daripada Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia, Persatuan Bekas Tentera, Jabatan Pertahanan Awam, Polis Marin dan beberapa agensi kerajaan lain.
“Di samping program ini juga terdapat pemeriksaan kesihatan setempat percuma dan kaunter Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Jabatan Tenaga Kerja,” katanya ketika merasmikan program tersebut di padang rakyat Kampung Pasir Hitam.
Dato' Abu Bakar berkata, semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) diarahkan membersihkan kawasan kampung masing-masing. Menurutnya, kesedaran kebersihan ini penting bagi menghindari sebarang penyakit berjangkit dan wabak yang mula menular di bahagian utara tanah air. “Langkah kebersihan yang dilakukan di kampung ini lebih tertumpu kepada pembersihan longkang dan tempat pembiakan Aedes,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini tiada sebarang rekod demam serius dilaporkan tetapi Parlimen Langkawi sentiasa melakukan langkah pencegahan. “Pulau ini adalah pulau peranginan dan menjadi tumpuan pelancong, malah pada ketika ini jumlah pelancong yang datang meningkat dan peningkatan ini akan berlaku sehingga kehadiran Pertunjukan Udara dan Maritim (LIMA09).
“Oleh itu dari sekarang penduduk di Langkawi mula meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga kebersihan setempat dan bebas dari sebarang wabak,” katanya.
Sehubungan itu, Abu Bakar berharap program itu dapat dilakukan di semua mukim di pulau itu sebelum penambahan pelancong yang dijangka 4.4 juta bagi tahun ini.